Kempen Bincang Niaga Prihatin Tv Alhijrah Target Bantu Usahawan Iks


TV AlHijrah menyahut initiatif kerajaan bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengekalkan operasi perniagaan serta memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah senantiasa mengambil bahagian dalam apa jua usaha murni kerajaan membantu ekonomi ummah.





“Semua sedia maklum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai usaha mengurangkan kesan COVID-19 ke atas perniagaan termasuklah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)”.


Menurut beliau, berikutan pengumumam itu, TV AlHijrah turut terpanggil untuk membantu pembangunan semula ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana yang mengalami kelembapan perniagaan mendepani masa sukar disebabkan Covid-19.





“Maka kami lancarkan program turun padang Bincang Niaga Prihatin dalam usaha membantu usahawan IKS. Insyaallah kami akan turun padang ke lokasi kedua tahun ini iaitu Bincang Niaga Prihatin Selatan yang akan diadakan pada 28 September 2020, bertempat di Double Tree by Hilton Hotel Johor Bahru, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang”.


Menurut Namanzee, misi utama Bincang Niaga Prihatin ini adalah untuk membantu usahawan IKS memasarkan produk mereka di platform pengiklanan televisyen dengan kos yang berpatutan dan rendah berbanding stesen penyiaran lain.


“Saya melihat usaha ini sebagai tuntutan fardu kifayah untuk membantu ekonomi ummah secara proaktif dan bersepadu. Saya yakin ini adalah jihad TV AlHijrah dalam merancakkan semula perkembangan ekonomi dan aliran tunai dalam pasaran setelah negara terkesan dengan wabak Covid-19 ini,” katanya.





“Tambahan pula, Bincang Niaga Prihatin lokasi pertama iaitu di Kelantan yang diadakan pada 29 & 30 Ogos 2020 lalu menunjukkan sambutan positif daripada usahawan IKS pantai timur. Ini adalah penanda aras bahawa kempen ini harus diteruskan pada masa hadapan”.


Namanzee berkata, sedari 2016 lagi TV AlHijrah telah melancarkan Program Bincang Niaga dengan tagline kempen Jenama Anda Berhak Popular. Menerusi kempen iklan murah ini, lebih daripada lima ribu usahawan IKS telah dibantu bukan sahaja menerusi siaran iklan, malahan stesen TV AlHijrah turut memberikan khidmat nasihat pembangunan jenama produk-produk mereka secara percuma.


Walaupun trend tontonan televisyen mencatat penurunan di seluruh dunia akibat persaingan dengan media-media digital, namun ia tidak memberi impak yang banyak kepada TV AlHijrah yang mempunyai sasaran penonton yang lebih ‘niche’.





“Kami masih mengekalkan penonton-penonton setia kami yang berumur lebih 40 tahun yang mempunyai kuasa beli yang tinggi disamping menawan penonton-penonton baru menerusi kandungan-kandungan yang lebih segar dan relevan yang bersifat mendidik dalam apa jua genre yang dipaparkan di kaca televisyen. Ini adalah peluang besar yang perlu diambil oleh usahawan-usahawan IKS kita untuk membuat kempen promosi dengan harga berbaloi yang amat luar biasa rendah”.


Namanzee menyeru dan menggesa semua peniaga IKS yang berdekatan dengan kawasan Johor Bahru termasuk mereka yang berada di Negeri Sembilan dan Melaka untuk sama-sama meluangkan masa pada 28 September ini untuk hadir ke sesi Bincang Niaga Prihatin.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2020/09/kempen-bincang-niaga-prihatin-tv.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Koperasi Pelancongan Bantu 100 Ahli

Tubuh Koperasi Pelancongan Bantu 100 Ahli

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 373 hits
TUBUH KOPERASI PELANCONGAN BANTU 100 AHLI MUAR Persatuan Pelancongan Daerah Muar akan menubuhkan Koperasi Pelancongan Daerah khusus untuk hampir 100 ahlinya yang akan berperanan meningkatkan pendapatan mereka menerusi pelaburan perniagaan k...
Wahid Senario Rayu Orang Ramai Bantu Pak Lah Cecupak

Wahid Senario Rayu Orang Ramai Bantu Pak Lah Cecupak

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 617 hits
SIAPA yang masih kenal dengan pelawak veteran Pak Lah Cecupak Pemilik nama sebenar Nor Affendi Nurdin 53 itu kini dilaporkan menghid4p bar4h usvs tahap empat Dipahamkan Pak Lah disahkan mend3rita peny4kit kr0nik itu sejak Julai lalu dan per...
Pemandu E Hailing Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh

Pemandu E Hailing Ditahan Bantu Siasatan Kes Gaduh

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 296 hits
RAWANG Seorang pemandu e hailing ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan seorang pelanggan dengan pekerja sebuah restoran makanan segera di sini pada Ahad lalu Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai T...
Makanan B I T Bantu Jadikan Otak Anak Bijak Mudah Belajar Kuat Ingatan

Makanan B I T Bantu Jadikan Otak Anak Bijak Mudah Belajar Kuat Ingatan

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 402 hits
Anak bijak IQ adakah disebabkan oleh faktor pemakanan ataupun genetik semata mata Sebenarnya pertumbuhan otak anak ada kaitanya dengan pemakanan anak anak Otak yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat Ikuti perkongsian daripada Ke...
Lelaki Terkena Peluru Sesat Dua Ditahan Bantu Siasatan

Lelaki Terkena Peluru Sesat Dua Ditahan Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 308 hits
DUNGUN Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes seorang lelaki terkena tembakan di Kampung Besul Bukit Besi di sini minggu lalu Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata suspek pertama berusia 4...
Terima Upah Rp 100 Ribu Pns Dan Sipir Diduga Bantu Cai Ji Fan Kabur Dari Lapas

Terima Upah Rp 100 Ribu Pns Dan Sipir Diduga Bantu Cai Ji Fan Kabur Dari Lapas

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 289 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Yusri Yunus menjelaskan S dan S diduga membantu Cai Changpan alias Cai Ji Fan membeli peralatan yang dibutuhkan untuk menggali lubang Salah satunya adalah pompa air
Bantu Finansial Umkm Kredit Usaha Rakyat Kini Disalurkan Lewat Platform Digital

Bantu Finansial Umkm Kredit Usaha Rakyat Kini Disalurkan Lewat Platform Digital

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 367 hits
Demi meringankan beban finansial UMKM yang terkena dampak pandemi Covid 19 inilah Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Republik Indonesia bekerja sama dengan Grab Indonesia
Bangun Kepedulian Siswa Banyuwangi Bantu 1 300 Teman Kurang Mampu Di Tengah Pandemi

Bangun Kepedulian Siswa Banyuwangi Bantu 1 300 Teman Kurang Mampu Di Tengah Pandemi

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 321 hits
Siswa Asuh sebaya sendiri merupakan gerakan membangun kepedulian antarpelajar di Banyuwangi Pengelolaannya dilakukan dari siswa oleh siswa dan untuk siswa di sekolah tersebut Sejak pertama kali diluncurkan pada 2011 hingga saat ini telah me...
Sebelah Kaki Isteri Perlu Dipotong Suami Rayu Sumbang Untuk Bantu Isterinya Yang Sakit Akibat Kemalangan Jalan Raya

Sebelah Kaki Isteri Perlu Dipotong Suami Rayu Sumbang Untuk Bantu Isterinya Yang Sakit Akibat Kemalangan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 682 hits
Sebelah kaki isteri perlu dipotong Suami rayu sumbang untuk bantu isterinya yang sakit akibat kemalangan jalan rayaBukan dipinta nasib sebegitu rupa namun redha dengan segala yang telah terjadi padanya Setelah setahun lebih terlantar akibat...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

15 Jenama Sabun Basuh Baju Baby

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kos Perbelanjaan Bulanan Bayi Meningkat Ibu Bapa Mula Ikat Perut

Memanah Ni Sukan Sunnah Harapan Hakim Izmi Jadi Pemanah Negara

Jualan Hari Gaji April Realme Dengan Diskaun Sehingga 50

Rocky S Bru I M Still Standing

Kathleen Zellner The Tenacious Lawyer Fighting For Justice

Make A Difference Donate Clothing In San Leandro