Kementerian Hentikan Rawatan Untuk Beberapa Penyakit
Bertubi-tubi Khalid Samad serang Najib dengan dibantu Mr Bean.
Namun, tak menjadi-jadi. Sentuhan humour dia tidak ada. Malah Najib bantu dengan kasi LIKE.
Melihat teruk Khalid Samad kena troll, tak jadi Husin nak tulis mengenainya. Ramai dah kerjakan dia.
Baik tulis pasal Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifly Ahmad yang hanya PhD dalam sains sosial (ilmu ke masyarakatan) dan bukan sains perubatan.
Jadi jururawat atau jututeknik perubatan pun tak layak. Dr Dzul boleh analisa masaalah masyarakat. Jauh sekali faham kenapa sakit otak dalam masyarakat.
Walaupun Dr Dzul taulah menulis untuk kritik polisi kerajaan BN lepas, itu hanya pandangan luaran.
Namun, dia tiada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan atau pengetahuan dalam Ilmu pengurusan seperti Dato Subramaniam atau Dr Latif.
Dia hanya tahu teori dan tidak tahu mekanismanya.
Tidak macam Tan Sri Dr Chua Soi Lek, Dr Dzul tiada keupayaan mentadbir hospital atau klinik desa pun. Ini pula dalam me tadbir dan merangka polisi kesihatan awam.
Antara dia main ikut apa diusul pegawai kerajaan tanpa memahami implikasi pada orang ramai yang mana sebagai ahli politik, dia patut tahu.
Akhirnya, apa gila Dr Dzul nak keluarkan arahan larangan merokok yang terlampau drastik yang mana perangkaan polisi tidak konsisten dan banyak terlampau.
Pasti sahabat baik Husin dalam Amanah, si Penarik Beca marah tak boleh hisab rokok di Taqwa, Taman Melewar, Gombak.
Dr Dzul dah ingat dia doktor betul.
Apa gila juga Dr Dzul nak mulakan insuran kesihatan. ObamaCare di Amerika pun gagal.
Dia bukan faham sistem kewangan. Sanggupkah syarikat insuran tempatan beri liputan insuran untuk profil kesihatan golongan B40?
Dr Dzul pulak tergila-gila mahu bersungguh-sungguh kurangkan perkhidmatan kesihatan kerajaan untuk rakyat Malaysia.
Main ikut cakap Lim Guan Eng yang hanya akauntan tak bertauliah tapi hanya tahu sedikit-sedikit buat kira-kira capua. Langsung tak reti mengenai mekanisma ekonomi. FAIL!
Menurut pengumuman terbaru Kementerian, perkhidmatan rawatan kerajaan untuk beberapa penyakit pun akan dihentikan.
Breaking news
MULAI TAHUN 2019.. HOSPITAL KERAJAAN SECARA BERPERNGKAT TIDAK AKAN MELAYANI LAGI PENYAKIT MATA, HIDUNG DAN KAKI SECARA PERCUMA
Pihak hospital kerajaan telah memutuskan bahawa mereka tidak akan menanggung biaya perubatan atas tiga penyakit kronik di bahagian mata, hidung dan kaki yang banyak dialami kini.
Dengan alasan bahawa tiga penyakit ini sulit untuk disembuhkan dan memerlukan waktu yang lama dalam proses penyembuhannya. dan biayanya pun mahal..
Bahkan pihak hospital menghimbau agar semua instistusi kesihatan seperti rumah sakit baik swasta atau kerajaan untuk tidak melayani pesakit dengan penyakit tersebut diatas.
Tiga penyakit yang tidak akan dibiayai dan dilayani di rumah sakit adalah :
1. Mata keranjang
2. Hidung belang
3. Kaki kelentongMaaf atas segala kesulitan.
-------
Nampaknya penyakit Khalid Samad dan Mahfuz Omar tidak dapat dirawat. Itulah .. bila dah jadi kerajaan, usah nak cuba jadi pembangkang. Tak lagi menjadi.
Menteri kerajaan kena jalankan tugas dan tanggungjawab. Bukan nak serang-serang pembangkang.
Wow! Terkenang sifu .. arwah "Prof" sains sosial. Alfatihah!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2019/01/kementerian-hentikan-rawatan-untuk.html