Kenal Pasti Waktu Subur Dengan Opk Bagi Period Yang Tak Teratur
K.fiezz ni seorang penyoping tegar online tapi sebabkan kat ofis tak boleh terima barang peribadi melalui poslaju, jadi kita cari alternatif lain dengan CASH ON DELIVERY..Dah beberapa kali gak k.fiezz buat gini..k.fiezz nak beli barang secara online, k.fiezz akan pilih Lazada sebab Lazada ada cash on delivery..setel masalah k.fiezz, seorang penyopping tegar ni, hah...tengok la kalau ada barang yg k.fiezz nak kat Lazada..kalau tak ada, kena guna pos laju jugak la kalau beli selain dari di Lazada..
Yang terbaru cash on delivery ni k.fiezz nak beli OPK..dah habis stok...Mesti korang cam apa ni apa ni k.fiezz beli?Geng TTC tau la menda apa ni..hehe.
untuk korang yang mungkin blur blur apakah ini?Ovulation Test Strip..apa ni?meh k.fiezz explain mengikut pemahaman k.fiezz..Kot yang tau pasal OPK ni & k.fiezz tersalah info dimana-mana, boleh la share di bahagian komen yeak?sesama belajar..
Bila berada dalam situasi macam k.fiezz sekarang ni, dari sudut positif ada gak hikmah ..banyak k.fiezz belajar..dulu k.fiezz pun tak tahu apa ni?tak tau pun wujud..duk ingat test pregnancy je..rupanya ada gak test ovulation ni...ovulation tu ovulasi...ovulasi ni apa plak.
OVULASI?Ovulasi ni hari dimana kita betul-betul dalam keadaan subur & telur dah sedia nak berlepas dari sarang telur (ovari) kita menuju ke rahim untuk disenyawakan dengan benih mr husband memasing. tu yang kena tahu waktu subur ni bila terutama yg jenis susah nak lekat ni...bila dah tau bila waktu subur ni, boleh la start projek mega dengan mr hubby memasing...hehe...
OVULATION (LH) Test TripJadi OPK ni berfungsi mengesan waktu subur kita ni melalui hormon Luteinizing Hormone (LH)..Luteinizing Hormone (LH) ni yang berfungsi untuk keluarkan ovum (telur) dari ovary..Bila kita dapat positive dengan Ovulation test strip (OPK) ni, bermakna hormon LH kita tinggi & bagi signal, kita dalam keadaan subur...
OPK yg k.fiezz baru beli ni sensitivity 20-25miu...
Test ni macam buat pregnancy test tu cuma line dia kena sama-sama terang (line C- control & T - test)..Kalau pregnancy test tu, dapat 2 line walaupun satu samar-samar, dah kira positive..tapi OPk ni tak yea..Dua2 line (C & T) kena sama terang baru dikira positive (rujuk gambar kat atas ni)..cuma kalau dapat result hampir sama terang, kita dah boleh get ready sebab maksudnya waktu subur tengah on the way...Jadi boleh la start baby dancing dengan en suami dan terus juga test sampai kita dapat result opk positive & diikuti samar-samar semula..lepas dari tempoh subur ni, dikenali dengan day past ovulation (dpo)...
Masa tempoh subur ni, terpulang la nak hari-hari ke..selang-selang ke..tengok pada kelaratan masing-masing...Kebiasaan waktu subur kita dalam masa 24-48 jam.. Manakala sperma en suami kita, boleh bertahan beberapa hari..jadi kalau dalam masa dapat result hampir sama terang kedua-dua line & diikuti terang kedua-dua line (positive), kita bersama..insya'allah kalau Allah kata kun fa ya kun, maka terhasil la baby yang ditunggu-tunggu...
Seeloknya masa buat OPK ni, buat juga BBT supaya dapat result yang lebih tepat....BBT tu apa plak?haha..BBT tu utk kita catat suhu badan kita...tapi k.fiezz tak mau la citer pasal BBT ni..korang boleh google kalau nak tau lebih lanjut...
OPK ni cuma membantu sahaja..terpulang pada rezeki masing-masing..Kita cuma berusaha..Kalau Allah dah tentukan kita hamil dengan bantuan OPK ni..alhamdulillah...
Kelebihan OPK ni kita boleh kesan waktu subur kita tanpa perlu agak-agak, 'eh dah waktu subur ke ni?'..terutama yang tengah berusaha untuk hamil..dan ada masalah period tak teratur..susah kan nak detect bila waktu subur kalau period jenis teratur ni..Jadi OPK ni boleh membantu..insya'allah..
BILA NAK BUAT TEST OPK NI?Hah..mesti tertanya-tanya kan bila nak buat test ni..untuk period yang tak teratur, korang boleh mula sebaik sahaja habis period sampai la dapat line sama terang macam k.fiezz beritahu kat atas ni..dan untuk itu, korang memerlukan test strip yang banyak..jadi sila get ready beli strip ni banyak-banyak..sebab korang kena test sampai dapat line sama terang...
waktu untuk test pulak, bukan time bangun tidur macam nak test pregnancy tu..Utk OPK ni, waktu seeloknya antara 11pg - 8.00mlm..kebiasaan macam k.fiezz buat test ni, 6.00ptg ke atas masa lepas balik kerja...dan satu lagi sebelum tu, pastikan puasa minum air untuk 2-3 jam..untuk pastikan urin kita pekat & mudah kesan hormon LH...
Lepas buat test, tunggu dalam 10 minit untuk tengok result...
Note - Waktu subur kita tak sama yea untuk setiap wanita..jadi kenal pasti Cycle Day masing-masing..Cycle Day period kita...cycle day ni tempoh period dari bulan sebelum dengan terkini (contoh - bulan oktober sampai november = 33hari)...kenal pasti cycle day ni untuk beberapa bulan..
kalau yang cycle day lari-lari, sila buat test ni untuk tahu bila sebenarnya waktu subur masing-masing....jadi sebelum buat test OPK ni, korang kena cari dulu cycle day period masing-masing supaya senang nak tahu bila boleh start test OPK ni pula..tapi dinasihatkan yang period tak teratur, boleh la mulakan sebaik je habis period sehingga dapat line positive..buat ni kena banyak bersabar dan jangan stress..kita chill-chill je..sebab kalau stress pun mempengaruhi hormon kita...jadi kita buat rilex-rilex je, k...
Bagi yang cycle day 28 hari setiap bulan, tak ada masalah..memang dah boleh agak waktu subur jatuh hari ke-14 yang biasa kita dengar atau baca tapi untuk pastikan, boleh cuba test OPK ni juga start CD10...Nak Beli Kat Mana OPK Ni?OPK ni kat guardian / watson / farmasi pun ada tapi jenis lain & harga dia agak mahal. Dalam 1 box cuma ada 1pcs @ 2pcs je..Memandangkan kita perlukan tester yang banyak terutama period tak teratur ni, boleh beli OPK strip ni kat Lazada & Shopee yang banyak jual strip ni dengan harga murah-murah..contoh macam k.fiezz beli atas ni, 20pcs (OPK) + Free Gift urine cup (10pcs) = RM13.05 je..mur mur kan..
Untuk yang TTC, selamat ber OPK & membuahkan hasil..Aamiin...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2018/11/kenal-pasti-waktu-subur-dengan-opk-bagi-period-yang-tak-teratur.html