Kena Kuarantin Alami Simptom Covid 19



Kena Kuarantin Alami Simptom Covid 19 | Ramai kawan-kawan sedia maklum yang suami saya bekerja dalam sektor kesihatan. Jadi apabila berlaku kes covid 19 di Malaysia dengan super spreader kes daripada jemaah tabligh, maka suami saya turut terlibat dalam usaha mencari Person Under Investigation (PUI) atau contact rapat kepada pesakit positif covid 19 yang terdapat di sekitar daerah Kuala Nerus Terengganu


Pada awalnya saya tak berapa risau memandangkan suami beritahu yang sepanjang proses dijalankan, dia mengenakan suit PPE lengkap dari kepala ke kaki. Dia juga maklumkan telah diberi suntikan wajib untuk mengelakkan dari terkena sebarang jangkitan virus (btw ini bukan vaksin untuk corona virus). Jadi hati isteri yang duduk di rumah menunggu suaminya pulang selepas kerja tidaklah terlalu gundah gulana


Suami Rasa Nak Demam - Hari Pertama
Hati saya hancur berkecai apabila selepas hari ketiga bermula usaha mengesan PUI, suami yang sedang menonton tv bersama kami sekeluarga beritahu yang dia rasa nak demam. Petangnya sebaik sampai ke rumah, suami telah maklumkan kepalanya sakit namun saya tak risau sangat kerana dia memang selalu sakit kepala tiap kali pulang dari tempat kerja. Tapi hati jadi risau bila suami sebut nak demam kerana salah satu antara simptom covid 19 adalah demam.


Disebabkan kami dah mula dup dap risau jika ada sebarang perkara tak diingini berlaku, jadi pada malam tersebut, kami sepakat untuk tidur di bilik berlainan bagi mengurangkan risiko jangkitan pada anak-anak (sekiranya ada). Suami tidur di bilik tetamu berseorangan. Meskipun begitu, kami masih bersentuhan tangan dan menghabiskan masa bersama menonton tv dan suami masih bermain dengan anak-anak


Sakit Kepala- Hari Kedua
Keesokan harinya suami ke tempat kerja dan saya lakukan rutin harian seperti biasa. Perintah Kawalan Pergerakan tak terguna pakai oleh pekerja dalam sektor kesihatan, jadi rutin harian kami berlalu seperti biasa. Saya bersalaman tangan dengan suami di muka pintu sebelum melambainya pergi ke pejabat serta menyambutnya pulang seperti biasa. Suami maklumkan telah makan panadol di pejabat kerana sakit kepala dan kami masih tidur berasingan pada malam itu. 

"Abang Sakit Tekak, Rasa Susah Nak Nafas"- Hari Ketiga
Hari ketiga jatuh pada hari cuti Israk Mikraj, suami masih perlu bekerja seperti biasa. Seawal pagi ke tempat kerja dan selamat pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Usai siap membersihkan diri dan solat maghrib, kami habiskan masa menonton tv bersama. Suami beritahu seperti ada sesuatu yang tak kena pada tekaknya. Dengan menggunakan torchlight, saya suluh ke bahagian tekak suami namun tak nampak apa-apa kesan seperti bengkak atau luka


"Macam ada benda kat tekak abang, rasa macam tersekat. Dada abang pun sakit ni, susah nak nafas sikit". Betapa takutnya hati saya bila suami cakap begitu. Isteri mana yang tak risau bila setiap hari dihidangkan dengan kes peningkatan jumlah pesakit covid 19 dan suami pula adalah salah seorang yang bertanggungjawab mencari contact rapat kepada kes positif tersebut. Sekarang, suami dah ada hampir kesemua simptom biasa bagi pesakit covid 19 iaitu demam, sakit tekak dan kesukaran bernafas :(

Menjadi frontliner memungkinkan mereka juga mudah mendapat jangkitan sekaligus merisaukan hati saya. Risau kerana melalui pembacaan saya, anggaran kes kematian yang berlaku melibatkan pesakit positif covid 19 adalah sebanyak 20%. Saya juga bimbang sekiranya anak-anak terdedah kepada risiko itu. Jadi saya cadangkan suami ke hospital untuk buat check up samada suami positif atau tidak


Dapat MC 5 Hari dan Perlu Kuarantin Seorang Diri
Tak tunggu lama kerana suami juga bimbang, jadi dia ke hospital berseorangan pada jam 9 malam. Pulang ke rumah pada masa saya dan anak-anak sudah tidur dan dia mulakan kuarantin di bilik tetamu seorang diri. Kami berhubung dengan menggunakan whatsapp dan segala makan minumnya perlu di hantar ke bilik. Suami hanya buka pintu sekejap dan bercakap dengan menggunakan mask di muka. 

Kami perlu jarakkan diri sekiranya ingin bercakap, suami di dalam bilik dan saya berada 1meter di luar bilik. Segala bekas makanan suami  perlu dibasuh dengan menggunakan glove dan baju-bajunya dibasuh berasingan. Kami masih belum terima laporan daripada hospital mengenai simptom suami namun saya sangat berharap keputusannya nanti negatif covid 19


Tiada pelukan, tiada alas bantal perutnya, tiada ciuman, tiada tangan yang mengurut kaki saya setiap kali saya mengadu penat dan ada anak-anak yang tengah rindukan abi mereka untuk main bersama. Saya juga kini sudah naik pangkat menjadi ketua keluarga interim. Urusan membeli barang rumah, buang sampah ke tong sampah besar, di samping tugasan biasa seorang isteri iaitu memasak, menjaga anak-anak dan menguruskan hal rumah jatuh di bahu saya seorang. Penat namun saya amat berharap suami baik-baik sahaja. Sesungguhnya saya sangat sayang kepadanya


Stay Home and Be Safe
Jadi buat mereka yang masih degil ingin keluar rumah pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, mohonlah jangan jadi selfish dan pentingkan diri sendiri sangat ya. Tak kisahlah awak duduk di Mont Kiara dan tiap hari suka berjoging atau awak cuma budak Kampung Padang Midin yang suka keluar lepak tiap petang, fikirkan pasal keselamatan diri orang lain walaupun awak tak berapa sayangkan diri sendiri.


Orang lain terutamanya golongan frontliners terpaksa bertungkus-lumus untuk selamatkan nyawa mereka yang positif covid 19 hingga tak sempat menunaikan solat pada waktunya dan terpaksa qada dalam keadaan kritikal, malahan ada yang terpaksa sewa rumah berjauhan dengan anak bini sebab takut merbahayakan keluarga, eh awak senang-senang nak berjoging sana sini sebab jalan clear tak ramai orang. Sombong betul kan perangai tu


Geram tau golongan camni tapi taknak membebel banyak-banyak, dah besar panjang kan semua boleh fikir sendiri. Semoga dalam masa terdekat vaksin untuk covid 19 berjaya dicipta dan virus corona ni akan hilang lenyap terus dari muka bumi. In shaa Allah aamiin..sama-samalah kita berdoa dan lakukan solat hajat pohon pada Allah serta jangan lupa untuk sentiasa bertaubat. Takut tak sempat bertaubat, Allah dah tarik nyawa pula :(

Tapi satu perkara yang saya masih geram lagi, lambat betul result nak keluar. Dah masuk hari keenam suami kena kuarantin kerana alami simptom covid 19 tapi keputusan samada positif atau negatif belum dapat lagi. Lambat betul tau. Patutlah tiap kali update negeri yang positif kes covid 19 di Terengganu asyik cantik je result, padahal result test tak dapat-dapat. Negeri lain dah update, kita tak dapat-dapat lagi ni ha..pishaangggggg..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/03/pengalaman-kena-kuarantin-simptom-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Nak Pergi Jalan2 Anak Ada Simptom Covid 19 Teruja Dibawa Ambulans

Ingat Nak Pergi Jalan2 Anak Ada Simptom Covid 19 Teruja Dibawa Ambulans

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 227 hits
Sejak kebelakangan ini ramai pengguna media sosial berkongsi momen apabila orang tersayang dijemput menaiki ambulans setelah disahkan positif Covid 19 Terbaru seorang ibu Intan Nurdiyana berkongsi sebuah video yang memaparkan anak lelakinya...
Suka Sangat Dapat Keluar Dia Ingat Nak Pergi Jalan Jalan Tapi Sebenarnya Ke Wad Anak Tunjuk Simptom Covid 19

Suka Sangat Dapat Keluar Dia Ingat Nak Pergi Jalan Jalan Tapi Sebenarnya Ke Wad Anak Tunjuk Simptom Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 428 hits
Tular sebuah video di media sosial dimana kanak kanak berusia 3 tahun bersalam dengan ibunya sebelum menaiki sebuah ambulan Dia kelihatan sangat gembira menurut ibunya dia mungkin ingat dia keluar berjalan jalan tapi sebenarnya dia dibawa k...
Pusat Kuarantin Dan Rawatan Pesakit Covid 19 Di Maeps Persediaan Jika Kes Terus Meningkat

Pusat Kuarantin Dan Rawatan Pesakit Covid 19 Di Maeps Persediaan Jika Kes Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 293 hits
Kita semua sedia maklum bahawa jumlah purata kes jangkitan wabak Covid 19 telah mencatatkan negeri Selangor paling tinggi Sebagai penyediaan awal bagi gelombang yang bakal melanda di negara Malaysia jika masyarakat masih tidak mengikut arah...
Siap Sedia Gelombang Ketiga Maeps Dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid 19

Siap Sedia Gelombang Ketiga Maeps Dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 233 hits
Dikhuatiri penularan COVID 19 akan memasuki gelombang ketiga Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah bersiap sedia dengan mewujudkan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Adham...
Data Pasien Meninggal Akibat Covid 19 Di Diy Alami Pengurangan Ini 4 Faktanya

Data Pasien Meninggal Akibat Covid 19 Di Diy Alami Pengurangan Ini 4 Faktanya

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 262 hits
Jumlah pasien COVID 19 terus bertambah di seluruh Indonesia Namun di saat banyak provinsi yang mengalami peningkatan jumlah pasien meninggal COVID 19 di Jogja justru mengalami penurunan
Covid 19 Malaysia Mungkin Alami Pertambahan Kelahiran Bayi Pada Tahun 2021

Covid 19 Malaysia Mungkin Alami Pertambahan Kelahiran Bayi Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 324 hits
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan Ketua Unit Kes...
Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

Covid 19 Malaysia Sedang Alami Perubahan Ekonomi Total Ini 8 Langkah Persediaan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 290 hits
COVID 19 menjejaskan kesihatan ekonomi negara melalui tiga saluran utama Foto BERNAMA RAMAI mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID 19 telah membawa bencana yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis krisis lain...
Covid 19 Tempoh Kuarantin

Covid 19 Tempoh Kuarantin

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 231 hits
Bagi individu yang telah diarahkan untuk menjalani home self surveillance pastikan anda mematuhi tatacara Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan Untuk makluman Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini mer...
Covid 19 Gejala Dan Simptom

Covid 19 Gejala Dan Simptom

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 1796 hits
Anda deman Anda batuk Anda selsema apa anda ada COVID 19 Jangan panik periksa gejala penyakit diatas dan COVID 19
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord