Kena Lagi


FARMFRESH MILIK BUMIPUTERA? MUSLIM? MELAYU? BMF?


Dah banyak kali orang request aku SCRUT company Farmfresh ni. Aku malas nak buat dan perasan sibuk. Semalam sahaja aku rasa nak SCRUT sebab aku kan #MindaSkeptikal bila orang share dekat aku Farmfresh beli IXL di Australia.


Since maybe aku ni Bogan yang dah tinggal di Australia hampir 10 tahun. Aku rasa curious sikit. Jadi aku check lah. Dalam pengetahuan aku IXL ni brand sendu dah kat Australia, walaupun dia legend. Tak popular pun. Tak seperti Beerenberg. Ibarat roti Hi5 di Malaysia. Hidup segan mati tak mau, pekerja pun tinggal 40 orang je.


Anyway, lepas tu aku bacalah news-news di Australia pasal pengambilan tersebut, tak keluar pula nama Brader Azmi Zainal, yang keluar nama Loi Tuan Ee dan Pretty Adam sebagai director dan shareholder. Takda pula nama Brader Azmi Zainal. 


Jadi, aku mula SCRUT menggunakan Interepo (www.interepo.com) dengan mencari Farmfresh Milk Sdn. Bhd. Aku mendapati 2 orang pengarah yang mengawal syarikat tersebut ialah adik beradik Loi iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin. Syarikat tersebut dimilik 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd. 


Farmfresh dimiliki 100% oleh The Holstein Milk manakala senarai pengarahnya ialah :


1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Azmi bin Zainal (Baru jumpa)
4. Amran Hafiz
5. Ganesh Kumar
6. Tan Chow Yin (VC Singapore)
7. Tan Mek Shwen


The Holstein Milk dimilik oleh :


1. Rainforest Capital 46.7%
2. Agrifood Resource 30% (2/4/2020)
3. Farmchoice Food 23.3%
4. Loi Tuan Ee 1%
5. Loi Tuan Kin 1%


Perlu diketahui, pengarah adalah lantikan dari shareholder, Azmi Zainal bukan dalam senarai shareholder dalam The Holstein Milk Company. Manakala adik beradik Loi ialah shareholder dan director. Takpa, kita terus menggali..


Rainforest Capital dimiliki oleh :


1. Cahaya Bintang Ltd 65% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 17.6%
3. Loi Foon Kion 14%
4. Loo Tuan Kin 3.5%


Manakala senarai pengarahnya ialah :


1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Loi Foon Kion
4. Chung Hin Chew (bukan orang Malaysia)
5. Tan Chow Yin (Singapore)


Rainforest Capital adalah sebuah syarikat investment holding company. Tiada juga nama Brader Azmi Zainal dalam ni. Takpa, kita cari lagi.


Agrifood Resource adalah 100% milik Khazanah National. So, bukan disini juga. Kita cari lagi. 


Farmchoice Food pula dimiliki oleh :


1. Cahaya Bintang LTD 80% (Singapore)
2. Loi Tuan Ee 16.7%
3. Loi Tuan Kin 1.3%
4. Azmi Bin Zainal 1.3% (RM251k)
5. Pretty Adam 0.4%


Manakala senarai pengarah dalam Farmchoice pula ialah : 


1. Loi Tuan Ee
2. Loi Tuan Kin
3. Tan Chow Yin (Singapore)


Dalam syarikat yang Brader Azmi Zainal menjadi shareholder, dia sendiri bukan pengarah. Dengan 1.3% (share value RM251,000) dilihat tidak significant dalam syarikat yang bernilai lebih RM100 juta. 1.3% daripada 23.3% rasanya kurang 1% pemilikan dalam Farmfresh dan The Holstein Milk Company. Kalau banding dengan ST Rosyam Mart, Rosyam ada 10%. 


Yang jelas disini, adik beradik Loi dan VC dari Singapore memegang tampuk majoriti. Khazanah pula baru sahaja masuk tahun lepas sebanyak 30%. 


Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim, dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim, dan Bumiputera.


Korang boleh kaji balik. Aku tak minum susu Farmfresh, so aku tak kisah sangat. Aku minum Susu Devondale Malaysia yang aku langgan monthly dengan Ifmal (www.ifmal.com) melalui Langgan.my (www.langgan.my).


Lepas ni korang nak SCRUT, terus ke Interepo tau. Buat sendiri kalau nak cepat, tunggu aku makan tahun lah..


SCRUT for the TRUTH!


SCRUT before WE get SCREWED!


😉


ps : Jangan lupa baca peringatan ini. Click link di bawah.


https://www.facebook.com/100037715657121/posts/419800689287116/?d=n# 




#:. Page view kluangdiamond telah melepasi 10juta tanpa sedar dan sejak ruang komen ditutup, jumlah pelawat MASIH sekitar 8000-9000 sehari dan jika berkurangan pun sekitar 250-350 sahaja.
Jumlah pelawat dijangka berterusan kurang pada semua blogger jika isu politik MASIH sama dan Makin membosankan.
Terima kasih pada semua.
Terima kasih pada semua.






(‘’,)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/01/kena-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Glamping Berhawa Dingin Di Rare Hut Glamz Johor

Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Lebih Sudu Dari Kuah Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur

Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat