Kemurungan Lepas Bersalin Memang Real Rasa Terabai Mulalah Ibu Fikir Bukan Bukan


Ibu lepas bersalin asyik rasa serba tak kena. Semua benda nampak salah, asyik sedih. Kadang-kadang nak marah tak tentu pasal. Para suami, jika ada tanda-tanda ini pada isteri anda segeralah dapatkan bantuan. Itu mungkin simptom yang menunjukkan isteri anda sedang mengalami postpartum depression.
Sumber foto: www.shutterstock.com Melalui segmen Tanya Pakar, Pa&Ma mendapatkan Dr Umi Adzlin yang merupakan seorang Pakar Psikiatri untuk menjelaskan tentang topik ini. Menurutnya, kemurungan selepas melahirkan anak adalah gangguan emosi. Mama yang mengalami masalah ini biasanya akan berada dalam kesedihan yang berpanjangan, melebihi tempoh dua minggu.
Tak ada semangat, rasa nak MATI!
Perasaan sedih ini pula bukannya biasa-biasa kerana ia boleh sehingga ke tahap mama merasa tidak bersemangat, tiada motivasi untuk bangun atau melakukan kerja-kerja mudah dan untuk membuat keputusan juga menjadi sukar. Bahkan mama akan menangis sepanjang hari sehingga waktu makan dan tidur juga terganggu.
Lebih teruk lagi, ada juga mama yang akan mengatakan lebih baik mereka mati sahaja! Tahukah para suami, perasaan sedih begini TIDAK NORMAL. Biasanya perasaan sedih seseorang tidak akan berpanjangan sehingga dua minggu tanpa sebab.
Sumber foto: www.shutterstock.com Waktu untuk seseorang itu menghadapi postpartum depression?
Selepas dua minggu berterusan, ketika itulah doktor atau pakar akan mempertimbangkan untuk mendiagnos seseorang mama itu sekiranya mereka menghidap postpartum depression. Tempoh kemurungan ini boleh berlanjutan sehingga usia anak satu ke dua tahun dan ia berkaitan dengan penjagaan anak dan bukannya isu lain.
Siapa yang berisiko?
Semua wanita berisiko untuk mengalaminya. Bukan sahaja anak pertama, bahkan mama yang sudah beberapa kali bersalin pun boleh kemurungan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baik dari golongan profesional atau suri rumah.
Ia bukan perkara main-main kerana 1 dari 10 wanita mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi (sama ada mereka memilih untuk menderita dalam senyap atau mendapatkan rawatan).
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Kemurungan boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya;
Kelahiran merupakan peristiwa besar dan boleh memberi efek kepada emosi. Sebagai contoh, mama mahukan kelahiran secara normal tetapi terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Berkemungkinan ada masalah dengan bayi selepas dilahirkan. Sebagai contoh, bayi mengalami jaundis berpanjangan atau anak ada masalah kesihatan yang lain.
Kekurangan sokongan dari orang sekeliling. Sekiranya suami sudah nampak isteri mengalami perubahan tingkah laku dan tidak sama seperti biasa atau mungkin lebih emosi (risaukan perkara yang tak rasional, tidak yakin, terlebih sensitif dan sebagainya), itu mungkin simptom mereka mengalami kemurungan selepas bersalin.
Antara tanda lain adalah apabila mama tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Mereka juga mungkin mengalami kesukaran untuk menguruskan diri sendiri apatah lagi anak-anak. Sekiranya ini berlaku, usah bertangguh! Segeralah dapatkan bantuan dan penilaian dari doktor atau pakar.
Suami boleh membawa isteri berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan mahupun pakar di hospital. Biasanya rawatan awal berbentuk penilaian untuk melihat tahap kemurungan si isteri sama ada ia ringan, sederhana atau berat.
Sekiranya berada di tahap ringan atau sederhana, rawatan berbentuk terapi psikologi akan diberikan. Namun jika sudah memasuki kemurungan tahap berat, pakar akan mengadakan sesi terapi psikologi dan memberi ubat tertentu untuk membantu.
Suami mainkan peranan penting!
Suami merupakan support system terbesar buat isteri yang baharu melahirkan bayi. Berilah sokongan kepada isteri kerana ia adalah rawatan terbaik buat wanita yang mengalami kemurungan. Sesi terapi psikologi dengan pakar mungkin mengambil masa satu ke dua jam (mungkin 1-2 sesi setiap minggu) tetapi keberadaan suami di sisi isteri adalah setiap masa. Oleh itu, peranan suami sangat besar.
Sumber foto: www.shutterstock.com Berikan sokongan praktikal kepada isteri yang berbentuk bantuan seperti ambilkan air, tolong jagakan anak dan sebagainya sudah cukup untuk membuatkan isteri merasa dihargai. Selain itu, sokongan emosi juga sangat penting. Jadilah pendengar yang baik dan penuh empati supaya isteri terasa dirinya didengari.
Suami juga boleh mendapat risiko kemurungan selepas isteri bersalin! Sekurang-kurangnya 1 daripada 20 orang lelaki mengalaminya selepas isteri mereka melahirkan bayi. Ia mungkin berlaku kerana si suami terlalu risaukan isteri dan anak mereka.
Tekanan untuk menyediakan yang terbaik juga boleh menjadi pencetus kepada masalah kemurungan ini. Oleh itu, suami isteri perlu saling membantu antara satu sama lain bagi memudahkan segala urusan selepas mendapat cahaya mata tersayang.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
 
 
The post Kemurungan Lepas Bersalin Memang Real. Rasa Terabai, Mulalah Ibu Fikir Bukan-Bukan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kemurungan-lepas-bersalin-memang-real-rasa-terabai-mulalah-ibu-fikir-bukan-bukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perut Rasa Kejang Tak Tahu Diri Hamil Wanita Bersalin Dalam Tandas Kapal Terbang

Perut Rasa Kejang Tak Tahu Diri Hamil Wanita Bersalin Dalam Tandas Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 137 hits
Seorang wanita yang berada dalam penerbangan selama 11 jam mengalami kekejangan di perut sebelum mengetahui dirinya berbadan dua Wanita tersebut selamat melahirkan anak di dalam tandas pesawat dengan hanya dua kontraksi ARTIKEL MENARIK Peru...
Sediakan Kelengkapan Bersalin Bawa Ke Pps Doktor Kongsi Persiapan Menghadapi Banjir Untuk Ibu Hamil

Sediakan Kelengkapan Bersalin Bawa Ke Pps Doktor Kongsi Persiapan Menghadapi Banjir Untuk Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 256 hits
Malam semalam kita dikejutkan dengan berita banjir yang berlaku di negeri negeri sebelah pantai timur Malah ada mangsa terperangkap banjir antaranya ibu hamil yang sarat menunggu hari bersalin Menurut penjelasan Dr Muhammad Izzat ibu ibu ya...
Hiburan Saya Anak 4 Pun Takde Kesan Individu Dianggap Tak Sensitif Persoal Perut Ibu Bersalin Ada Stretchmark

Hiburan Saya Anak 4 Pun Takde Kesan Individu Dianggap Tak Sensitif Persoal Perut Ibu Bersalin Ada Stretchmark

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 203 hits
Menjadi seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah lagi lagi ketika di peringkat awal dimana banyak pantang larang serta perkara yang perlu dituruti demi kebaikan diri sendiri serta anak Namun ada sesetengah perkara tidak dapat dielak dar...
Video Rita Rudaini Kongsi Rutin Mingguan Hantar Anak Solat Jumaat Netizen Rasa Seb4k Awak Ibu Hebat

Video Rita Rudaini Kongsi Rutin Mingguan Hantar Anak Solat Jumaat Netizen Rasa Seb4k Awak Ibu Hebat

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 195 hits
Perkongsian terbaharu pelakon Rita Rudaini di laman TikTok miliknya mengundang rasa seb4k wargamaya Menerusi hantaran yang dimuat naik Rita 46 berkongsi sebuah video mengenai aktivitinya pada setiap Jumaat yang menghantar serta menunggu dua...
Maggi Kari Tumis Pelbagai Rencah Di Dalamnya Memang Kaw Rasa

Maggi Kari Tumis Pelbagai Rencah Di Dalamnya Memang Kaw Rasa

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 171 hits
Bila musim hujan menu apa yang sedap untuk dinikmati Sudah tentu maggi kari Kalau buat maggi kari begitu tidaklah enak jika dibandingkan jika ia ditumis Rasanya sedap ya ampun Layan pula depan televisyen sambil tengok movie memang licin sep...
Buah Oren Peneman Setia Waktu Pantang Cepatkan Sembuh Luka Dalaman Ibu Bersalin

Buah Oren Peneman Setia Waktu Pantang Cepatkan Sembuh Luka Dalaman Ibu Bersalin

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 149 hits
Sebaik sahaja selesai melahirkan anak menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu d...
Rasa Ketagih Makan Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap

Rasa Ketagih Makan Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 194 hits
Kebiasaannya bila kita buat brownies kita akan buat dalam saiz yang besar kemudian potong kepada bentuk yang kecil kecil Apa kata kali ini kita buat red velvet cheese brownies dalam bentuk dan saiz yang senang untuk terus dimakan Resipi yan...
Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya Kongsi Foto Kaki Anak Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

Saya Sayang Dia Lebih Dari Diri Saya Kongsi Foto Kaki Anak Son Yejin Luah Perasaan Lepas Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 315 hits
Menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada November lalu pasti ramai yang teruja ingin lihat wajah anak Hyunbin dan Son Ye jin kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 24 Disember Son Ye jin telah berkongsi foto kaki anaknya di laman Instagram ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord