Kemelut Pn Berdepan Pru 15


SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) diramal berdepan kesukaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akibat persengketaan pembahagian kerusi apabila tiga parti komponen PN bersaing merebut konstitusi sama iaitu Melayu-Islam. Kemelut pengagihan kerusi akan menjadi lebih sukar untuk diselesaikan sekiranya UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertegas tidak mahu melepaskan kubu dan kerusi yang dimenangi pada PRU-14 lalu.
Sehingga kini, pembahagian kerusi dalam kalangan ahli Parlimen Muafakat Nasional iaitu UMNO dan Pas masih belum diputuskan. Itu belum lagi kerusi yang hendak diberikan kepada Bersatu termasuk kumpulan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Sudah pasti timbul persoalan siapakah yang akan mengalah? Malah, sudah ada pihak yang menjangkakan UMNO dan Pas tidak akan menyerahkan kerusi kepada Bersatu atau tunduk kepada Mohamed Azmin.
Penganalisis politik dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed yakin UMNO pasti mahu mengekalkan kerusi tradisi mereka. Menurutnya, UMNO sudah tentu akan mengatakan parti itu menang di kerusi berkenaan atas dasar UMNO termasuk sebelum berlaku lompat parti sekali gus parti itu dijangka menuntut dan mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14.
“Mereka yang menyertai Bersatu itu pula termasuk bekas menteri era pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) dan bekas Timbalan Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing). “Empat yang lain ialah Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam). Itu dalam konteks UMNO,” katanya.
Dominasi
Mengulas lanjut, Ahmad Martadha bagaimanapun menjangkakan tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan terbabit sekiranya dibincangkan dengan baik.
“Perbincangan untuk pembahagian kerusi itu bagi saya mesti sukar. Itu pasti dan mereka akan cuba mempertahankan kerusi itu. Tidak kira UMNO, Pas, Bersatu atau kem Mohamed Azmin, masing-masing akan bertegas kerana mereka menang,” katanya.

Dr Ahmad Martadha Mohamed
Sementara itu, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mengakui pengagihan kerusi bagi PN sukar dilakukan namun Muafakat Nasional boleh menggunakan kaedah pembahagian kerusi menerusi jumlah undi diperoleh UMNO dan Pas dalam PRU-14.
“Terdapat tiga kaedah boleh diambil Muafakat Nasional iaitu berdasarkan dominasi. Kerusi yang dimenangi Pas atau UMNO dalam PRU-14 wajar ditandingi parti berkenaan. Bagi kerusi kalah pula boleh ikut kiraan undi yang paling banyak.
“Sama ada Pas atau UMNO, mana yang lebih tinggi dialah akan bertanding. Kedua-dua pihak juga boleh menggunakan budi bicara bagi kawasan yang dilihat mempunyai kekuatan hampir sama,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Mustapha Yaakub
Pada PRU-14 lalu, BN memenangi 32 kerusi Parlimen daripada 77 kerusi melibatkan pertandingan tiga penjuru, Pas (23 kerusi) dan Pakatan Harapan (22 kerusi), namun secara keseluruhannya, UMNO menang 54 kerusi dan Pas 18 kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 71 ahli Parlimen.
Mengambil kira keputusan itu, UMNO dan Pas di bawah Muafakat Nasional dijangka terus mengekalkan kerusi dimenangi mereka pada PRU-14 dengan melepaskan tujuh kerusi kepada Bersatu bagi mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru.
Itu tidak mengambil kira kerusi 10 bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menyertai Bersatu diketuai Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Selain Azmin ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Seorang lagi, Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat) yang menjadi ahli bersekutu parti itu.
Bincang
Ketika ditanya mengenai kedudukan ahli Parlimen Bersatu pada PRU-15, katanya, ia sukar dijelaskan walaupun Bersatu bersama Muafakat Nasional dalam kerajaan PN selagi satu persetujuan bersama tidak diambil oleh parti dalam PN.
“Setakat ini, kita belum dengar lagi dan tidak mustahil akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan tertentu sekiranya tiada persepakatan bagi menentukan calon PN yang akan bertanding pada PRU-15 akan datang,” katanya lagi.
Veteran Pas, Datuk Mustafa Ali pula menjangkakan PRU-15 tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat berdasarkan keadaan politik semasa. Disebabkan faktor itu, katanya, parti-parti dalam PN mempunyai masa untuk membincangkan mengenai pengagihan kerusi.
Menurutnya, jika parti dalam kerajaan sekarang sudah membuat keputusan mengenai pengagihan kerusi maka pertembungan membabitkan Muafakat Nasional, Bersatu dan Pakatan Harapan tidak akan berlaku pada PRU-15.
“Saya rasa kalau mereka sudah memutuskan pengagihan kerusi, tidak mungkin berlaku pertandingan sesama sendiri,” katanya.

Mustafa Ali
SN
The post Kemelut PN berdepan PRU-15 appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/17/kemelut-pn-berdepan-pru-15/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemelut-pn-berdepan-pru-15

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Selesai Kemelut Politik Pru Tergempar Jalan Keluar Umno

Untuk Selesai Kemelut Politik Pru Tergempar Jalan Keluar Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Pilihan Raya Umum tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah ahli parlimen antara kerajaan dan pembangkang kata Naib Presiden UMNO Da...
Kerjasama Semakin Kukuh Pas Sedia Hadapi Pru Bersama Pn

Kerjasama Semakin Kukuh Pas Sedia Hadapi Pru Bersama Pn

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 352 hits
Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR Parti Islam Se Malaysia melihat kerjasama politik di antara Barisan Nasional dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia semakin mantap dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agungnya Datuk...
Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

Kalau Takut Pru Itu Hal Pembangkang Jangan Cakap Bagi Pihak Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 313 hits
Pemimpin Pakatan Harapan tidak perlu bercakap bagi pihak UMNO berkaitan Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha Agung UMNO Shahril Hamdan berkata UMNO tidak mengundang pilihanraya ketika virus Covid 19 masih lagi merebak Menurutnya UMNO bukan pa...
Tiga Senario Sebabkan Pru 15 Tidak Dapat Dielakkan

Tiga Senario Sebabkan Pru 15 Tidak Dapat Dielakkan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 275 hits
PILIHAN Raya Umum ke 15 menjadi pilihan akhir dalam menyejukan suasana politik yang kembali hangat dalam negara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketika ini fokus terhadap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara d...
Pas Gagal Jika Pru 15 Tahun Ini

Pas Gagal Jika Pru 15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 291 hits
Pas bersama sekutunya dalam Muafakat Nasional BN beranggapan akan menang mudah sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam tempoh beberapa bulan mendatang Namun tanggapan itu dibantah oleh ADUN Permatang Pasir Faiz Fadzil Anak Presiden Pas D...
Cadangan Penambah Baikkan Kepada Spr Untuk Hadapi Pru 15

Cadangan Penambah Baikkan Kepada Spr Untuk Hadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 331 hits
KENYATAAN MEDIAKelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia KHAS UNTUK TINDAKAN KERAJAAN SPR1 System Imbas Mykad Thumb Scanner perlu ditempatkan Dipusat Pusat Mengundi Untuk mengenal pasti Mykad Palsu atau Tulen 2 Sesi Interview untuk memastika...
Dap Ganyang Islam Ajar Dia Di Pru 15 Video

Dap Ganyang Islam Ajar Dia Di Pru 15 Video

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 549 hits
46K views3 days agoTidak dinafikan pemimpin pemimpin PH seperti YB Langkawi YB Port Dickson YB Kota Raja dan sebagainya begitu konsisten New5 9K views2 years agoDAP mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan keanggotaan ...
Senator Dap Jangka Pru Dalam Tempoh 3 Bulan Lagi

Senator Dap Jangka Pru Dalam Tempoh 3 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 419 hits
LIEW CHIN TONGBEKAS Pengerusi DAP Johor Senator Liew Chin Tong meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September atau Oktober Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata senario itu tidak dapat dielakkan sekirannya Perdana M...
Pn Tidak Akan Buat Pru 15 Dalam Masa Terdekat

Pn Tidak Akan Buat Pru 15 Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 245 hits
Awal jun lalu Najib bertandang ke banglo Zahid Lepas tu 2 tokoh ni bagi warning pada MY yang pru15 akan diadakan tak lama lagi Orang tak belajar sains politik pun faham kenyataan presiden umno dan bekas PM ni bahawa umno akan hentikan sokon...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Proses Blog Recovery Www Siinurul Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bayou Lagoon Park Resort

Iman Rabbit Farm

Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng Simple Tapi Sedap

Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990