Pakar Saran Wujud Pembiayaan Ala Asb Bantu Pencarum Gaji Rendah Tambah Simpanan Masa Depan


 
Kerajaan wajar melaksanakan skim perlindungan sosial bagi mengelakkan mereka mengalami krisis kewangan pada hari tua, kata pakar ekonomi Barjoyai Bardai.PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mencadangkan kerajaan menyediakan pinjaman mesra pencarum untuk membantu 3.2 juta individu yang mempunyai simpanan kurang RM1,000 dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak yang mengutarakan idea itu berkata pembiayaan berkenaan mirip Amanah Saham Bumiputera (ASB), yang pelaburannya boleh dinikmati pencarum sebagai pendapatan tambahan.
“Wang ini tidak boleh dikeluarkan selagi pencarum belum berusia 55 tahun ke atas. Ia sebagai bekalan untuk menghadapi hari persaraan,” katanya kepada FMT.
Barjoyai turut mencadangkan kerajaan mencontohi Norway melaksanakan skim perlindungan sosial untuk menjaga kebajikan rakyat, dan mengelakkan mereka mengalami krisis kewangan pada hari tua.
“Aset kerajaan seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh digerakkan untuk menjana pendapatan yang dianggarkan boleh mencecah sehingga RM600 bilion, dan hasilnya kemudiannya digunakan membantu golongan B40.
“Langkah jangka pendek dan panjang ini perlu bagi mengelakkan situasi pencarum bekerja hingga hujung nyawa…apabila umur semakin meningkat banyak pula risiko kepada kesihatan,” katanya.
Sementara itu, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula menggesa kerajaan menyediakan pendapatan asas sejagat kepada pencarum sebagai penyelesaian jangka pendek.
“Ini sepatutnya jumlah minimum mencukupi bagi menampung perbelanjaan kehidupan asas.
“Ia secara langsung dapat mengelakkan pencarum daripada terdedah kepada risiko krisis kewangan serta masa depan yang tidak menentu akibat kehabisan penggunaan jaminan sebelum mencecah tempoh persaraan mereka,” katanya.
Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah dalam jawapannya di sidang Dewan Negara 9 Ogos lalu mendedahkan seramai 3.2 juta ahli berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.
Seramai 6.62 juta ahli atau 52% daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun pula mempunyai simpanan kurang RM10,000.
Perkembangan itu susulan kebenaran pengeluaran simpanan KWSP berjumlah RM155 bilion untuk mengurangkan beban ketika penularan Covid-19. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/pakar-saran-wujud-pembiayaan-ala-asb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubatan Jitu Masa Depan Rawatan Kanser

Perubatan Jitu Masa Depan Rawatan Kanser

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 134 hits
Oleh Ryia Illani Mohd Yunos Syahidatun Najwa Abu Zahid Institut Biologi Molekul Perubatan UKM Statistik kanser terkini di Malaysia Mendengar sahaja perkataan kanser pasti meruntun rasa gerun Kanser telah menjadi beban penyakit yang membimba...
Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

Tema Pas Teraju Pahang Menjelang Pru 15 Blueprint Dan Roadmap Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 162 hits
nbsp KUANTAN PAS sekali lagi mengangkat tema PAS Teraju Pahang menjelang PRU 15 Tema yang menyatakan hasrat dan cita cita PAS Pahang Himpunan Hijau 3 0 PAS Pahang yang berlangsung pada 30 Julai 2022 baru baru ini menunjukkan komitmen para a...
Kenapa Mesti Pergi Maha 2022 Tarikan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

Kenapa Mesti Pergi Maha 2022 Tarikan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 202 hits
Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bermula pada 4 ogos sehingga 14 ogos 2022 selepas empat tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Ekspo MAHA 2022 yang di...
Ini Daftar Negara Asia Yang Punya Crazy Rich Paling Banyak Di Masa Depan

Ini Daftar Negara Asia Yang Punya Crazy Rich Paling Banyak Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 138 hits
Singapura diprediksi mengalahkan Australia Hong Kong sebagai ibu kota negara yang paling banyak memiliki orang superkaya di 2030
Cara Tambah Caruman Simpanan Kwsp Online Melalui I Akaun

Cara Tambah Caruman Simpanan Kwsp Online Melalui I Akaun

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 270 hits
CARA TAMBAH SIMPANAN KWSP ONLINE MELALUI I AKAUN Seperti yang kita sedia maklum pelbagai skim pengeluaran KWSP telah dilaksanakan susulan keluhan rakyat yang terkesan akibat pandemik Namun kini keadaan bertambah stabil dan lebih ramai yang ...
Tahap Simpanan Ahli Kwsp Sangat Rendah Dan Membimbangkan Kata Timbalan Menteri Kewangan 1

Tahap Simpanan Ahli Kwsp Sangat Rendah Dan Membimbangkan Kata Timbalan Menteri Kewangan 1

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 150 hits
Tahap simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah rendah dan sangat membimbangkan terutama selepas pelaksanaan empat kemudahan pengeluaran berkaitan Covid 19 iaitu i Lestari i Sinar i Citra serta Pengeluaran Khas Selain itu p
Kpm Akui Cabaran Gaji Rendah Antara Punca Tak Sambung Pengajian

Kpm Akui Cabaran Gaji Rendah Antara Punca Tak Sambung Pengajian

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 119 hits
Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin berkata apabila mereka masuk ke alam pekerjaan lepasan menengah mendapati melanjutkan pengajian tidak menjanjikan kadar gaji diperoleh akan lebih tinggi PETALING JAYA Kementerian Pendidikan mengakui kada...
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Daesung Bigbang Luah Rasa Buntu Untuk Aktiviti Masa Depan

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Daesung Bigbang Luah Rasa Buntu Untuk Aktiviti Masa Depan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 156 hits
Pada 8 Ogos lalu Daesung BIGBANG telah memuat naik satu video di saluran YouTubenya setelah hampir sebulan ARTIKEL BERKAITAN Dalam video tersebut Daesung telah meluahkan perasaan buntu tidak mempunyai pelan untuk aktiviti YouTubenya Pada aw...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Hada Labo Hydrating Water Gel

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu

Leadership Skills For Owners

Konsert Aku Muzik Kamu 2 0

Tomislav Steinbruckner Enggan Melatah

Kalendar 2025 Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah

Rukun Wuduk Niat Doa Selepas Wuduk