Kemunculan Istimewa Ayda Jebat Di Matta Fair Sempena Kempen Salam Taiwan 2023
KEMUNCULAN ISTIMEWA AYDA JEBAT DI MATTA FAIR SEMPENA KEMPEN SALAM TAIWAN 2023 | Assalammualaikum semua! Pada 17-19 Mac 2023 yang lalu telah berlangsung MATTA Fair di MITEC Kuala Lumpur. Ia adalah karnival yang menghimpunkan lokasi pelancongan seluruh dunia pada harga promosi yang luar biasa. Paling dinantikan dan dicari adalah pakej percutian ke Taiwan.
Tahukah anda sejak Ayda Jebat dilantik sebagai duta Salam Taiwan. Ramai terpesona dengan kecantikan negara Taiwan. Namun, Taiwan bukanlah baru sebagai destinasi pelancongan. Negara itu berusaha keras menghasilkan produk-produk berkualiti dari kecantikan berasaskan bunga mawar iaitu jenama Shills.
Kemudian minuman viral berasaskan gula perang iaitu bubble milk tea dari Tiger Sugar. Peralatan komputer dan permainan dalam talian di kedai Taiwan Excellence Computer Store. Taiwan sentiasa di hati rakyat Malaysia, sehinggakan apabila pulang dari melancong di Taiwan. Kita akan ke One Town One Product (OTOP) untuk mencari kek nanas dan snek yang lain. Hahaha.
KEMUNCULAN ISTIMEWA AYDA JEBAT DI MATTA FAIR SEMPENA KEMPEN SALAM TAIWAN 2023
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sekali lagi telah membawakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh pengembara dari seluruh Malaysia - MATTA Fair 2023.
Bertempat di Komplek Malaysia International Trade And Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, pameran pengembaraan yang sentiasa dikunjungi ramai ini telah berlangsung selama 3 hari, iaitu pada 17-19 Mac 2023
Menariknya, Duta Salam Taiwan 2023, selebriti terkenal Ayda Jebat telah membuat kemunculan istimewa di gerai Biro Pelancongan Taiwan pada 18 Mac, pada jam 4-5pm.
Para peminat yang amat teruja kerana berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penyanyi kesayangan mereka. Ayda juga telah mengambil peluang untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan pengalamannya berkunjung ke Taiwan untuk tujuan penggambaran.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan video Salam Taiwan tersebut, yang memaparkan pelbagai aktiviti dan lokasi indah serta menarik yang dikunjungi Ayda sepanjang berada di Taiwan tersebut
Lebih mengujakan lagi, Ayda juga telah mengumumkan pemenang peraduan Salam Taiwan 2023 anjuran Biro Pelancongan Taiwan, dimana pemenang bertuah tersebut akan menikmati percutian yang ditanggung semuanya selama 5 hari, 4 malam ke Taiwan, bersama Ayda sendiri
Pengumuman pemenang telah dilakukan di gerai Taiwan Tourism itu sendiri. Ayda turut menyampaikan hadiah kepada pemenang utama dan hadiah sagu hati kepada tujuh lagi pemenang
Peraduan menarik ini telah diadakan bersempena kempen “Salam Taiwan” oleh Taiwan Tourism yang menonjolkan 4 sisi menarik Taiwan iaitu Mesra Muslim, Romantik, “Trending” dan “Vibrant”, menjadikan “jantung asia” ini semakin menjadi pilihan pengunjung dari seluruh dunia, termasuk mereka yang beragama islam
Dengan pemandangan indah serba romantik, serta peluang untuk berkunjung ke pelbagai destinasi menarik, Ayda berasa amat seronok dan benar benar gembira sepanjang perjalanannya ke sana.
Ketika ditanya akan pengalamannya, Ayda telah berkata “Pada mulanya, saya risau juga untuk ke Taiwan kerana memikirkan pilihan makanannya. Tapi saya bertekad untuk tidak membuat sebarang “homework”. Saya mahukan kejutan! Ternyata, saya memang benar-benar terperanjat! Makanan halal, hotel dan pelbagai kemudahan muslim, tersedia! Rupa-rupanya, Taiwan berada di tangga kedua bagi negara mesra muslim (kategori bukan negara OIC)!”
“Tapi yang sedihnya, saya tak dapat mengunjungi kesemua destinasi berikutan faktor masa dan cuaca sejuk menghalang kami dari singgah bermandian ke pantai pantai yang indah di sana. Tidak sabar nak ke sana lagi, Kali ini lebih istimewa – saya dapat membawa bersama peminat saya dari Malaysia ni!” ujarnya lagi.
Sebagai sebahagian daripada kempeni Salam Taiwan, Taiwan Tourism telah menawarkan pakej pelancongan “mesra Muslim” istimewa yang merangkumi penerbangan, penginapan dan makanan di Taiwan
BERKENAAN KEMPEN SALAM TAIWAN 2023
Kempen Salam Taiwan 2023 adalah dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim kepada rakyat Malaysia. Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian boleh dibahagikan kepada empat kategori :
Mesra Muslim - Taiwan adalah diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”
Romantik – Keindahan alam semulajadi, digandingkan pula dengan kecanggihan metropolitan, Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang bercinta
“Trending” - Sesuai dengan imejnya sebagai “Jantung Asia”, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan “trendy” pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah - semuanya menjanjikan fesyen, gajet - malah mainan yang terkini
“Vibrant” - lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik dengan persekitaran berwarna-warni, keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan, gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus, pemandangan matahari terbit menakjubkan, gaya hidup metropolitan serba moden pelbagai aktiviti menarik menanti semua
Saksikan video Salam Taiwan : diari pengembaraan Duta Pelancongan Mesra Muslim ke Taiwan - Ayda Jebat dan pasangannya - Nabil Mahir melalui Youtube rasmi Biro Pelancongan Taiwan,“https://www.youtube.com/@tbrockltaiwan_tourism5829”
Tahniah Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Kekalkan sikap positif dan ceria sampai bila-bila. Gembira Ayda Jebat semakin bersinar. Hugs!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/03/kemunculan-istimewa-ayda-jebat-di-matta.html