Kenaikan Pencen 2026 Kelayakan Cara Pengiraan


Kenaikan Pencen 2026 – Kelayakan & Cara Pengiraan
Sejak pengumuman rasmi kerajaan mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, topik mengenai kenaikan pencen 2026 menjadi antara topik paling hangat dibincangkan dalam kalangan pesara kerajaan dan penjawat awam. 
Kenaikan pencen ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2026.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai kenaikan pencen 2026 untuk pesara kerajaan dan penjawat awam. 
BACA JUGA: Gaji Minimum-Maksimum Gred SSPA 1–22 (Pekeliling SSPA)
Kenaikan Pencen 2026 – Apa Yang Pesara Perlu Tahu? Kenaikan pencen 2026 merupakan sebahagian daripada pelaksanaan SSPA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 pada 16 Ogos 2024. 
SSPA ini memperkenalkan pelarasan gaji dan pencen secara berfasa. Fasa 1 bermula pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026. 
Pelarasan ini dibuat berdasarkan peratusan kenaikan gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing. Ini sejajar dengan peruntukan Akta Penyelarasan Pencen 1980, Akta 238. 
Bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, kenaikan gaji Fasa 2 pada 2026 akan melibatkan kadar berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan. 
Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 3%, manakala Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana akan menikmati kenaikan 7%. 
Kenaikan ini adalah kesinambungan daripada Fasa 1 yang telah bermula pada Disember 2024 di mana kadar kenaikan adalah 4% dan 8% mengikut kumpulan masing-masing.
Bagaimana pula dengan pesara? 
Kenaikan pencen 2026 turut melibatkan pesara kerajaan, di mana amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara. 
Ini bermakna, pesara akan menerima pencen yang lebih tinggi, selari dengan kenaikan gaji penjawat awam aktif. 
Kaedah baharu ini menggantikan sistem kenaikan tahunan 2% yang digunakan sebelum ini, bermula tahun 2025. 
Bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum Januari 2013, mereka akan menerima pelarasan kenaikan pencen sebanyak dua kali, iaitu 8% bermula Disember 2024 dan 7% lagi pada awal 2026, menjadikan jumlah keseluruhan kenaikan sebanyak 15%.
Menurut Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), langkah ini amat dinanti-nantikan lebih 900,000 pesara di seluruh negara. 
Untuk memastikan anda layak menerima pelarasan pencen 2026, pastikan status perkhidmatan dan opsyen SSPA anda sentiasa dikemas kini. 
Pegawai yang menolak opsyen SSPA atau tidak lagi berkhidmat pada tarikh pelaksanaan tidak layak untuk menerima pelarasan ini. 
Bagi anda yang ingin mengira jumlah kenaikan pencen atau gaji, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyediakan kalkulator rasmi di portal mereka untuk memudahkan pengiraan secara tepat. 
Sumber: Bahagian Pencen, JPA
Kenapa Kenaikan Ini Dilaksanakan? Kerajaan melalui keputusan Majlis Menteri dan pengumuman PM Anwar Ibrahim menekankan, penyelarasan pencen mengikut gaji terakhir pegawai semasa bersara adalah usaha untuk:
Menangani kos sara hidup semasa Mengharmonikan sistem pencen lama dengan struktur gaji baru Menjamin kebajikan pesara termasuk penerima pencen terbitan Pembatalan Sistem 2% Tahunan Seperti dinyatakan di atas, Sistem kenaikan 2% tahunan yang diperkenalkan pada 2013 telah dimansuhkan sejak 1 Januari 2025 selepas disemak semula Panduan Mahkamah Persekutuan. Kini, penyesuaian pencen adalah berasaskan kenaikan gaji terakhir penjawat awam. 
Dalam maksud mudah, 2% kenaikan setiap tahun itu, sudah tiada dan telah diganti dengan kaedah penyelarasan pencen. 
Sekiranya ada pelarasan gaji pegawai awam yang sedang berkhidmat, maka akan adalah penyelarasan pencen. Penyelarasan ini akan bermula pada 1 Januari 2026.
BACA JUGA: Kenaikan Gaji Tahunan KGT Penjawat Awam Mengikut Gred SSPA
Siapa yang Layak? Kelayakan Kenaikan Pencen 2026. Siapa yang layak?
Pesara kerajaan yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2026, termasuk penerima pencen terbitan (waris), pencen hilang upaya, pencen tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan layak menerima penyelarasan pencen berdasarkan SSPA.  Pesara yang menolak opsyen SSPA atau bukan penerima pencen kerajaan tidak layak menerima pelarasan ini.  Cara Pengiraan Pelarasan Pencen SSPA LANGKAH 1
Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih dahulu.
Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:
1. Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:
Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000 2. Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 4%) LANGKAH2
Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:
[1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan]
Contoh Pengiraan:
Seorang pesara kumpulan Pelaksana dengan gaji akhir RM3,000 (Disember 2024):
Fasa 1: RM3,000 + 8% = RM3,240
Fasa 2: RM3,240 + 7% = RM3,467
Jika tempoh perkhidmatan 30 tahun (maksimum):
Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20 Pencen Bulanan=60%×RM3,467=RM2,080.20 NOTA:
Jika tempoh perkhidmatan melebih 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024 Kenaikan tahunan automatik 2% telah dimansuhkan mulai 2025. Selepas Fasa 2, pelarasan hanya berlaku jika ada semakan gaji baharu penjawat awam.  Penerima pencen terbitan (waris), pencen hilang upaya, dan pencen tanggungan turut layak menerima pelarasan ini.  Pastikan status opsyen SSPA dan kelayakan perkhidmatan anda disemak di portal rasmi JPA/KWAP. Soalan Lazim Bila kenaikan pencen 2026 akan berkuat kuasa? Kenaikan pencen Fasa 2 akan bermula pada 1 Januari 2026, serentak dengan pelarasan gaji penjawat awam Fasa 2.
Siapa yang layak menerima kenaikan pencen 2026? Pesara kerajaan yang bersara sebelum atau pada 1 Januari 2026, termasuk penerima pencen terbitan (waris), layak menerima pelarasan pencen. Pegawai yang menolak opsyen SSPA atau tidak lagi berkhidmat pada tarikh pelaksanaan tidak layak.
Adakah penerima pencen terbitan (waris) turut menerima kenaikan? Ya, penerima pencen terbitan juga akan menerima pelarasan pencen yang sama mengikut kumpulan perkhidmatan pesara asal.
Bagaimana cara pengiraan pencen baharu selepas pelarasan? Pencen baharu dikira berdasarkan gaji akhir bersamaan selepas pelarasan Fasa 1 dan Fasa 2, mengikut formula rasmi JPA. Kalkulator pengiraan disediakan di portal rasmi JPA untuk rujukan pesara.
Jika saya bersara selepas 1 Januari 2026, adakah saya layak kenaikan ini? Tidak, hanya pesara yang bersara sebelum atau pada tarikh pelaksanaan Fasa 2 (1 Januari 2026) layak menerima pelarasan pencen ini.
 Di mana saya boleh semak status kelayakan dan jumlah pencen baharu? Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi JPA atau KWAP, serta menggunakan kalkulator pengiraan yang disediakan secara dalam talian.
 Adakah pelarasan pencen ini automatik atau perlu permohonan? Pelarasan pencen akan dilakukan secara automatik oleh pihak berkuasa pencen, tidak memerlukan permohonan pesara.
Maklumat Lanjut Untuk sebarang maklumat lanjut, pertanyaan dan info terkini mengenai pencen pesara, sila rujuk:
Laman Rasmi KWAP Facebook Bahagian Pencen JPA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kenaikan-pencen-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kenaikan-pencen-2026

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skim Tou Tnb Maksud Tempoh Skim Baharu Kelayakan Cara Memohon

Skim Tou Tnb Maksud Tempoh Skim Baharu Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 301 hits
Pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah termasuk pengusaha perniagaan mikro dengan pepasangan meter pintar kini boleh melanggan skim Time Of Use Apa Itu Skim Tarif Penggunaan Masa atau Time of Use ToU merupakan skim yang memperk...
Bantuan Bil Elektrik Rm40 Syarat Kelayakan Cara Semak

Bantuan Bil Elektrik Rm40 Syarat Kelayakan Cara Semak

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 185 hits
Bantuan bil elektrik terus menjadi salah satu inisiatif penting kerajaan dalam meringankan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah Dalam usaha berterusan memastikan kesejahteraan rakyat kerajaan bersetuju untuk meneruskan Pro...
Barang Anak Asyik Hilang Di Sekolah Ini 7 Cara Didik Anak Jaga Barangan Sendiri

Barang Anak Asyik Hilang Di Sekolah Ini 7 Cara Didik Anak Jaga Barangan Sendiri

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 130 hits
Mak botol air adik hilang Pensel tak jumpa Kalau ini situasi yang ibu dengar hampir setiap minggu anda tidak sendiri Ramai ibu bapa mengalami masalah sama barang anak asyik hilang di sekolah Sikit sikit lesap dari pensel sampai kasut sukan ...
Bila Rayuan Str Masuk Tarikh Cara Mohon Rayuan

Bila Rayuan Str Masuk Tarikh Cara Mohon Rayuan

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 156 hits
Bila Rayuan STR Masuk CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN RAYUAN STR 2025 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK TIDAK LULUS Sumbangan Tunai Rahmah merupakan salah satu bantuan kewangan utama kerajaan Malaysia untuk golongan B40 dan...
Cara Rebus Nasi Impit Lebih Cepat Dan Jimat Gas

Cara Rebus Nasi Impit Lebih Cepat Dan Jimat Gas

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 146 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Ada satu tips yang sempat Maha belajar dan praktikkan Kalau ikutkan tips ni dah lama dikongsikan tapi baru tahu Mungkin ramai ka...
Kedai Mykasih Johor Senarai Kedai Cara Buat Semakan

Kedai Mykasih Johor Senarai Kedai Cara Buat Semakan

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 196 hits
Bagi penerima bantuan MyKasih di Negeri Johor anda boleh menyemak Kedai MyKasih Johor untuk membeli barangan bantuan ini Penerima yang layak boleh terus ke kedai kedai ini untuk membeli barangan bantuan ini Mengenai MyKasih MyKasih adalah p...
Suku Kata Terbuka Jawi Belajar Cara Baca Jawi

Suku Kata Terbuka Jawi Belajar Cara Baca Jawi

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 217 hits
Dalam sistem tulisan Jawi suku kata terbuka memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk struktur fonetik dan ejaan Jawi Jawi sistem tulisan Melayu yang berasaskan abjad Arab merupakan warisan budaya yang tak ternilai bagi masyarakat M...
Kos Sara Hidup Di Malaysia 2025 Punca Kesan Cara Atasi

Kos Sara Hidup Di Malaysia 2025 Punca Kesan Cara Atasi

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 224 hits
Kos Sara Hidup di Malaysia 2025 Punca Kesan Cara Atasi Kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun Rakyat mula terasa tekanan kewangan apabila harga barang asas sewa rumah dan bil utiliti naik sedangkan gaji kekal pada ...
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Is Ai In The Newsroom A Tool Threat Or A Transformation

La T Te D Or Restaurant At One Madison By Rockwell Group

I Said Yes To Iodine Treatment

Major Judiciary Reveal Fizzles Questions Remain

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Starbucks Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah

Why My Me Time Starts When The Whole House Is Finally Asleep

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Asian Pop Stars 2025 Bakal Cipta Fenomena Lahirkan Bintang Bertaraf Dunia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video