Kenaikan Kompaun Langgar Sop Pkp Adalah Berita Baik Buat Rakyat


 
Di mana-mana ketika ini banyak kedengaran rakyat bersungut dan tidak setuju dengan tindakan kerajaan menaikkan kadar kompaun terhadap pelanggaran SOP ketika PKP dilaksanakan.
Bermula 11 Mac depan, kadar kompaun individu yang selama ini RM1000 akan dinaikkan kepada RM10 ribu.
Bagi syarikat atau pertubuhan yang melanggar SOP pula, mereka boleh didenda sehingga maksimum RM50 ribu.
Apa pun alasan untuk menaikkan kadar tersebut, ramai yang melihat ia sebagai tanda kegagalan kerajaan sendiri dalam menguatkuasakan SOP yang ditetapkan selama ini.
Kegagalan itu antararanya disebabkan tindakan kerajaan sering berubah-ubah dan tidak konsisten dalam SOP yang mereka tetapkan.
Ia akhirnya menjadikan rakyat keliru dan tidak menentu.
Lalu, menaikkan kadar kompaun dilihat sebagai pilihan untuk menutup kegagalan tersebut serta bagi memastikan SOP yang ditetapkan benar-benar dipatuhi.
Lebih buruk lagi, dalam menguatkuasakan SOP itu juga kerajaan menampakkan sikap pilih kasih yang ketara antara rakyat biasa dengan golongan kayangan atau menteri-menteri.
Ada beberapa menteri yang sudah berkali-kali didedahkan media melanggar SOP, tetapi tetap tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini.
Kalau rakyat biasa yang didapati melanggar SOP terus saja didenda RM1000, tetapi menteri yang juga bersalah melanggar SOP kononnya perlu kebenaran Pejabat Peguam Negara terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil.
Ehh…apa ni?
Apa istimewanya menteri berbanding rakyat biasa dari sudut undang-undang?
Kalau denda RM1000 pun ramai menteri-menteri yang terlepas daripada tindakan, apakah selepas denda dinaikkan kepada RM10 ribu, mereka akan diambil tindakan?
Atau kenaikan denda RM10 ini hanya untuk menekan lagi kehidupan rakyat bawahan yang memang sudah sedia tertekan kehidupan mereka ini?
Dalam hal ini, ada yang berkata, jenis kerajaan apakah yang kita ada sekarang ini di mana ketika rakyat dibelenggu dengan pelbagai kesukaran mencari rezeki, namun ditekan lagi dengan ancaman denda yang semakin tinggi?
Apakah kerajaan sudah begitu miskin dan tiada wang sampai mahu mengambil duit daripada saku rakyat sebagai perbelanjaan?
Walaupun kadang-kadang ada luahan yang diperkatakan itu tidak masuk akal, yang nyata itulah petanda kemarahan mereka yang sudah tidak tertahan lagi.
Dengan harga barang sentiasa naik seolah-olah tiada kawalan atau pemantauan dan petrol pula menaik setiap minggu, kenaikan kadar denda yang diambil kerajaan ini benar-benar tidak dapat diterima.
Ia jelas memburukkan lagi tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin sekarang ini.
Di media sosial dan perbualan dalam grup Whatsapp, jelas boleh dilihat kemarahan yang memuncak itu sehingga terkeluar kata-kata kesat dan makian terhadap kerajaan.
Beserta deretan pelbagai kegagalan lain, menaikkan denda ini pada hakikatnya hanya menambah-burukkan lagi tahap kegagalan kerajaan di mata rakyat.
Begitu pun, sebenarnya semua ini adalah berita baik belaka untuk rakyat yang sedang derita dan sengsara ketika ini.
Ini pasti akan membuatkan mereka tidak berfikir dua kali untuk menjatuhkan Muhyiddin dan PN di peti-peti undi bila sampai waktunya nanti.
Dalam penilaian majoriti, PN ini adalah segagal-gagal kerajaan yang pernah wujud di negara ini dan cukuplah mereka beroleh kuasa melalui cara khianat, tetapi tidak sama sekali melalui undi rakyat.
 (Shahbudindotcom 27/02/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kenaikan-kompaun-langgar-sop-pkp-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kompaun Rm10 000 Jika Didapati Langgar Sop Cegah Covid 19 Bermula 11 Mac

Kompaun Rm10 000 Jika Didapati Langgar Sop Cegah Covid 19 Bermula 11 Mac

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 304 hits
Kompaun RM10 000 jika didapati langgar SOP cegah Covid 19 bermula 11 MacKompaun sehingga RM10 000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid 19 Berdasarkan paparan d...
Rm3 88 Juta Kompaun Langgar Pkp Di Melaka

Rm3 88 Juta Kompaun Langgar Pkp Di Melaka

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA RAHMAD Mariman mengingatkan pelanggan di sebuah kedai makan mengenai pematuhan SOP dalam Operasi Khas Penguatkuasaan Pematuhan PKPB di Jalan Hang Tuah Melaka FOTO DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAMELAKA Sebanyak RM3 88 ...
Rakyat Terus Disaman Menteri Kayangan Bangga Langgar Sop

Rakyat Terus Disaman Menteri Kayangan Bangga Langgar Sop

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 217 hits
Ketika Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang Gambar berl...
Annuar Musa Bakal Didakwa Kerana Langgar Sop Pkp

Annuar Musa Bakal Didakwa Kerana Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 266 hits
February 14 2021 Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik COVID 19 Ahli Par...
Najib Bidas Kit Siang Anak Beranak Langgar Sop Pkp

Najib Bidas Kit Siang Anak Beranak Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 245 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan sama ada majlis sambutan hari lahir yang diadakan di rumah adalah salah dan melanggar prosedur operasi standard Covid 19 susulan pelaksanaan perintah kawalan pegerakan yang berkuatkuasa di beb...
Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

Denda Langgar Sop Rakyat Kena Rm10 000 Menteri Jangan Dilepaskan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 346 hits
Kerajaan Perikatan Nasional diingatkan agar menghentikan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard Covid 19 yang berbeza beza antara menteri dan rakyat jelata sebelum menaikkan denda RM10 000 kepada pihak yang melanggar SOP Ketua Angkatan Mu...
Hiburan Langgar Sop Pkp Shuib Dan Siti Sarah Didenda Kerana Makan Beramai Ramai Di Restoran

Hiburan Langgar Sop Pkp Shuib Dan Siti Sarah Didenda Kerana Makan Beramai Ramai Di Restoran

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 429 hits
Usahawan Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi Siti Sarah dilaporkan telah didenda sebanyak Rm1 000 setiap seorang apabila didapati melanggar prosedur operasi standard dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan kini ...
Kompaun Pkp Dinaikkan Rm10 000 Bagi Yang Ingkar Sop

Kompaun Pkp Dinaikkan Rm10 000 Bagi Yang Ingkar Sop

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 318 hits
Hati hati semua Pastikan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Menurut sumber terkini kompaun ingkar SOP PKP akan dinaikkan kepada RM10 000 mulai 11 Mac Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun se...
Tidak Mengaku Salah Langgar Sop Puad Zarkashi Bidas Annuar Musa

Tidak Mengaku Salah Langgar Sop Puad Zarkashi Bidas Annuar Musa

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membidas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa kerana tidak mengaku salah selepas didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan Dalam hantaran di Facebook hari ini Puad berk...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free

New Year Wish A Pm For All Malaysians


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Bila Ko Tak Boleh Reply Komen

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender