Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda Bantu Tingkatkan Jualan Produk Pmks Halal


hai assalammualaikum
Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda',  Bantu Tingkatkan Jualan Produk PMKS Halal - Industri makanan halal merupakan industri yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan bukan sahaja di Malaysia malah ke peringkat global. Disebabkan pandemik, banyak pengusaha produk halal terjejas sehingga tidak dapat mengekalkan perniagaan mereka. Namun begitu, pandemik ini juga menyedarkan tentang kepentingan pendigitalan dan strategi pemasaran yang tepat untuk pastikan produk halal yang dihasilkan kekal berdaya saing di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. 
Jadi bagi membangunkan industri halal, pelbagai program dan inisitaif dijalankan untuk membantu industri halal khusunya perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana ( PMKS ) untuk bangkit kembali. Banyak produk halal Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) sekarang. Pada nad, produk IKS ni pun bagus dan mampu bersaing dengan produk yang berjenama. 


Kempen Inisiatif Bajet 2022 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda',  Bantu Tingkatkan Jualan Produk PMKS Halal
Bagi membantu produk halal perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana ( PMKS ) ini,  Halal development Corporation (HDC) telah menganjurkan Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' dalam membantu tingkatkan kompetensi dan jualan produk halal pengusaha kecil dan sederhana ( PKS ) tempatan yang terjejas semasa pandemik Covid 19 disamping memperkukuh jenama Halal Malaysia dan promosi bersasar melalui kerjasama dengan rakan strategik. 
Projek ini merupakan salah satu program daripada Kempen Inisiatif  Bajet 2022.
Tema 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' ia selari dengan visi HDC iaitu untuk menjadikan halal sebagai pilihan utama


Kempen ini juga merupakan hasil kerjasama proaktif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya, HDC dan Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) bermatlamat melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen



Demi menjayakan kempen ini, Halal Development Corporation (HDC) memperkenalkan 2 program iaitu
1) Program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS
HDC menjalinkan usahasama dengan rakan strategik iaitu Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd bagi Program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS. Kempen akan diadakan di semua cawangan pasaraya pasaraya besar iaitu Lulu Hypermarket dan Lotus's di seluruh negara bermula pada April sehingga Julai 2022

Program ini sekurang-kurangnya membantu 120 syarikat hala PMKS mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baru atau yang lebih besar

2) Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS
Manakala Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Delivery Hero Malaysia Sdn Bhd iaitu Food Panda Malaysia, bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022

Program ini bertujuan untuk- Meningkatkan keupayaan daya saing dan kebolehpasaran produk serta perkhidmatan PMKS halal tempatan di peringkat global
- Peluang produk PMKS halal meningkatkan kebolehpasaran di rangkaian pasaray antarabangsa- Menumpukan golongan PMKS halal untuk mengadaptasi teknologi digital- Menjadi platform untuk PMKS halal menjalankan aktiviti pengiklanan dan pemasaran
Anjuran seperti ini bukan sahaja menaikkan jualan PMKS, malah memudahkan masyarakat muslim untuk mendapatkan barangan yang halal dan selamat. 
Sejumlah 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen anjuran HDC


Nad sendiri dah pergi ke Lulu Hypermarket untuk melihat sendiri kempen ini. Terpampang pintu gerbang masuk dengan tulisan 'Jadikan Halal Pilihan Utama'. 


Macam mana korang nak tau produk apa yang join kempen ni? Hah, korang boleh tengok banner dan penanda bulat di sebahagian rak yang mempunyai tanda tulisan ' Jadikan Halal Pilihan Utama ' dan itula produk halal PMKS yang join kempen ini. Bukan semua tempat tau, kena tengok mana yang bertanda itu sahaja

Sebagai seorang muslim, mestilah akan cari produk yang halal kan. Bila dah ada barang yang dah siap tanda halal macam ni, memang rasa selamat





Pelbagai jenis produk halal minuman, makanan PMKS yang ada seperti sos,kek, makanan frozen, kopi dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan. Semasa kempen ini berjalan, banyak tawaran menarik yang disediakan

Mungkin ada produk korang pernah nampak, dan ada juga produk yang tak pernah nampak kan. Bagus juga kempen seperti ini, sekurangnya ramai tau betapa banyaknya produk halal PMKS yang ada






Boleh nampak, produk halal PMKS juga mampu bersaing dengan jenama yang lain. Orang cakap 'tak kenal maka tak cinta'. belum cuba belum tau, dah cuba baru tau produk PMKS tempatan sama bagus seperti produk lain

Kempen ini bermatlamat untuk meningkatkan capaian dan prestasi jualan, serta mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara, ke arah meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan

Pihak HDC menggalakan pengusaha PMKS untuk berdaftar dan mendapatkan pengiktirafan Halal dan menjadi peserta industri Halal pasaran antarabangsa

PMKS yang ada sijil halal, HDC akan bantu menjadikan mereka pengeksport serta pembekal produk halal yang berdaya saing tinggi. Program ini adalah untuk memudahcara PMKS memasuki pasaran pasar raya melalui rangkaian digital dan bila nampak kemajuan produk tersebut, HDC akan membawa mana-mana PMKS yang berdaya maju keluar negara untuk menjadi pembekal dalam rangkaian bekalan antarabangsa
Jangan fikir produk PMKS ni tak bagus tau. Masa ni la kita kena sokong dan membeli produk halal hasil PMKS tempatan di pasaraya terpilih kerana PMKS kita juga mampu mengeluarkan produk yang baik dan menawarkan harga berpatutan

Sama-sama kita sokong Kempen Inisiatif Bajet 2022 ' Jadikan Halal Pilihan Utama Anda'


Mengenai Halal Development Corporation (HDC)
Halal Development Corporation atau dikenali sebagai HDC merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. HDC sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia 
HDC juga berperanan sebagai memudahcara penyertaan pemain industri ke dalam ekonomi halal untuk meningkatkan eksport halal Malaysia dan pelaburan langsung ke dalam taman-taman industri halal.  HDC telah menetapkan sasaran yang tinggi bagi menarik dan menyepadukan sekurang-kurangnya 50,000 PKS ke dalam industri Halal Malaysia menjelang 2030


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/05/kempen-jadikan-halal-pilihan-utama-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Inisiatif Bajet 2022 Jadikan Halal Pilihan Utama Anda

Kempen Inisiatif Bajet 2022 Jadikan Halal Pilihan Utama Anda

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 172 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebagai seorang muslim mencari barangan yang halal adalah satu keutamaan Setiap produk dan barangan yang akan dibeli pastinya aku sendiri akan periksa sama ada halal atau tidak Bila sebut pasal halal sudah...
Malaysia Sedia Bantu Tangani Masalah Kekurangan Kayu Di As Dan Uk Zuraida

Malaysia Sedia Bantu Tangani Masalah Kekurangan Kayu Di As Dan Uk Zuraida

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 170 hits
Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan AS dan UK bagi menangani isu kekurangan kayu dan produk berasaskan bahan itu di negara negara terbabit Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu boleh dibuat m...
Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

Nak Bantu Anak Pegang Pensil Dengan Betul Buat Cara Simple Ni Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 273 hits
Sebaiknya sejak kecil lagi anak sudah diajar dengan pelbagai aktiviti kekuatan otot tangan untuk merangsang mereka agar dapat memegang pensil seterusnya sebagai persediaan untuk menulis Selain merangsang kekuatan otot tangan aktiviti kasar ...
Buat Sepah Rumah Je Bukan Membazir Mainan Perlu Untuk Bantu Anak

Buat Sepah Rumah Je Bukan Membazir Mainan Perlu Untuk Bantu Anak

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 138 hits
Betul ke belikan anak mainan satu pembaziran Bagi sesetengah ibu bapa membelikan anak mainan mungkin dirasakan satu pembaziran Tak kurang juga yang merasakan hanya buat sepahkan rumah Menurut Dr Redza Zainol hakikatnya mainan sangat membant...
Panduan Bantu Hasilkan Resume Kerja

Panduan Bantu Hasilkan Resume Kerja

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 154 hits
Masih mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman anda Dah lama menjadi penganggur terhormat tinggal bersama ibubapa tanpa ada sebarang punca pendapatan sendiri Tulis dan hantar beratus resume kerja tetapi sat...
Cara Bantu Anak Redakan Sembelit Selain Makan Sayur Buah Buat Konsisten Jadi

Cara Bantu Anak Redakan Sembelit Selain Makan Sayur Buah Buat Konsisten Jadi

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 175 hits
Susah hati lihat anak kecil menahan sakit untuk membuang air besar Sampai merah muka dan ada yang fobia hingga menangis sebab takut sakit Bagi ibu yang dalam situasi ini ada cara untuk merawat sembelit anak tanpa bergantung pada ubat semata...
Tak Susah Nak Bantu Isteri Suami Tolong Urus Anak Anak Sekejap Pun Dah Lega

Tak Susah Nak Bantu Isteri Suami Tolong Urus Anak Anak Sekejap Pun Dah Lega

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 222 hits
Suami isteri ibarat pasangan yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain Janji setia yang diikat ketika ijab dan kabul untuk sayang menyayang dan sehidup semati sepatutnya bukan sekadar janji kosong Jika di awal perkahwinan kehidup...
Dukung Ekonomi Pemerintah Akan Tingkatkan Talenta Digital Ri

Dukung Ekonomi Pemerintah Akan Tingkatkan Talenta Digital Ri

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 117 hits
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno mengatakan Indonesia masih membutuhkan banyak talenta digital berkualitas untuk mendorong perekonomian nasional Untuk itu pemerintah mengajak semua pihak termasuk swasta untuk menciptakan ...
Indonesia Perlu Bangun Konsensus Di G20 Tingkatkan Soliditas Negara Anggota

Indonesia Perlu Bangun Konsensus Di G20 Tingkatkan Soliditas Negara Anggota

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 142 hits
Sebagai pemegang Presidensi 2022 Indonesia harus meningkatkan soliditas negara negara dalam forum tersebut supaya berkomitmen menciptakan stabilitas keamanan ekonomi dan politik
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization