Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang





KUANTAN: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan 38 projek pembangunan dengan kos keseluruhan berjumlah RM5.9 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi merancakkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur air di Pahang.
Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri berkata, sejumlah RM504.2 juta daripada jumlah itu diperuntukkan melalui Rolling Plan Kelima (RP5) bagi tahun ini.
Menurutnya, apabila keseluruhan projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah PETRA termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) siap sepenuhnya, ia dapat mengatasi pelbagai isu dan cabaran selain memberi impak positif kepada penduduk negeri ini.
“Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan akses air bersih dan perkhidmatan bekalan yang mampan kepada rakyat.
“Pemantauan komprehensif dan berterusan merupakan kunci utama kepada pembangunan negara yang seimbang seperti mana yang dihasratkan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan di sini pada Sabtu.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Mengulas mengenai sambutan itu, Mohd Rodzwan berkata, Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 yang bertemakan ‘Air Untuk Kehidupan’ memperkukuh mesej kesedaran bersama mengenai nilai air dalam kehidupan serta keperluan kepada pengurusan sumber air yang mampan.
Jelasnya, pihak PETRA percaya pembangunan infrastruktur air perlu seiring dengan pendidikan awam dan penyertaan masyarakat.
“Justeru, sambutan ini menjadi platform advokasi nasional yang menghimpunkan pelbagai pihak, daripada pelajar hingga sektor swasta, bagi menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga khazanah air negara.
“Selaras dengan aspirasi Malaysia Madani, usaha ini mencerminkan tekad PETRA untuk mempercepat pelaksanaan projek air berimpak tinggi, memastikan kelangsungan bekalan air serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif dan lestari,” ujarnya.
Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Julai turut menampilkan pameran agensi kerajaan dan swasta termasuk pameran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) yang merupakan panduan strategik masa depan sektor air negara.
PETRA turut menyampaikan Anugerah Pembangunan Sektor Air dan Anugerah Penyelidikan Ekohidrologi kepada penyelidik dan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/kementerian-peralihan-tenaga-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petra Labur Rm5 9 Bilion Demi Rakyat 38 Projek Air Diluluskan Di Pahang

Petra Labur Rm5 9 Bilion Demi Rakyat 38 Projek Air Diluluskan Di Pahang

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 148 hits
Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tampil dengan komitmen besar apabila meluluskan 38 projek pembangunan air di Pahang melibatkan pelaburan mencecah RM5 9 bilion 3
Mb Kelemahan Kontraktor Dikenal Pasti Antara Punca Banyak Projek Perumahan Terbengkalai Di Pahang

Mb Kelemahan Kontraktor Dikenal Pasti Antara Punca Banyak Projek Perumahan Terbengkalai Di Pahang

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 161 hits
CAMERON HIGHLANDS Kelemahan kontraktor dikenal pasti antara punca banyak projek perumahan terbengkalai di Pahang sekali gus menjejaskan kehidupan pembeli dan imej agensi pelaksana kerajaan negeri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wa...
Polis Pahang Akan Menubuhkan Pasukan Petugas Bagi Mencegah Kes Kecurian Di Tapak Projek Ecrl

Polis Pahang Akan Menubuhkan Pasukan Petugas Bagi Mencegah Kes Kecurian Di Tapak Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 153 hits
KUANTAN Polis Pahang akan menubuhkan pasukan petugas bagi mencegah kes kecurian di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur di sini Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata kegiatan berkenaan sememangnya berada di bawah pemerhatian p...
Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 238 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor menggesa kerajaan serta agensi berkaitan segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pahang yang semakin meruncing terutama di kawasan luar bandar kampung tradisi dan tanah rancanga...
Pas Pahang Gesa Kerajaan Negeri Telus Selesai Masalah Bekalan Air Usah Tuding Jari Ke Arah Negeri Lain

Pas Pahang Gesa Kerajaan Negeri Telus Selesai Masalah Bekalan Air Usah Tuding Jari Ke Arah Negeri Lain

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Aireroshairi Roslan menempelak reaksi sesetengah pihak yang cuba mengalihkan perhatian apabila isu bekalan air di Pahang dibangkitkan oleh pihak yang bersekutu dengan kerajaan negeri Beliau berkata ...
Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi Ai Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat

Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi Ai Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 134 hits
KUANTAN Istana Pahang mengesan penyebaran video palsu dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Istana Pahang dalam akaun Facebook ras...
Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan Pn Terajui Pahang Kami Ada Strategi Hadapi Bn Pada Pru 16

Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan Pn Terajui Pahang Kami Ada Strategi Hadapi Bn Pada Pru 16

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada Barisan Nasional malah berhasrat menawan Pahang pada PRU akan datang Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah mengingatkan PN d...
Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 182 hits
KUANTAN nbsp Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim menasihati rakyat negeri itu agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan persepsi yang sering dibawa oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS Menurut belia...
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Jata Negara

Lirik Lagu Dengan Lafaznya Sufian Suhaimi Sarah Suhairi

Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

Our New Home 2 Weeks In

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Double Meaning Names Work