Kenal Pasti Mengapa Anak Anda Malas Belajar


AssalamualaikumBismillah
Setiap kanak-kanak mempunyai tahap intelektual yang berbeza. Ada kanak-kanak yang cepat ada juga yang lambat. Ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya ada banyak punca mengapa anak-anak kita malas belajar. Bukan sebab mereka kurang pandai tetapi daripada ibu bapa itu sendiri dan pengaruh sekeliling.


Mari kita sama-sama kenal pasti mengapa anak anda malas belajar :

1. Adakah ibu bapa menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik di rumah? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.
2. Kerja rumah yang terlalu banyak dan anak-anak tidak tahu yang mana harus dibuat terlebih dahulu. Ada ibu bapa yang asyik berleter suruh anak-anak buat kerja sekolah dan ulangkaji tetapi mereka tidak dibantu apabila anak-anak bertanya soalan. Jangan bilang kanak-kanak, malah student dalam kalangan Universiti pun kalau diberi assignment terlalu banyak pun mengeluh. 

3. Subjek yang memerlukan anak-anak untuk menguasai kemahiran tertentu seperti menghafal, mengira, dan membaca. Kenal pasti kelemahan anak anda. Sebagai contoh anak-anak tidak buat kerja rumah matematik operasi darab kerana tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Sebelum mengusai sub topik tertentu dalam matematik, pastikan anak-anak anda telah menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Begitu juga bagi subjek yang lain, kenal pasti apa yang anak anda lemah. Ada kanak-kanak yang suka matematik tetapi lemah dalam sains dan Bahasa Inggeris.

4. Anak anda mungkin tidak suka subjek tersebut atau tidak sukakan cara guru mengajar. Trust me, even kita yang dewasa ini pun kalau tidak suka subjek tertentu atau cara pensyarah itu mengajar menyebabkan kita kurang faham mesti feeling unmotivated. Dah lah tak suka subjek tu, cikgu mengajar pun tak best. Apabila ini berlaku, anak-anak pun tidak peduli untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tersebut. Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa, kakak atau abang kenalah ambil serius kerana anak-anak tidak boleh sesuka hati memilih apa yang mereka suka belajar. Kalau mereka kurang faham, kita bantu mereka supaya faham. Sekarang macam-macam nota dan latihan yang ada di google. Cuba usaha untuk cari alternatif lain. 
5. Kenal pasti adakah anak kita seorang yang cenderung kepada kemahiran ataupun akademik? Tidak semua cara guru mengajar itu sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak. Tetapi kita tidak boleh salahkan guru sebab guru-guru mengajar bukan seorang kanak-kanak sahaja. Sekiranya anak anda lebih suka pengajaran yang berbentuk visual boleh ajar mereka untuk buat peta minda. Kita lebih kenal anak kita sendiri kan?

6. Kenal pasti sekiranya anak anda mempunyai gangguan fizikal seperti masalah penglihatan atau  pendengaran. Sekiranya ini adalah punca anak-anak sukar untuk belajar, segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. Nanti anak anda akan ketinggalan banyak pelajaran yang menyebabkan mereka lebih malas untuk belajar.

7. Anak-anak mengalami gangguan emosi. Yang ini sangat penting! Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah jangan sesekali libatkan anak-anak ataupun bergaduh di hapadan anak kerana ia boleh menyebabkan emosi anak terganggu dan kurang stabil. Aku selalu dengar anak-anak mengadu yang ibu bapa di rumah kerap bergaduh menyebabkan mereka jadi bosan untuk duduk di rumah.

8. Ibu bapa kerap membandingkan pencapaian anak. Kalau dalam keluarga mempunyai anak-anak yang ramai tidak semua mempunyai tahap pencapaian yang sama. "Abang lagi pandai dari adik", "adik lagi pandai dari kakak". Jangan sesekali kita bandingkan apatah lagi dengan anak jiran, sepupu dan keluarga lain. Tiada sesiapa yang suka diri mereka dibandingkan. Kalau ada yang kata dengan anak korang, "anak aku pandai sikit daripada anak kau" suka tak? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya

9. Anak-anak perlu contoh dan teladan untuk diikuti. Kanak-kanak ini masih muda,  sudah menjadi tanggungjawab kita yang dewasa ini memberi contoh yang baik kepada anak-anak. Jikalau mereka ada kerja rumah yang perlu disiapkan cuba untuk berhenti daripada tengok TV, laptop serta handphone. Kalau mereka lihat seisi keluarga seronok duduk depan TV kenapa mereka perlu mengahadap buku dan belajar? Tips ini sangat membantu kepada adik-adik aku juga. Sekiranya mereka ada kerja rumah, kami tidak akan pasang TV sehingga kerja rumah mereka siap.

10. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

Ada banyak faktor lagi yang menyebabkan anak-anak kita secara tidak langsung menjadi malas untuk belajar. Menjadi seorang ibu bapa bukanlah sesuatu hal yang mudah. Apapun puncanya jangan kita sesekali salahkan anak-anak sekiranya mereka mempunyai tahap pencapaian yang lemah. Setiap kanak-kanak ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa juga ada kelebihan dan kekurangan, kerana tiada manusia yang sempurna.

Yang penting kita usaha untuk menjadi ibu bapa yang baik serta memberi contoh kepada anak-anak. Jangan pernah putus asa sekiranya mereka lemah dalam pelajaran. Mereka mungkin lemah tetapi disudut lain ada terselit kelebihan yang kita tak nampak. Suatu hari anak-anak yang lemah ini jugalah yang akan bantu ibu bapa mereka. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat

Kalau korang ada tips lain boleh kongsi di ruangan komen di bawah. Sama-sama kita berkongsi :)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ciknurul23.blogspot.com/2019/07/kenal-pasti-mengapa-anak-anda-malas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Tahun Dah Belajar Mandarin Siti Sairah Bagi Tip Anak Cepat Catch Up Dalam Pa Ma Tv

4 Tahun Dah Belajar Mandarin Siti Sairah Bagi Tip Anak Cepat Catch Up Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 430 hits
Setiap anak ada kecenderungan masing masing Adakalanya ibu bapa memang boleh melihat minat dan kebolehannya daripada awal Dedahkan dari awal boleh membantu anak menguasai dengan lebih pantas Siti Sairah Tarudin dalam rancangan televisyen ke...
Belajar Sampai Luar Negara Tapi Tak Kenal Al Quran Tak Guna

Belajar Sampai Luar Negara Tapi Tak Kenal Al Quran Tak Guna

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 262 hits
Pasangan Johan dan Ozlynn sering dipuji mengenai cara mendidik anak anak mereka Terbaru Ozlynn berkongsi mengenai nasihat Johan yang paling utama kepada anak anak The post appeared first on
Pahang Kenal Pasti 225 Kawasan Berpotensi Ada Sisa Toksik

Pahang Kenal Pasti 225 Kawasan Berpotensi Ada Sisa Toksik

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 305 hits
Exco negeri Pahang Mohd Sharkar Shamsuddin berkata Putrajaya perlu menyediakan satu peruntukan khas bagi menampung kos pembersihan sisa toksik kerana lesen dikeluarkan oleh Putrajaya KUANTAN Kerajaan negeri Pahang mengenal pasti 225 kawasan...
Belajar Dari Ibu Guru Diana Pengabdian Dan Kecintaan Pada Anak Anak Pedalaman Papua

Belajar Dari Ibu Guru Diana Pengabdian Dan Kecintaan Pada Anak Anak Pedalaman Papua

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 278 hits
Diana yakin kemauan yang tulus akan direstui alam dan diberkati Tuhan Semua yang tak mungkin pasti akan terjadi
Skip Hop Farmstand Rock A Mole Guitar Mainan Seronok Sambil Belajar Untuk Anak Dari Usia 6 Bulan

Skip Hop Farmstand Rock A Mole Guitar Mainan Seronok Sambil Belajar Untuk Anak Dari Usia 6 Bulan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 529 hits
Sejak Kasih Sufi menginjak usia 1 tahun ke atas ni daku mula jadi pening kepala untuk belikan permainan yang sesuai untuk perkembangan anak 1 hingga 2 tahun Daku sememangnya sudah lama berhajat untuk belikan permainan yang sesuai dengan umu...
Malas Nak Layan Bagi Je Gajet Pada Anak Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata

Malas Nak Layan Bagi Je Gajet Pada Anak Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 315 hits
Sekerap manakah anak anak anda memegang gajet dalam seminggu Adakah hampir setiap hari mereka meminta untuk melihat telefon bimbit Melalui perkongsiannya di laman Facebook Wawa Shauqi berkongsi tahap ketagihan anak anak terhadap gajet Perha...
Polis Kenal Pasti Dalang Di Sebalik 039 Video Haziq 039

Polis Kenal Pasti Dalang Di Sebalik 039 Video Haziq 039

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 221 hits
POLIS mengenalpasti dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks dikaitkan dengan seorang menteri kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Siasatan mendapati wujud konspirasi pakatan tertentu dalam pembikinan itu untuk menjatuhka...
Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

Anak Merangkak Sesekali Ibu Ayah Boleh Ikut Sama Barulah Si Kecil Cepat Belajar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 477 hits
Pernah tak main merangkak sama sama dengan anak Ibu bapa tahu tak aktiviti ni bagus untuk koordinasi badan motor kasar dan konsentrasi anak Bila buat aktiviti ni semua anggota badan digunakan serentak dan ia dapat menguatkan kaki dan tangan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025