Kemelut Jawatan Pm Ke 9 Krisis Bakal Berakhir Hari Ini


Difahamkan Keadilan akan mengadakan mesyuarat di kalangan semua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) beserta kesemua MP dari Keadilan pagi ini. Mesyuarat pagi ini khusus untuk memuktamadkan pendirian Keadilan di dalam su penentuan siapa PM ke 9 sekiranya PH berjaya mengambil alih semula kerajaan mandat rakyat yang dirampas oleh pengkhianat.Isu tentang perlunya PH mengambil alih semula Putrajaya adalah ijmak dan sepakat di kalangan semua parti di dalam PH Plus. Isu yang masih belum selesai dan belum dimuktamadkan adalah siapa calon PM ke 9. PH sebulat suara mencalonkan Anwar Ibrahim iaitu Ketua Pembangkang sekarang ini, manakala keputusan dari rakan sekutu terdiri dari kumpulan Tun M yang tidak berparti bersama Warisan pula mencalonkan Tun M sebagai PM ke 9.Pagi ini Keadilan punyai tugas besar untuk buat keputusan penting samada bersetuju untuk menerima Tun M sebagai PM atau mengekalkan keputusan sebelum ini iaitu Presidennya sendiri, Anwar Ibrahim sebagai calon PM ke 9. Para penyokong Keadilan dan luar Keadilan di akar umbi telah menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Ada yang memberikan pendapat dan hujah dengan baik tetapi tidak kurang juga yang terlalu emosi sehingga menyinggung sesetengah pihak. Tidak kurang juga penglibatan beberapa pimpinan parti yang terikut-ikut dengan cara penyokong bawahan yang berhujah secara emosi yang telah menghangatkan lagi isu ini. Tidak mengapa, itu menunjukkan PH memang serius untuk merebut kembali kerajaan yang telah dirompak itu. Semua kita tahu, samada Tun M atau Anwar, masing-masing tidak memiliki jumlah yang cukup untuk releven diangkat sebagai calon PM. Bagi penyokong Tun M, mereka yakin akan mendapat jumlah yang mencukupi sekiranya nama Tun M diangkat sebagai calon. Buat kumpulan penyokong Anwar Ibrahim pula, mereka tidak meletakkan jumlah sebagai paling penting tetapi 'siapa calon' yang boleh diyakini membawa perubahan kepada negara ini. Buat mereka, jumlah boleh dicari walaupun mungkin memakan masa tetapi 'kualiti dan integriti' calon itu tidak mudah untuk dicari. Pendapat mereka, tiada gunanya memiliki jumlah yang mencukupi untuk mengangkat seorang PM yang tidak diyakini mampu membawa perubahan.Ramai juga yang di luar sana tidak berminat untuk mengetahui siapa calon PM, tetapi mereka mahu Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan. Mungkin mereka telah mulai merasa tertekan berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak pernah mereka beri mandat untuk memerintah. Kehidupan semakin sukar, harga minyak rendah tetapi barang semakin mahal, pengangguran semakin naik berganda dan di dalam masa yang sama mereka lihat pemimpin yang ada sibuk mengagihkan laba sesama mereka. Mereka rasa marah apabila kerajaan sekarang sebegitu mudah melepaskan beberapa tokoh dan VIP yang dulunya didakwa atas kesalahan rasuah dan penyelewengan bebas dari pertuduhan. Justeru itu, mereka mahu kerajaan ini diganti segera.Keadilan terpaksa membuat keputusan yang rumit di dalam menghadapi situasi ini. Meletakkan pemimpin yang telus, berintegriti dan jujur itu wajib. Kewajipan juga buat Keadilan untuk menghentikan kerajaan yang korup ini. Keadilan kena memilih di antara Tun M dan Anwar Ibrahim, siapa yang terbukti jujur, ikhlas dan berintegriti. Sekiranya bersetuju dengan Tun M, apakah jaminan perangai Tun M akan berubah dan tidak melakukan seperti yang pernah beliau lakukan sewaktu menjadi PM sebelum ini? Sekiranya meletakkan Anwar, apakah Anwar akan memperolehi sokongan yang mencukupi? Sekiranya Keadilan tidak mengendahkan perkara lain, Keadilan boleh saja menamakan Anwar dan sekiranya gagal mendapat sokongan yang mencukupi sekarang, mungkin boleh diusahakan dari masa ke semasa. Tetapi, bagaimana dengan kehendak rakyat yang begitu mengharapkan Pakatan Harapan kembali berkuasa? Adakah Keadilan sanggup mengecewakan mereka? Sebenarnya Tun M juga tidak akan mencukupi jumlahnya tanpa sokongan Keadilan, tetapi di atas kertas Tun M dikatakan mempunyai kelebihan mendapatkan sokongan dari parti di Sabah dan Sarawak meskipun belum dibuktikan, kecuali sokongan dari Warisan.Harus kita terima hakikat bahawa bukan sedikit rakyat yang meragui Tun M sebagai PM. Sesiapa yang melihat dan mengikuti perkembangan politik bermula dari PH mentadbir Putrajaya yang dipimpin oleh Tun M selama 22 bulan dulu dapat menilai pembawakan dan perangai Tun M yang tidak selari dengan agenda reform yang PH janjikan. Memilih Tun M juga boleh dianggap akan mengecewakan rakyat yang mendambakan reformasi menyeluruh di dalam pentadbiran negara. Tidak perlu saya ceritakan kembali kegagalan Tun M di dalam aspek ini.Apa pun, keputusan mesti dibuat sekarang. Kita tiada masa lagi kerana kebobrokan kerajaan pintu belakang ini semakin menjolok mata. Lebih lama masa diambil untuk membuat keputusan, maka lebih banyak ruang akan ditutup oleh Perikatan Nasional bagi menghalang kita menuju Putrajaya. Sekiranya berlanjutan, PH akan bertambah lemah kerana kita asyik berbalah, bergaduh dan menyerang sesama kita hanya kerana calon PM.Apakah keputusan terbaik yang bakal diambil oleh Keadilan hari ini? Saya meramalkan Keadilan akan terus konsisten dan berdiri teguh dengan Pakatan Harapan. Sekali lagi Anwar akan berkorban demi penyatuan PH sebagaimana yang kerap beliau lakukan sebelum ini. Sebelum ini Anwar telah berkorban sehingga diasak hingga ke dinding bagi menyelamatkan PH. Saya percaya, Anwar masih memiliki sifat 'tahap dewa'nya di dalam menyelesaikan kemelut yang berlanjutan. Sudah tentu Anwar telah bersedia untuk menanggung risiko sepertimana risikonya kita hilang kerajaan dengan percaturan Tun M yang salah menyebabkan pengkhianat mengambil peluang. "Ibarat lilin yang membakar diri", Anwar dipercayai akan menggembirakan rakan-rakannya di dalam PH walaupun sedikit sebanyak melukakan hati anak-anaknya sendiri di dalam Keadilan. Saya cuma mahu ingatkan rakan-rakan agar memberikan ketaatan dan sokongan atas apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh Anwar. Kita telah menyatakan isi hati dan kehendak kita sebelum ini, namun kita kena akur apa jua keputusan yang akan dibuat jika kita benar-benar sayang kepada tokoh reformasi ini. Kita mesti bersedia untuk 'menangguhkan' Anwar dari menjadi PM. Semoga Allah memberi kekuatan dan pertunjuk kepada semua pimpinan Keadilan yang bermesyuarat pagi ini.WFAUZDIN NS



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kemelut-jawatan-pm-ke-9-krisis-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 345 hits
Tindakan Datuk Seri Noh Omar meletakkan jawatan Pengerusi MISC selepas 17 hari dilantik menjadi tanda tanya di kalangan pelbagai pihak bahkan di kalangan pengkaji politik Kalau tidak ada ada masakan tempua bersarang rendah tulis bekas Penas...
Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

Isteri Tunggu Hari Nak Bersalin Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan Untuk Persiapan Sambut Anak Bakal Lahir

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 413 hits
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu tunggu oleh setiap pasangan Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka Dalam hantara...
100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Esok genaplah 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pande...
Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 293 hits
Esok genaplah 100 hari pertama Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid 19 selain b...
Perebutan Bakal Pm Anwar Sedia Pertimbang Jawatan Menteri Mentor Untuk Dr M

Perebutan Bakal Pm Anwar Sedia Pertimbang Jawatan Menteri Mentor Untuk Dr M

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 282 hits
Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka untuk berbincang mengenai kedudukan Dr Mahathir Mohamad jika ahli parlimen Langkawi itu bersedia dijadikan menteri kanan atau kedudukan yang seumpama dengannya Bercakap dalam sesi temu bual dengan stesen...
Lahir Sehat Bayi 40 Hari Meninggal Tertular Penjenguk Positif Corona Niat Baik Berakhir Bencana

Lahir Sehat Bayi 40 Hari Meninggal Tertular Penjenguk Positif Corona Niat Baik Berakhir Bencana

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 315 hits
Jadi apa saja alternatif aman memberikan support saat teman sahabat atau kerabat baru saja habis melahirkan
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti