Kenal Diri Ilmu Balik Kampung





Adik : Bang kita ni siapa sebenarnya

Abang : Apa maksud kau? Kita ni manusia lah..takkan kucing kot. Hehe
Adik : Memanglah manusia bang, maksud saya kita ni yang mana? Tubuh ke, spiritual ke? 
Abang : [senyum] Aih ko ni tetiba tanya soalan camni dah kenapa? Kau rasa kita yang mana satu? Tubuh? Abis yang spiritual tu apa

Adik : [kerut dahi] Tu yang saya tanya tu

Abang : Sekarang ni kita dedua le . 2 dalam 1.

Adik : Macam Nescafe pulak hehe [sengih]
Abang : Lebih kurang macam tu la.

Adik : Abis kalau kita dedua, camne bila kita mati kita boleh tengok jasad kita yang terbujur kaku? Ada kawan saya cerita, ada sekali tu berlaku pada diri dia antara jaga dengan nak tido, dia rasa diri dia terapung dan dia nampak diri dia tengah tido, siap boleh dengar dia berdengkur lagi...


'Kematian' Adalah TRANSFORMASI Daripada
Alam Badan ke Alam Spiritual

Abang : Hmmm...perkara ni kalau nak citer mau tak abis-abis citernya nanti..tapi aku ringkaskan citer ni dengan analogi..kau nak dengar analoginya tak

Adik : [muka teruja] Mestilah nak bang..kalau tak takde la saya sibuk tanya abang.

Abang : Dengar baik-baik..kita ni sebenarnya adalah makhluk spiritual yang sedang mengalami pengalaman jasad..analoginya seperti pemandu kereta sebagai spiritual dengan keretanya sebagai jasad..faham



Kehidupan Satu ILUSI



Adik : Ok. paham.

Abang : Bagus. Seorang pemandu mesti tahu mana dia nak pergi kan

Adik : [angguk kepala]
Abang : Baik. Seorang pemandu juga mesti tahu undang-undang pemanduan supaya dirinya selamat dan pemandu lain juga selamat. Kalau kereta tak ada pemandu boleh kereta bergerak

Adik : [geleng kepala] Tak

Abang : Tau takpe. Kalau pemandu tak ada kereta boleh sampai destinasi

Adik : [geleng kepala] Tak kot, takkan nak jalan kaki kot kalau jauh. Kalau depan umah bleh la.

Abang : Kaann..fahamkan analogi , bukan ceritanya!


Seluruh ALAM ibarat Manusia Besar, Kita Adalah
Manusia Kecil Didalam Manusia Besar.


Adik : Baik bang.

Abang : Ada satu perkara lagi yang penting, kalau takde ada pemandu dengan kereta pun tak guna

Adik : Apa dia bang

Abang : Petrol, tapi aku tak mau cerita pasal petrol. Kalau citer petrol ni mau lagi pening kau nanti. Haha

Adik : Ngee..teruskan bang.

Abang : Petrol yang ada hanya cukup-cukup untuk sampai destinasi. Guna sebaiknya. So pandu cermat jiwa

Adik : Selamaaaaaat~~
Abang : Ha pandai pun..hehe..segala pengalaman hidup kita itulah yang kita lalui sepanjang destinasi kita. Ada nampak kemalangan, jumpa awek cun kat R&R la..Cakap pasal awek cun tegak terus kepala kau ye..nampak kampung halaman yang cantik, jumpa orang tengah bertekak tepi jalan, jalan jem. Macam-macam hal. 
Ambil pengajaran daripada apa kau alami semua tu. Kau nak sampai destinasi kadang-kadang ko terpaksa tukar haluan sebab jalan rosak, jalan kena tutup. Matlamat ko adalah destinasi ko. Paham

Adik : Paham bang.

BEREMOSI itu tidak salah, Ia Menjadikan kita seorang Manusia.
Kita Perlu Belajar MENGAWAL Supaya Ianya Membuahkan
Pelajaran Buat DIRI.


Abang : Ko nak pegi JB misalnya. Ko bleh lalu kot Pahang, turun Mersing, pastu ke JB..Lalu Kuala Pilah boleh...memana pun boleh asalkan ko tau jalannya la. Kalau sesat tanya la orang kan. Takpun ikut je signboard. Kompem sampai. Jangan pulak ko nak pegi JB ko pegi ke Padang Besaq, memang kompem tak jumpa JB hehe. Nak senang lalu Highway. Terusssss je sampai, tapi jangan over-confident sangat, bawak keta lelaju pulak, celah orang sana, celah orang sini. Ko bahaya, orang lain pun bahaya. Kalau dah accident, kereta ada minyak pun tak guna jugak kan.

Adik : [Angguk sambil sengih] 
Abang : Ko faham tak ni. Angguk-angguk sengih-sengih daripada tadi..

Adik : Paham bang. Hidup kita ni macam-macam jenis jalan. Macam lagu M.Nasir tu. '73 pintu, 73 jalan yang sampai hanya satu jalan...'






Abang : Pandainyaaa. Anak sapo ni? Hehe..Setiap pengalaman hidup kau tak ada satu pun yang sia-sia. Buat silap, belajar daripada silap. Buat benda baik, belajar daripada kebaikan tu. Semuanya ujian. Semakin kuat ujian, semakin kuat dan bercahaya spiritual kau, itu pun kalau ko redha dan belajar drp ujian-ujian tu. 
Ada orang diuji dengan harta, keluarga, kawan, musuh, bisnes dan macam-macam hal lagi. Semuanya berlaku ada sebab muasababnya tak ada satu pun sia-sia. 
Kehidupan ini bergerak kerana "sebab dan akibatnya" daripada pengalaman-pengalaman kita dalam hidup. Kalau buat sekian, akan jadi sekian, kalau tak buat sekian boleh jadi berlaku sekian atau tak berlaku sekian.

Setiap keputusan kita walau nampak kecil tapi, impaknya sangat besar sebab ia berkait antara satu dengan lain, antara satu sebab dengan sebab yang lain, antara satu pengalaman dengan pengalaman yang lain. Sebab tu kalau kita nak ubah dunia, kita kena ubah diri kita dulu. Bukan duk sibuk nak ubah orang lain. Daripada diri dia akan merebak kepada yang lain. Faham

Adik : [Angguk dengan yakin] Ha'a ek. 
Abang : Tau takpe. Dipendekkan citer. Kalau aku citer ni mau sampai lusa punya Subuh pun tak tentu abis...Bila sampai destinasi, kereta tinggal kat tempat parking keta. Kau pun pergi ke tempat ko nak pergi tu. Bila ko keluar keta ko boleh nampak keta ko daripada luar

Adik : Nampak bang.

Abang : Keta apa

Adik : Ferari kaler merah biji kundang.




Abang : Amboih kemain kau. Tak nak kalah, nak Ferari je! Ha dah tu tak paham lagi? Pahamkan analogi tu bukan ceritanya. Kalau ko nak faham citer, sampai sudah tak faham-faham. Balik-balik situ jugak nanti. Nak dapat faham bukannya keje satu malam. Ada dapat faham kejap, ada seminggu, sebulan, setahun, bertahun-tahun, yang tak paham-paham lansung pun ada. Bahagian masing-masing
Ha dah..ko gi lah mandi tu...


Adik : Tolong sket ek. Orang dah mandi

Abang : Bila ko mandi, tak nampak pun

Adik : Dah le, yang semalam tu.

Abang : Cait...Busuk punya olang!



Sumber INSPIRASI Kejayaan Anda




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceciterje.blogspot.com/2013/05/kenal-diri-ilmu-balik-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 210 hits
Bertemu dalam segmen DrivingDiary aku HahaHari tu masa balik menziarahi parents aku kat JB dia bagi chance kat aku untuk bawak kereta Cuak jugak Aku dah laaaaaama tak bawak kereta atas highway As long as you can go kata dia Cewah Lepas je s...
Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

Dah Dua Tahun Tak Pulang Tular Lelaki Balik Kampung Terus Bina Rumah Besar Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 361 hits
Merantau jauh dari keluarga bukan satu perjalanan yang mudah tetapi ia perlu diteruskan jua demi mencari rezeki yang halal Lama kelamaan usaha gigih yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil
Buat Self Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid 19 Sebelum Balik Kampung

Buat Self Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid 19 Sebelum Balik Kampung

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 286 hits
Buat Self Test Guna Kit Ujian Kendiri Covid 19 Sebelum Balik Kampung Assalamualaikum semua Balik kampung oooo Balik Kampung Riangnya rasa hati sebab dapat balik kampung setelah hampir 7 bulan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerak...
Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

Pengalaman Memandu Balik Kampung Sendiri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 184 hits
Bertemu dalam segmen DrivingDiary aku HahaHari tu masa balik menziarahi parents aku kat JB dia bagi chance kat aku untuk bawak kereta Cuak jugak Aku dah laaaaaama tak bawak kereta atas highway As long as you can go kata dia Cewah Lepas je s...
Balik Kampung Makan Durian Segamat

Balik Kampung Makan Durian Segamat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Ya Allah Kawan2 lamanya tak balik rumah sini harinie terasa rindu kat kawan2 kita update entry lah 1 ye Alhamdulillah kami semua sihat2 belaka Ahmad Khalif dah setahun 3 bulan sori anak ku ibu tak update pun entry awak 1 tah...
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 395 hits
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jangan Kecam Kalau Nampak Ada Suami Bawa Isteri Duduk Hotel Balik Kampung Semuanya Sebab Aurat

Jangan Kecam Kalau Nampak Ada Suami Bawa Isteri Duduk Hotel Balik Kampung Semuanya Sebab Aurat

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 327 hits
Bila dah masuk hujung tahun pasti ramai yang membuat persiapan untuk pulang ke kampung Pelbagai persiapan dibuat termasuklah menempah hotel atau homestay sebagai tempat menginap ketika di kampung nanti Namun pasti ada yang tidak senang jika...
Waktu Mak Sakit Tanak Balik Kampung Mak Dah Mati Baru Sibuk Suruh Tunggu Dia Balik Ustaz Kazim

Waktu Mak Sakit Tanak Balik Kampung Mak Dah Mati Baru Sibuk Suruh Tunggu Dia Balik Ustaz Kazim

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 344 hits
Waktu Mak Sakit Tanak Balik Kampung Mak Dah Mati Baru Sibuk Suruh Tunggu Dia Balik Ustaz Kazim Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Aliran Trafik Meningkat 1 48 Juta Orang Balik Kampung

Aliran Trafik Meningkat 1 48 Juta Orang Balik Kampung

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 203 hits
PETALING JAYA Jumlah aliran trafik di tiga lebuh raya utama semalam meningkat susulan perayaan Deepavali hari ini Operasi dan tinjauan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mendapati kira kira 1 48 juta kenderaan dicatatkan di lebuh ra...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa