Kena Tindih Waktu Tidur Makhlus Halus Atau Sleep Paralysis
KENA TINDIH WAKTU TIDUR | MAKHLUS HALUS ATAU SLEEP PARALYSIS ? Assalamualaikum. Persoalan yang sering bermain di minda kita. Ada yang berpengalaman kena tindih masa tengah tidur? Betuk ke makhlus halus yang tindih?
Kena tindih lewat malam dan antara waktu Asar hingga Maghrib
Memang tidak elok tidur waktu petang. Lebih-lebih lagi waktu Asar hingga Maghrib. Ada yang kena tindih masa tengah tidur petang. Waktu petang ni jangan nak tidur sangat. Jang mulalah bila kita sedar, kita ingat dah waktu pagi. Kelam kabut bangun! Budak-budak pula ada yang akan meragam bila terjaga. Apapun, semuanya pengalaman orang. Ada yang mengalami, dan ada yang tak pernah mengalaminya.
Tidur malam pula, memang orang tua kita pesan supaya bersihkan diri. Basuh kaki dan tangan dahulu. Bimbang mimpi merapu dan diganggu.
Ok, untuk lebih jelas, Cik Rose pun google untuk mendapatkan maklumat tentang fenomena kena tindih ni. Apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh badan kita.
Fenomena seperti ditindih semasa tidur kebiasaannya dianggap sebagai pengalaman ngeri yang paling ditakuti.
Manakan tidak, ketika ditindih, terasa seperti 'makhluk halus' berada diatas badan dan sukar untuk bergerak. Rasa sukar bernafas. Nak menjerit, tak keluar pula suara. Rasa ada orang, bila kita panggil orang tu tak dengar. Kita pun baca zikir atau surah-surah tertentu. Makin sakit pula kena tindih.
Bertenang, dari perspektif sains ianya dikenali sebagai sleep paralysis. Ianya adalah gejala biasa narcolepsy (keinginan yang melampau untuk tidur) dimana tidur dalam keadaan ini menyebabkan kitaran jaga dan lena (sedar dan tidak sedar) menipu otak bahawa dirinya sudah lena tapi sebenarnya tidak.
Punca Sleep Paralysis;
1. Tak cukup tidur2. Ubatan3. Bipolar4. Perubahan masa tidur5. Pengambilan dadah
Simptom mengalami ‘Sleep Paralysis’
tidak boleh bersuaradada rasa ditindihsukar bernafasberpeluhtidak boleh menggerakkan tubuh badanterjadi dalam beberapa saat hingga beberapa minitpanic attack, kekurangan tidur dan tekanan boleh menjadi puncaindividu mengalami kesukaran bersuara, tidak dapat bergerak dan halusinasitidak berbahaya dan boleh dicegah
Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika TidurKaedah IslamUntuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! Sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur.Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain. Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring.Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku. Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah.Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.
Itulah apa yang dapat Cik Rose temui, bila mencari info tentang 'Kena Tindih' ni. Moga dapat membantu anda yang pernah mengalaminya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/03/fenomena-seperti-ditindih-semasa-tidur.html