Kemelut Sabah Tanda Kegagalan Zahid Hamidi


 
Nampak macam selesai tapi sebenarnya tidak selesai – itulah barangkali gambaran yang boleh disimpulkan berkenaan keadaan politik di Sabah ketika ini.
Walaupun pembentukan kerajaan perpaduan telah dicadangkan dan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi sendiri telah turun ke Sabah untuk membentangkan formula penyelesaian, namun Ketua Menteri, Hajiji Noor ternampak agak keberatan untuk memenuhi cadangan itu.
Sebab paling kukuh untuk beliau berbuat demikian adalah kerana sokongan yang memihak kepadanya sudah lebih daripada mencukupi iaitu 44 Adun, termasuk 5 daripada UMNO sendiri.
Logiknya untuk apa lagi beliau mahu mewujudkan kerajaan perpaduan kerana kerajaan perpaduan hanya perlu jika majoriti masih tidak mencukupi?
Tetapi sekarang untuk Hajiji berdiri sebagai kerajaan sudah lebih daripada mencukupi.
Lantaran itu, kedudukan Adun BN dalam Sidang DUN Sabah hari ini telah diletakkan di blok pembangkang.
Bagaimanapun, kedudukan tempat duduk lima Adun BN Sabah yang secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Hajiji kekal tidak berubah di blok kerajaan.
Akhirnya, siapa yang rugi?
Elok-elok jadi kerajaan sebelum ini, kini dalam sekelip mata sudah bertukar menjadi pembangkang.
Sebab lain kenapa Hajiji dilihat keberatan mewujudkan kerajaan perpaduan ialah kerana enggan menerima kembali Bung Mokhtar Radin berada dalam kerajaan pimpinannya setelah mengumumkan menarik sokongan terhadapnya, baru-baru ini.
Di pihak UMNO dan BN, jika keadaan ini berterusan, siapa yang harus memikul beban kerugian itu?
Zahid Hamidi atau Bung Mokhtar?
Terutama kepada Zahid Hamidi, tidak terasakah beliau bahawa semua ini petanda kegagalannya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN dalam memastikan Adun BN Sabah benar-benar solid dan bersatu hati?
Sudah tentu lebih merupakan tamparan kepada Zahid Hamidi jika dalam susunan kabinet negeri yang bakal diumumkan Hajiji nanti, Bung Mokhtar terus digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan tempatnya digantikan dengan salah seorang daripada lima Adun UMNO yang secara terbuka mengumumkan sokongan terhadap Ketua Menteri.
Masihkah Zahid Hamidi mahu berbangga dengan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 10/01/2023.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/kemelut-sabah-tanda-kegagalan-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Sarawak Kini Adalah Wilayah Bukan Berstatus Negeri Zahid Hamidi

Sabah Sarawak Kini Adalah Wilayah Bukan Berstatus Negeri Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 271 hits
Sabah Sarawak kini adalah wilayah bukan berstatus negeri Zahid HamidiKedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga M...
Sabah Coup Attempt Not Over Yet Says Zahid Hamidi

Sabah Coup Attempt Not Over Yet Says Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 265 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi says he still supported efforts to formulate a unity government in Sabah despite chief minister Hajiji Noor having reshuffled the state Cabinet Zahid said this must be done to stabilise the political situat...
Zahid Hamidi Akhirnya Sedia Untuk Berlawan Pencabarnya Bolehlah Segera Buka Bilik Gerakan

Zahid Hamidi Akhirnya Sedia Untuk Berlawan Pencabarnya Bolehlah Segera Buka Bilik Gerakan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 140 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi akhirnya bersuara dengan memberi komitmen sedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden parti dalam pemilihan akan datang Tegasnya dalam pemilihan sebelum ini pada 2018 beliau juga dicabar dua ahli parti tapi ke...
Mustahil Zahid Hamidi Boleh Kalah Kenapa Perlu Takut Dengan Lawan Yang Tiada Jawatan

Mustahil Zahid Hamidi Boleh Kalah Kenapa Perlu Takut Dengan Lawan Yang Tiada Jawatan

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 191 hits
Ikut logik dan hukum akal dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya sekarang tiada sebab dan hampir mustahil Ahmad Zahid Hamidi tidak mampu mengekalkan jawatan Presiden UMNO yang sedang disandangnya Jawatan tersebut adalah n...
Sabah Politics Anwar Moots Creation Of Unity Govt Zahid

Sabah Politics Anwar Moots Creation Of Unity Govt Zahid

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 210 hits
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi said Prime Minister Anwar Ibrahim has suggested the creation of a unity government in Sabah to solve the political impasse in the state Zahid who is also Umno president said the suggestion would invo...
Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 475 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan enggan menjadi perantara dalam krisis politik Sabah keluh seorang sumber dalam Umno selepas beliau menyuarakan sokongan kepada Hajiji Noor untuk terus memimpin negeri itu s...
Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

Kalau Hishammudin Dilabel Pengecut Cuba Halang Jawatan Presiden Umno Ditandingi Juga Jadikan Zahid Hamidi Sama Pengecut

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 135 hits
Berdasarkan rekod sejarah Zahid Hamidi adalah pemimpin yang berani dan tidak pernah kalah apabila bertanding dalam UMNO di peringkat pusat Beliau berani bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 walaupun lawannya ketika itu ada yang be...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog