Kempen Bendera Hitam Sohor Kini Di Media Sosial


malaysiakini.com
Diterbitkan 3 Jul 2021, 5:05 pm

Kempen dalam talian bagi menuntut Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan menjadi sohor kini di Twitter petang ini, dengan ramai warga maya berkongsi gambar bendera hitam sebagai tanda sokongan.

Sokongan padu diberikan terhadap kempen tersebut meskipun polis sebelum ini berkata mereka sedang menyiasat kempen itu di bawah Akta Hasutan.

Beberapa gambar mula dimuat naik pada jam 3 petang, bertepatan dengan waktu yang ditetapkan penganjur kempen, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang beberapa hari lalu meminta orang ramai mengibarkan bendera hitam dengan tanda pagar #lawan.

Selain menuntut Muhyiddin meletakkan jawatan, kempen itu juga meminta agar parlimen segera bersidang dan darurat ditamatkan.

Pada jam 4.20 petang, tanda pagar #lawan ditulis lebih 72,000 kali, manakala satu lagi tanda pagar #BenderaHitam yang turut digunakan oleh penyokong kempen berkenaan diciap lebih 17,000 kali.

Antara yang menyokong kempen itu termasuk bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, yang memaparkan foto bendera hitam, dipercayai dikibar di pintu rumahnya.

"Dan dah naik! Bersama kita #lawan," katanya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan nama Twitter 'Vaksin Ku Seru' berkata "Sudah, sudahlah! #Lawan".

Papar gambar pakaian dalam, kucing hitam

Bagi yang tidak memiliki bendera hitam, mereka menggunakan cara yang lebih kreatif.

Sebahagian mereka menggunakan t-shirt dan singlet hitam untuk dijadikan bendera.

Ada juga yang mengguna beg plastik sampah, malah pakaian dalam berwarna hitam untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Beberapa netizen juga dilihat memaparkan gambar haiwan peliharaan mereka, termasuk anjing dan kucing, yang memiliki bulu berwarna hitam sebagai pengganti bendera hitam.
"Saya tak ada bendera hitam. Saya akan guna ini," kata pengguna Twitter @ fakhrifitri96, yang memuat naik gambar dua kucing hitam.

Terdahulu, akhbar Kosmo! memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap kempen tersebut.

Abdul Jalil berkata, polis sedang menyiasat kempen itu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/kempen-bendera-hitam-sohor-kini-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Siasat Kempen Bendera Hitam Gesa Ahli Parlimen Kepada Kpn

Henti Siasat Kempen Bendera Hitam Gesa Ahli Parlimen Kepada Kpn

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 273 hits
July 5 2021 Gambar bendera hitam yang ditemui di media sosial PETALING JAYA Dua Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan mendesak Ketua Polis Negara supaya menghentikan siasatan terhadap kempen bendera hitam kerana pergerakan itu tidak menyal...
Tanda Pagar Pmcirit Trending Di Media Sosial

Tanda Pagar Pmcirit Trending Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 210 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran ejekan dalam talian berikutan berita yang melaporkan bahawa dia dimasukkan ke hospital kerana cirit birit Awal hari ini pejabat Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ringkas yang mengatakan bahawa...
Kibarkan Bendera Hitam

Kibarkan Bendera Hitam

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 284 hits
BinBasiran 3 Julai 2021 SIMPANG RENGGAM Menurut Sekretariat Solidariti Rakyat antara tujuan kempen kibarkan bendera hitam seluruh negara adalah untuk Menuntut TS Mahiaddin Yassin meletak jawatan Membuka Parlimen dengan segera Menamatkan DAR...
Kenapa Sibuk Bendera Hitam Atau Putih Yang Penting Bantu

Kenapa Sibuk Bendera Hitam Atau Putih Yang Penting Bantu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 331 hits
Kesukaran rakyat marhaen menempuh kehidupan dalam suasana lockdown sehingga menaikkan bendera putih atau hitam meminta pertolongan tidak perlu dijadikan bahan perdebatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata t...
Bendera Hitam Covid 19 Namakan Siapa Yang Paling Layak Menggantikan Pm Sekarang

Bendera Hitam Covid 19 Namakan Siapa Yang Paling Layak Menggantikan Pm Sekarang

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 462 hits
Kempen Lawan selama 3 hari bermula esok gesa Muhyiddin letak jawatanKempen secara fizikal dan dalam talian selama tiga hari yang dinamakan Lawan bakal bermula esok sebagai protes terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid 19 Penganjur kem...
Bendera Hitam Terkenang Kezaliman Kerajaan Pakatan Harapan

Bendera Hitam Terkenang Kezaliman Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 397 hits
Bendera hitam berkibar di media sosialPETALING JAYA Tanda pagar baharu benderahitam menjadi trend di media sosial sejak petang tadi menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan menyeru agar Parlimen dibuka kembali serta darurat di...
Ylbhi Temukan 67 Kasus Penodaan Agama Selama 2020 43 Kasus Terjadi Di Media Sosial

Ylbhi Temukan 67 Kasus Penodaan Agama Selama 2020 43 Kasus Terjadi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 268 hits
Dari 67 kasus yang dilakukan penyidikan sebanyak 32 kasus diselesaikan menggunakan UU ITE
Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

Memperlekehkan Kibar Bendera Putih Tanda Hati Telah Hitam

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 555 hits
Mengibar bendera putih sebagai tanda seseorang itu memerlukan bantuan akibat kesusahan hidup disebabkan Covid19 yang melanda negara sekarang seolah olah sudah menjadi suatu fenomena Sudah ramai yang mengibarkannya dan serentak dengan itu ba...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Pokok Kelapa Tepi Rumah

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Klia S Aerotrain System Operational Next Month Loke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy