Darurat Atau Gentlemen S Agreement Mana Lebih Baik


Tun Abdul Hamid MohamadSuasana di hadapan Pintu Utama Istana Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL MINGGU lepas, kita dengar cakap-cakap mengenai kemungkinan DYMM SPB Yang di- Pertuan Agong (YDPA) akan melantik seorang Perdana Menteri Interim untuk mangatasi kemelut politik negara sekarang. Pada 22 10 2020 saya menerbitkan rencana “Tidak Ada Perdana Menteri Interim Dalam Perlembagaan”.
Pada 23 10 2020 kita dengar pula mengenai kemungkinan YDPA mengisytiharkan darurat untuk menangani masalah yang sama berikutan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada hari yang sama dan, selepas itu, Tan Sri Muhyiddin bergegas ke Kuantan untuk menyembahkan keputusan mesyuarat itu kepada YDPA.
Pada 24 10 2020, Istana Negara mengeluarkan satu kenyataan media yang mengesahkan majlis menghadap tersebut. Kenyataan itu, antara lain, menyebut:
“Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19.”
Selanjutnya kenyataan itu menyebut bahawa YDPA “telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.”
Cadangan Tan Sri Muhyiddin itu tidak disebut. Rata-rata media dan orang ramai menelah bahawa ia adalah perisytiharan darurat. Rencana ini ditulis atas anggapan yang sama.
Peruntukan Perlembagaan yang membolehkan YDPA mengisytiharkan darurat ialah Perkara 150.
“150. (1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”
Soalan 1: Adakah satu darurat besar telah berlaku? Saya serahkan kepada pembaca untuk menjawabnya. Bagi mereka yang mengalami peristiwa Mei 13 , mungkin mereka akan membandingkan dengannya.
Soalan 2(a): Katakan darurat besar telah berlaku, adakah ia menyebabkan keselamatan di dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya, terancam?
Saya tidak fikir saorang yang reasonable boleh menjawab “ya” kepada soalan itu. Rakyat hidup dalam keadaan aman tenteram. Memang perjalanan mereka di kawasan-kawasan tertentu sisekat. Sekatan itu dilakukan menurut undang-undang untuk mengawal merebaknya wabak Cobid-19.
Katakanlah Kerajaan berkata ia mempunyai maklumat rahsia mengenai ancaman keselamatan. Saya hujahkan jika ada ancaman keselamatan, rakyatlah yang terlebih dahulu mengetahuinya, seperti pendaratan askar payung terjun tentera udara Indonesia semasa Konfrantasi Indonesia dalam tahun 1963 dahulu.
Soalan 2(b): Jika darurat besar telah berlaku, adakah ia menyebabkan kehidupan ekonomi di dalam Malaysia atau mana-mana bahagiannya, terancham?
Tidak boleh dinafikan bahawa ekonomi Malaysia, seperti ekonomi semua negara di dunia mengecut akibat wabak Covid-19. Soalnya adakah ia telah sampai ke tahap mengancam kehidupan ekonomi negara?
  
Tun Abdul Hamid Mohamad
Soalan 2(c): Jika darurat besar telah berlaku, adakah ia menyebabkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, terancam? Saya juga tidak fikir soalan ini boleh dijawab dengan “Ya”.
Jika jawapan kepada soalan 1 adalah “Ya” dan jawapan kepada salah satu daripada tiga soalan yang berikutnya (Soalan 2(a), 2(b) atau 2(c)) juga “Ya”, barulah syarat untuk mengisytiharkan darurat itu dipenuhi.
Kembali kepada Kenyataan Media Istana Negara. Kenyataan itu hanya merujuk kepada masalah yang disebabkan oleh wabak Covid-19. Ia tidak langsung menyebut masalah politik akibat ahli-ahli politik berebut kuasa. Ertinya, jika darurat akan diisytihar pun, ia adalah kerana wabak Covid-19.
Tetapi, dalam keadaan sekarang, adalah sukar untuk meyakinkan orang ramai bahawa darurat diisytiharkan, jika ia diisytiharkan, kerana Wabak Covid-19. Walaupun jumlah bilangan jangkitan bertambah, kita dimaklumkan keadaan masih terkawal.
Mereka lebih percaya bahawa tujuan perisytiharan darurat itu adalah untuk menyelamatkan Kerajaan PN daripada digulingkan melalui undi tidak percaya atau bajet 2021 tidak diluluskan. Isu ini tidak timbul dalam tahun 1969 kerana pada masa itu kerajaan mempunyai majoriti yang selamat.
Oleh itu, dalam keadaan sekarang, betapa jujur sekalipun Kerajaan PN dalam hal ini, adalah sukar untuk meyakinkan orang ramai bahawa perisytiharan darurat itu adalah disebabkan oleh wabak Covid-19. Bagi mereka, ia adalah semata-mata helah untuk mengelak Kerajaan PN digulingkan. Yang lebih mendukacitakan ialah, jika YDPA membuat perisytiharan darurat, Baginda (dan juga Raja-Raja melayu lainnya) akan dituduh bersekongkol dengan kerajaan PN. Ini tidak baik bagi imej Institusi Raja-Raja.
Maka untuk menyelamatkan keadaan dan imej Institusi Raja-Raja, saya mengemukakan satu cadangan. Sudah terlalu lama, ahli-ahli politik menyusahkan Raja-Raja dan rakyat kerana berebut kuasa. Sekarang sudah tiba masanya untuk Raja-Raja dan rakyat “to turn the table against them”. Sekarang Raja-Raja dan rakyat meminta ahli-ahli politik menyelesaikan masalah yang mereka wujudkan dengan bersetuju sesama mereka untuk mengadakan satu gentlemen’s agreement seperti berikut:
Sehingga suatu tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU-15 atau paling lewat enam bulan. Ahli-ahli Parlimen tidak mengemukakan undi tidak percaya terhadap TS Muhyiddin.Dalam tempoh itu kerajaan PN akan menjalankan pentadbiran seolah-olah ia sebuah caretaker government.Semua ahli-ahli Parlimen, kerajaan dan pembangkang, akan menumpukan tenaga untuk menangani wabak Covid-19.Apabila keadaan menjadi sesuai untuk diadakan PRU-15 atau paling lewat selepas enam bulan, Tan Sri Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menasihatkan YDPA untuk membubarkan Parlimen dan YDPA akan memperkenankannya. (Ini hanya pokoknya. Yang lainnya hendaklah dibincang dan dipersetujui oleh mereka).Raja dan rakyat akan memerhati, di antara mereka, siapa negarawan dan siapa politikus.
 (*) TUN ABDUL HAMID MOHAMAD mantan Ketua Hakim Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/darurat-atau-gentlemens-agreement-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Atau Hishamuddin Mana Yg Lebih Layak

Annuar Musa Atau Hishamuddin Mana Yg Lebih Layak

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 431 hits
TPM kalau selain bukan Zahid sekadar strategi divide and rule yang cukup berjaya Apapun bertangguh lah selepas sidang parlimen atau selepas bajet diluluskan Majoriti MPUMNO lebih rapat dengan Hishamuddin dan lebih mudah beralih ke BERSATU m...
Mana Utama Keperluan Perlembagaan Atau Peraturan Mesyuarat

Mana Utama Keperluan Perlembagaan Atau Peraturan Mesyuarat

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 347 hits
Aku nak tanya Takiyuddin antara perkara perlembagaan dengan peraturan mesyuarat mana satu yang lebih utama Samada kerajaan Muhyiddin mempunyai majoriti sokongan MP atau tidak adalah keperluan memenuhi tuntutan Perlembagaan Untuk mengesahkan...
Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

Dulu Kutuk Sekarang Lofa Dah Kearah Lebih Baik Tapi Kau Pula Sarah Dikecam Kembali Freehair

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 1596 hits
Saat ni orang dok sibuk bercerita dan puji dengan perubahan yang dibawa oleh pelakon dan pengacara Neelofa kerana bertudung labuh dan turut mengenakan purdah Namun berlainan pula dengan aktres Sarah Hildebrand dimana perubahannya yang terki...
Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

Mungkinkah Kerajaan Akan Isytihar Darurat Kesihatan Atau Takut Jatuh Undi Tidak Percaya Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 263 hits
Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan AgensiOktober 23 2020Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet fotoBERNAMAKUALA LUMPU...
Tidak Perlu Pm Interim Lebih Baik Tun M Sokong Anwar Pm9

Tidak Perlu Pm Interim Lebih Baik Tun M Sokong Anwar Pm9

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 329 hits
Kemelut politik negara akan selesai dengan mudah sekiranya formula penyerahan kuasa kerajaan Pakatan Harapan diaktifkan semula Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Syed Badli Shah Syed Osman berkata daripada parti Pejuang mencadangkan...
Yeelight Kini Menyokong Sistem Razer Chroma Connect Untuk Integrasi Rgb Yang Lebih Baik

Yeelight Kini Menyokong Sistem Razer Chroma Connect Untuk Integrasi Rgb Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 218 hits
Yeelight adalah produk peranti berhubung di bawah naungan Xiaomi Yeelight memfokuskan kepada produk produk lampu seperti lampu tidur pintar mentol LED pintar lampu siling jalur RGB untuk hiasan dan banyak lagi Kebanyakan produk Yeelight men...
Dia Akan Bangkit Jadi Lebih Baik Southgate Tetap Pertahan Maguire

Dia Akan Bangkit Jadi Lebih Baik Southgate Tetap Pertahan Maguire

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 186 hits
Sekalipun dikatakan menjadi punca kepada kekalahan England Harry Maguire tetap dipertahankan oleh pengurusnya Gareth Southgate yang mengatakan kritikan berlebihan kepada anak buahnya itu agak keterlaluan dan tidak adil Pemilihan Maguire ke ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri