Kena Atasi Dari Kecil Kalau Anak Anak Yang Suka Bergaduh Risau Bila Besar Pentingkan Diri


“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.

Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.

Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.

Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.
Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Salam Sayang
Sumber:
Ibu Rose
 
 
The post Kena Atasi Dari Kecil Kalau Anak-Anak Yang Suka Bergaduh, Risau Bila Besar Pentingkan Diri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kena-atasi-dari-kecil-kalau-anak-anak-yang-suka-bergaduh-risau-bila-besar-pentingkan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Anak Masih Bayi Normal Kalau Suka Gigit Orang Tapi Bila Dah Besar Masih Gigit Orang Lain Normal Ke

Masa Anak Masih Bayi Normal Kalau Suka Gigit Orang Tapi Bila Dah Besar Masih Gigit Orang Lain Normal Ke

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 262 hits
Aduh sakitlah mama tapi makin seronok pula si manja ni mengigit mama Adakah perbuatan mengigit anak normal Bagaimana cara nak atasi anak yang suka mengigit dan tahap bagaimana yang menunjukkan perbuatan mengigit tidak lagi normal bagi anak ...
Anak Kecil Yang Suka Conteng Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan Mereka

Anak Kecil Yang Suka Conteng Sebenarnya Bagus Untuk Perkembangan Mereka

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 270 hits
Penulis yakin semasa kita masih kecil setiap daripada kita telah diajar bagaimana untuk menulis karangan dengan baik mengikut format penulisan tertentu sebagai satu cara komunikasi Ada penulisan berbentuk surat rasmi surat tidak rasmi perbu...
Mula Mula Cuci Telur Dulu Kecil Lagi Dah Pandai Masak Rupanya Ni Cara Syamimi Ajar Anak Di Dapur

Mula Mula Cuci Telur Dulu Kecil Lagi Dah Pandai Masak Rupanya Ni Cara Syamimi Ajar Anak Di Dapur

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 151 hits
Setiap kali video video influencer Syamimi melintas di Tik Tok pasti mata terpukau malah asyik dengan gaya bersahaja yang dipersembahkan ibu anak satu ini Ada waktunya kita tenggelam kala melihat Syamimi yang begitu merendah diri malah tida...
3 Sebab Anak Suka Buat Apa Yang Kita Larang

3 Sebab Anak Suka Buat Apa Yang Kita Larang

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 236 hits
Anak tengah membesar cabarannya juga semakin besar makin lama makin mencabar kesabaran fuhh terasa geram nak marah suara macam tarzan dah jadi kelaziman kebanyakan ibu bapa lain termasuk tukang tulis entry ni Anak ni ada fasanya fasa dia ma...
Lagi Ramai Anak Lagi Besar Tanggungjawab Awal Scha Tak Rancang Tambah Anak

Lagi Ramai Anak Lagi Besar Tanggungjawab Awal Scha Tak Rancang Tambah Anak

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 242 hits
Pengacara Awal Ashaari mengakui dia dan isterinya Scha Alyahya tidak merancang untuk menambah anak dalam masa terdekat kerana memikirkan pelbagai perkara Malah akui Awal lagi tanggungjawab membesarkan anak anak bukan satu hal yang mudah apa...
Bila Nak Tinggalkan Anak Anak Yang Terlalu Kecil

Bila Nak Tinggalkan Anak Anak Yang Terlalu Kecil

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 148 hits
Bila nak tinggalkan anak anak yang terlalu kecil dengan bapaknya mulalah fikir kena sediakan bermacam macam Semua sedia tinggal nak guna je Pampers tise tisu basah dan air spray siap siap dalam bekas Kita mudahkan dia dia senang hati kita p...
Me Time Dengan Isteri Reset Tenangkan Diri Kunci Bahagia Dr Say Uruskan Anak Anak

Me Time Dengan Isteri Reset Tenangkan Diri Kunci Bahagia Dr Say Uruskan Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 351 hits
Biarpun sibuk dengan urusan anak anak namun masa bersama isteri jangan sekali dilupakan Inilah yang cuba disampaikan oleh doktor selebriti Dr Say Shazril Sebolehnya kata Dr Say dia akan mencuba masa sebaik mungkin untuk berdua duaan bersama...
Presiden Psap Tawar Diri Tanding Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Pelangai

Presiden Psap Tawar Diri Tanding Calon Bebas Di Pilihan Raya Kecil Dun Pelangai

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 260 hits
KUANTAN Presiden Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli menjadi individu pertama menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai pada 7 Oktober depan Me
Walaupun Anak Dah Besar Tetaplah Peluk Mereka Banyak Manfaat Pelukan Untuk Anak

Walaupun Anak Dah Besar Tetaplah Peluk Mereka Banyak Manfaat Pelukan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 214 hits
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini Ketahui manfaat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket