Kemenangan Ph Di Sandakan Sangkal Dakwaan Sokongan Ph Makin Merosot


BERFNAMAMay 13, 2019 7:00 am

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan membuktikan dakwaan pihak tertentu bahawa sokongan rakyat kepada PH semakin merosot adalah tidak benar, kata Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan PH di PRK Sandakan adalah hasil daripada kerjasama dan sokongan yang baik daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Ini menunjukkan memang merosotlah apa-apa hujah yang yang mengatakan sokongan rakyat kepada PH makin menurun,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Jururawat Antarabangsa di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad.

Keputusan PRK Parlimen Sandakan semalam menyksikan DAP mempertahankan kerusi itu selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee, 30, menewaskan empat pencabarnya dengan majoriti 11,521 undi selepas mendapat 16,012 undi.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Ketua Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor berkata kemenangan calon DAP itu membuktikan rakyat menyokong Parti Warisan Sabah, dan kerajaan PH secara umumnya.

Beliau berkata kemenangan itu juga jelas menunjukkan pengundi di Parlimen Sandakan mahu Vivian Wong meneruskan agenda perjuangan mendiang bapanya Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang menyandang kerusi berkenaan sebelum ini.

“Bersatu Sabah mengucapkan tahniah kepada DAP khususnya Vivian Wong atas kemenangan bermakna ini. Keputusan telah dibuat oleh para pengundi Parlimen Sandakan, maka ia harus dihormati oleh semua pihak,” katanya.

“Kita juga berbangga kerana kawasan PDM yang majoriti pengundinya Bumiputera Islam, yang dahulunya calon PH tewas, tetapi kali ini dimenangi oleh PH, seperti di Sim-Sim serta Pulau Berhala, dan ini sekali gus membuktikan pengaruh UMNO merosot, sejak kemasukan Bersatu ke Sabah termasuk di Sandakan,” katanya.

Di Kuching, Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen pula berkata keputusan PRK itu merupakan satu pengiktirafan oleh penduduk Sandakan terhadap prestasi PH dan kerajaan Warisan sejak kira-kira setahun lepas.

Beliau berkata walaupun jumlah peratus yang keluar mengundi hanya 54 peratus berbanding 73 peratus pilihan raya umum 2018 lepas, calon DAP menang dengan majoriti lebih besar 11,531 berbanding 10,098 pada pilihan raya lepas.

“Secara ringkasnya penduduk Sandakan khususnya, penduduk Sabah secara umumnya berpuas hati dengan kerjasama baik antara kerajaan negeri PH/Warisan dengan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, sejak setahun lepas kerjasama baik antara kerajaan Persekutuan dan Negeri di Sabah, memberikan banyak manfaat kepada penduduk Sabah.

“Berbeza dengan Sarawak, di mana Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus bermain dengan politik dalam semua perkara berkaitan dengan Negeri-Persekutuan, menjadikan banyak inisiatif baik oleh kerajaan Persekutuan terjejas, atau malah disabotaj. Natijahnya rakyat Sarawak dinafikan banyak manfaat daripada inisiatif kerajaan Persekutuan,” kata beliau yang juga Pengerusi DAP Sarawak.

Di Kuantan, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah pula menyifatkan kejayaan di Sandakan sebagai suntikan semangat parti selepas tewas dalam tiga PRK berturut-turut.

— BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kemenangan-ph-di-sandakan-sangkal-dakwaan-sokongan-ph-makin-merosot/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/kemenangan-ph-di-sandakan-sangkal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

Setahun Ph Kedah Sokongan Ph Merosot Selepas Pru 14

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 300 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah SOKONGAN PH MEROSOT SELEPAS PRU 14
Ph Menang Prk Bukti Sokongan Tidak Merosot Wan Azizah

Ph Menang Prk Bukti Sokongan Tidak Merosot Wan Azizah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan semalam menjadi bukti sokongan rakyat tidak merosot kepada parti itu Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sepanjang PRK itu PH juga mendapa...
Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

Kemenangan Dap Di Prk Sandakan Adalah Kemenangan Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 382 hits
Kemenangan besar Vivian Wong Shir Yee yang meraih 16 012 undi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan merupakan kemenangan rakyat kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Lim Guan Eng Malah katanya kemenangan anak kepada mendiang D...
Kemenangan Ph Di Sandakan Petunjuk Momentum Kerajaan Yang Positif

Kemenangan Ph Di Sandakan Petunjuk Momentum Kerajaan Yang Positif

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 340 hits
Kemenangan kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Sandakan menunjukkan momentum kerajaan yang sedang berada betul di landasannya sekaligus membuktikan politik perkauman yang dibawa Umno Pas tidak diterima di negeri itu Penganalisi...
Yoodo Memperkenalkan Sokongan Esim Untuk Iphone Terbaru

Yoodo Memperkenalkan Sokongan Esim Untuk Iphone Terbaru

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 184 hits
Yoodo merupakan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan beberapa pakej menarik kepada pemngguna Terkini dalam usaha menjadi syarikat telekomunikasi digital sepenuhnya pihak Yoodo kini telah mula menawarkan sokongan eSIM ...
Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

Pasangan Eur Jpy Membuat Lantunan Semula Dari Tahap Sokongan Utama Peningkatan Selanjutnya Dalam Pasaran Adalah Mungkin

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 347 hits
Pasangan mata wang EUR JPY membuat lantunan semula dari tahap sokongan utama peningkatan selanjutnya dalam pasaran adalah mungkin Kemasukan 122 52Kenapa ia adalah baik lanjutan Fibonacci 100 anjakan semula Fibonacci 2 61 8 Stop Loss 120 84K...
Sonos Akan Hadir Dengan Sokongan Google Assistant Untuk Beberapa Peranti Bermula Minggu Hadapan

Sonos Akan Hadir Dengan Sokongan Google Assistant Untuk Beberapa Peranti Bermula Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 248 hits
Sonos ialah jenama pembesar suara premium yang cukup terkenal di seluruh dunia Beberapa daripada pembesar suara tersebut hadir dengan sokongan untuk pembantu digital seperti Amazon Alexa Menurut Sonos mereka akan memperkenalkan sokongan Goo...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord