Kenaikan Gaji Dan Produktiviti


 
Nik Hasyudeen


Kenaikan gaji dan produktiviti


Dalam seminggu lagi kesan pindaan ke atas Akta Pekerja akan mula dirasai oleh majikan-majikan di Malaysia. Sebelum ini kerajaan telah menaikkan gaji minima kepada RM 1,500 dari RM 1,200.


Walaupun ada beberapa peruntukan-peruntukan yang diubah, pada pandangan saya peruntukan yang akan memberikan kesan besar kepada perniagaan kecil dan sederhana ialah pindaan berkenaan kerja lebih masa.


Ada 2 perkara yang perlu dipatuhi mulai 1 September ini:


1. Waktu kerja dipendekkan dari 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.


2. Gaji pekerja yang mesti dibayar kerja lebih masa dinaikkan darim RM 2,000 kepada RM 4,000 mengikut kaedah Akta Pekerja dikuatkuasakan.


Perkara seperti penambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 90 hari tidak melibatkan kos tetapi akan memberi kesan ke atas produktivi perniagaan. 


Manfaat pemberhentian pekerja berdasarkan Akta Pekerja juga diperpanjangkan kepada pekerja yang bergaji sehingga RM 4,000.


Kita semua tahu Malaysia adalah di antara negara yang nisbah gaji kepada perolehan perniagaan amat kecil. Oleh itu langkah-langkah yang diambil untuk menaikkan pendapatan pekerja dikira pada arah yang betul.


Namun, mungkin pembuat-pembuat dasar yang gajinya tetap diterima di dalam apa keadaan sekali pun termasuk di ketika aktiviti ekonomi ditutup semasa pandemik Covid-19 lupa bahawa peniaga-peniaga (yang berjaya mengharungi wabak Covid) baharu sahaja mahu mengukuhkan perniagaan masing-masing setelah dipaksa berniaga di dalam keadaa yang bercelaru disebabkan polisi-polisi yang dibuat semasa pandemik oleh pembuat-pembuat dasar yang tetap menerima gaji itu.


Apabila kos perniagaan tiba-tiba naik, perniagaan yang berdaya maju (viable) pun boleh menjadi bermasalah. Sekiranya kenaikan kos ini tidak disertai dengan peningkatan produktiviti, perniagaan yang berada di dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja mungkin terkorban.


Saya maklum orang-orang politik sedang mencari-cari sokongan untuk pilihanraya yang akan datang ini. Menaikkan gaji dan upah adalah satu tindakan yang popular. Janganlah disebabkan undi, ada majikan yang terkorban. Itu akan menyebabkan pekerjanya terpaksa mencari pekerjaan yang lain, jika ada.


Reaksi yang logikal dari pihak pengusaha pekerjaan ini peningkatan produktivi melalui pelaburan di dalam teknologi dan juga pembaharuan kaedah bekerja. Mereka akan mencari jalan untuk berniaga dengan keperluan pekerja yang paling minima. Ini sememangnya sudah diusahakan sebelum 1 September lagi tetapi kesan dari peruntukan Akta Pekerja ini akan menggiatkan lagi usaha ini. Akhirnya bilangan pekerjaan di dalam ekonomi akan terkesan.


Mereka mungkin juga akan menaikkan harga jualan yang akhirnya ditanggung oleh pelanggan, termasuk juga pekerja yang dibayar gaji lebih itu. Kesan ke atas inflasi tentunya ada.


Saya memang berharap sektor perniagaan kecil dan sederhana menjadi pemacu pembentukan pekerjaan. Namun, jika kos untuk memulakan perniagan menjadi tinggi, keghairahan untuk memulakan perniagaan di kalangan anak-anak muda boleh juga terkesan.


Kita tengoklah kesan jangka panjang polisi-polisi yang dikuatkuasakan melalui Akta Pekerja ini. Bagi perniagaan yang sedia ada, kos tambahan yang ditanggung akan mengurangkan keuntungan (bagi yang untung). Jadi, tentunya bonus yang biasa dibayar akan diselaraskan juga. Mungkin jumlah gaji yang dibawa balik (take home salary) tidak akan berubah dengan ketara kerana manfaat-manfaat yang tidak wajib boleh dikaji semula bagi mempastikan kos perniagaan masih munasabah.


Polisi ada kesan jangka pendek dan jangka panjang. Inilah sebabnya pembentuk polisi mestilah orang-orang yang mampu memahami kesan polisi ke atas pelbagai pihak. Dia kena berani untuk melawan tekanan dari orang-orang yang mahu populariti kerana mahu kutip undi. Jika pembuat polisi takut untuk menyatakan yang benar dan sayangkan kerusi yang didudukinya, dia kena jawablah dengan Allah mengapa dia bertindak begitu.


Semua tindakan kita di dunia ini ada kira bicaranya di akhirat.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/kenaikan-gaji-dan-produktiviti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tunggu Hujung Bulan Mat Saleh Ini Nasihat Dapat Saja Gaji Simpan 10 Peratus

Jangan Tunggu Hujung Bulan Mat Saleh Ini Nasihat Dapat Saja Gaji Simpan 10 Peratus

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 171 hits
Jangan tunggu hujung bulan konon baru nak menyimpan duit memang takkan dapat Itu nasihat seorang 8216 Mat Saleh 8217 apabila menjelaskan mengenai kepentingan simpanan sebagai asas kewangan yang pertama Menurutnya langkah menyimpan 10 peratu...
Permohonan Jawatan Institut Kemahiran Mara Ambilan Ogos 2022 Gaji Permulaan Rm1 493 Mohon Sebelum 19 Ogos 2022

Permohonan Jawatan Institut Kemahiran Mara Ambilan Ogos 2022 Gaji Permulaan Rm1 493 Mohon Sebelum 19 Ogos 2022

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 295 hits
Jawatan Kosong Terkini 2022 Institut Kemahiran Mara Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon Pengambilan calon dibuka kepada seluruh...
Majlis Amanah Mara Buka Pengambilan Jawatan Kosong Terkini Gaji Rm2 939 Minima Spm Layak Memohon

Majlis Amanah Mara Buka Pengambilan Jawatan Kosong Terkini Gaji Rm2 939 Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 262 hits
Jawatan Kosong Terkini 2022 Majlis Amanah Mara Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon Pengambilan calon dibuka kepada seluruh warg...
Apabila Gaji Pekerja Bernama Dipotong

Apabila Gaji Pekerja Bernama Dipotong

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 198 hits
Pekerja status kontrak pekerja status sementara pekerja status sambilan pekerja status sejenak seketika dan pelbagai lagi status pekerjaan Dengan pelbagai alasan andaian dan ceritareka dalam memastikan pekerjaan itu ada wujud Dengan keadaan...
Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Serta Perbezaannya

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Serta Perbezaannya

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 209 hits
Apabila bercakap tentang perancangan kewangan gaji bersih adalah benda penting untuk diberikan perhatian Kita akan membuat pelan kewangan bulanan berdasarkan jumlah gaji bersih ini termasuk jumlah perbelanjaan dan simpanan Selain daripada g...
Pakar Saran Wujud Pembiayaan Ala Asb Bantu Pencarum Gaji Rendah Tambah Simpanan Masa Depan

Pakar Saran Wujud Pembiayaan Ala Asb Bantu Pencarum Gaji Rendah Tambah Simpanan Masa Depan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 188 hits
Kerajaan wajar melaksanakan skim perlindungan sosial bagi mengelakkan mereka mengalami krisis kewangan pada hari tua kata pakar ekonomi Barjoyai Bardai PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mencadangkan kerajaan menyediakan pinjaman mesra pen...
Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

Purata Gaji Penduduk 10 Negara Di Asean 2022 Malaysia Di Tempat Ke Berapa

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 368 hits
Pernahkah anda tertanya tanya berapakah purata gaji penduduk di negara jiran kita Di Malaysia purata gaji dianggarkan sekitar RM2 673 Paling tinggi adalah Singapura dengan purata gaji sebanyak RM20 433 diikuti Brunei dengan RM1 5280 Purata ...
12 Sambungan Extension Chrome Terbaik Untuk Produktiviti Tugasan Harian Anda

12 Sambungan Extension Chrome Terbaik Untuk Produktiviti Tugasan Harian Anda

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 174 hits
Chrome ialah pelayar web paling popular dengan 3 200 000 000 pengguna Tetapi 90 orang tidak mengetahui sambungan extension terbaik untuk produktiviti harian Jadi jom kita selongkar 12 sambungan Chrome yang perlu anda ketahui1 Grammarly meng...
Gaji Aku Lagi Tinggi Daripada Komisen Kau Bunga Berang Layanan Staf Machine Klcc

Gaji Aku Lagi Tinggi Daripada Komisen Kau Bunga Berang Layanan Staf Machine Klcc

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 137 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Baru baru ini tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layana...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut