Kembara Kerja Ke Pulau Pinang Awan Karpet Yang Menawan Hati


assalamualaikum

Isnin menjelma, dah pun tamat waktu bekerja. alhamdulillah... seharian hari ni ada zoom meeting. agak mencaba meeting online ni, kena beri tumpuan 100%. letih mata dan jiwa hu hu hu hu 😓. 3 hari pulak tu. aduh aduh aduh..

Isnin dan Selasa minggu lepas, saya kembara seorang diri ke Penang. urusan kerja. tak boleh nak bawa anak-anak sebab kak Nurin ada amali SPM utk Fizik. keseorangan la saya, berdebar hati ni beberapa hari sebelum nak pergi. lama da tak naik kapal terbang 😄. sorang-sorang plak tu, aduh... sib baik urusan kerja, if saje-saje, memang tak la nak gi sorang

dari urusan booking flight dan hotel, saya buat sendiri. last minute decision, tak sempat nak inform urusetia. it was nice kan la bila uruskan sendiri. boleh bajet masa sendiri dan flight kul brape yg sesuai 👍

Isnin, 30.1.2023, selepas subuh dah gerak ke KLIA2. tahu jalan ke sana tapi bila drive sendiri, gabra tu always ada. maintain on google maps hingga la ke KLIA2 😄. yg tak gabra hanya la bila saya drive within Melaka. tu mudah 😄. slowly driving up to KLIA2, jam 9 pagi da sesiap park kereta. relax relax, sempat kemas kereta kat situ ha ha ha ha... 
snap kereta dan tiang
esok nanti nak mencari kereta, fening! 😃
maka, melangkahlah seorang Aida masuk ke kompleks KLIA2. ringkas. sling bag & bag sandang. barang peribadi yang minima je dlm bag sandang tu. 1 malam saje kan, tak payah nak angkut aneka benda mcm gi camping 😆. 9.30 pagi, tgk tgk da boleh masuk, masuk la meskipun boarding time lambat lagi. lepak di gate J6. kapal terbang pun lom sampai. masa tu sempat video call dgn Syuhada dan Izzat di rumah. mereka berdua dicutikan dari sekolah


cuaca cantik sgt pagi tu. tepat jam 10.45 pagi, kapal terbang tu bergerak. masa tu debarnya la hati. aduh aduh aduh... kapal terbang dan kapal laut, 2 kenderaan ni memang saya kurang suka dan kurang berani! menakutkan! gayat! jakun! kolot! paling mendebarkan time nak berlepas sehinggalah stabil kat atas tu, Allahu 😖.
indah..

tapi bila da berada di antara lapisan awan, hati jadik girang. berbunga-bunga. rakam video utk tatapan anak-anak di rumah. anak-anak memang tiada pengalaman naik kapal terbang. dulu kecik-kecik saje, kak Nurin dan Syuhada tak ingat perasaannya. so, it was nice rakam kenangan di atas sana utk mereka. lagipun journey di langit biru dari KLIA2 ke Penang tak lama, less than 45 minutes. sempat la saya makan atas tu, hot seat air asia memang ada makan pun kan

tak sempat jalan-jalan di Penang. jejak kaki di airport, terus ambil teksi ke PFFA. rehat di sana saje. dan jam 1.45 petang, terus mulakan kelas sehinggalah jam 5 petang. peserta kursus kali ni memang best. beri respons yg baik bila saya bertanya soalan. mereka juga bertanya soalan yang amat relevan dgn tajuk penyampaian saya. 3 jam syarahan, terasa sekejap saje bila kita ada audience yg terbaik. alhamdulillah

mlm tu, saya dinner di The Chicken Rice Shop je. kebetulan, hotel tu amat dekat dgn Queensbay Mall. berjalan kaki saje. so, tak jadik la plan saya nak order room service for dinner mlm tu

dari Eastin Hotel ke mall, few minutes
kalau ada mr.Asben and anak-anak ni, panjang langkah kami berlima 😍

"ayam, teman iols dinner ye?" 😄
the next morning, 31.1.2023, as usual kul 5 pagi mata da terbuka luas. ketakutan ketinggalan kapal terbang 😆! kampung sgt si Aida ni ha ha ha ha ha... settle kemas, jam 7 pagi da order grabcar. boarding kul 8.30 pagi, moga sempatlah tiba airport dan tak kelam-kabut

gabra! sehingga 7.30 pagi, tak dpt grabcar! dari dalam bilik, terus check-out. dok la kat lobby. luckily, memang ramai sebenarnya lepak kat lobby nunggu grabcar tau. tak la rasa awkward sgt. at around 7,40 pagi baru ting tong, grabcar on the way. yeszaaaa..

cuaca amat baik sepanjang 31.1.2023
dari pagi, hinggalah ke petang, saya tiba di Melaka



tak disia-siakan perjalanan di langit biru, merakam video dari angle yang berbeza utk anak-anak. kali ni, dpt saya merakamkan jambatan Pulau Pinang dgn jelas. melintasi lautan dari pulau ke tanah besar. indah. best. sambil makan pun, terasa hebat bila menjeling ke luar tingkap, nampak awan karpet yang memutih bak kapas muka 😍




seriously, dlm hati ni sepanjang perjalanan terdetik, "kalau la anak-anak ada ni, ..." gitu. melihat kebesaran Allah di atas tu dgn ingatan kat anak-anak yg waktu tu kat sekolah. mak-mak memang gitu ek? 😄
alhamdulillah, perjalanan ke KLIA2 amat baik. tiba cepat dari jangkaan! sure pilot tekan minyak kasik laju abis. abis je makan, e'eh, announcement akan mendarat. sib baik sempat makan

satu positive side bagi saya, ni mcm me-time utk saya. meskipun di satu sudut hati, nak jugak mr.Asben dan anak-anak ada sama. terkenangkan conversation dlm grup Whatsapp kami 👇


Nurin taip, "Seronoknya ibu, mcm pergi bercuti..."yes. mcm la. naik kapal terbang. tido hotel 😁. boleh la...

in shaa Allah, next week ke JB pula. ni takde masalah, drive kereta kecil tu je. ni kali ketiga ke JB, in shaa Allah yakin

tq for reading ye cerita-ceriti saya ni
have to go 👋. nak balik rumah, mlm ni nak goreng kuew teow basah for dinner 😋


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2023/02/kembara-kerja-ke-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan Nurul Izzah Dari Lihat Segi Matlamat Bukan Jadi Polemik Mufti Pulau Pinang

Lantikan Nurul Izzah Dari Lihat Segi Matlamat Bukan Jadi Polemik Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri harus dilihat menerusi matlamat yang ingin dicapai bukan untuk dipolemikkan kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mo...
Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

Jom Makan Mee Sotong Di Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 272 hits
Restoran Mee Sotong Kepala BatasRestoran Mee Sotong Kepala BatasPeminat mee goreng terutamanya mee goreng mamak di area Kepala Batas Pulau Pinang ni boleh la cari restoran Mee Sotong di pekan lama Kepala Batas Mee di sini memang sempoi habi...
Banjir Semua Pps Di Pulau Pinang Ditutup

Banjir Semua Pps Di Pulau Pinang Ditutup

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 204 hits
BANJIR di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua dua pusat pemindahan sementara di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun nbsp Di Pulau Pinang Pengerusi Jawatankuasa Alam Seki...
Rindu Peminat Di Malaysia Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

Rindu Peminat Di Malaysia Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 197 hits
Mengejutkan ramai peminat di Malaysia penyanyi Henry Lau berkongsi bahawa dia sedang berada di Pulau Pinang kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 7 Februari Henry Lau telah memuat naik beberapa fotonya di laman Instagram dengan kapsyen yang d...
Restoran Merong Lagenda Ikan Bakar Shellout Taman Pauh Jaya Pulau Pinang

Restoran Merong Lagenda Ikan Bakar Shellout Taman Pauh Jaya Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 291 hits
Restoran Merong Lagenda Ikan Bakar ShelloutRestoran Merong Lagenda Ikan Bakar Shellout ni beralamat di No 36 Lorong Pauh Jaya 1 1 Taman Pauh Jaya 13700 Perai Pulau Pinang Menu utama di restoran ni semestinya lah ikan bakar dan shellout Temp...
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Lpnpp Tahun 2023

Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Lpnpp Tahun 2023

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 402 hits
Panduan Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang LPNPP Tahun 2023 Makluman terkini buat warga Pulau Pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri Penduduk dari golongan berkelayakan iaitu isi rumah berpendapatan rendah atau sederhana boleh me...
Sebelum Ke Pulau Pinang Dsai Sempat Menziarahi Sahabatanya Di Kedah

Sebelum Ke Pulau Pinang Dsai Sempat Menziarahi Sahabatanya Di Kedah

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 174 hits
PM menziarah sahabatnya ustaz Yusof Latif di rumahnya di Kampung Banggol Pokok Sena Kepala Batas hari ini Erma Idayu BERNAMA
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life