Kembalinya Taliban Apa Kesannya Di Malaysia


M Fakhrull Halim
Dalam sidang media pertamanya, Taliban berkata ia tidak mahu bermusuh atau berdendam dengan mana-mana pihak; ia mahu membina kerajaan Islam yang kuat dan ‘inklusif’; serta wanita tidak akan didiskriminasi dan akan dibenarkan bekerja dan belajar - selagi tidak keluar daripada kerangka Islam.
Namun, ia berdepan pandangan skeptik daripada pemerhati yang mengimbau dasar keras kumpulan itu, lebih-lebih ke atas golongan wanita ketika pemerintahannya dahulu pada era 90-an.
Bagi profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS) di Riyadh, Mohd Mizan Aslam, memang benar terdapat bibit perubahan pada apa yang digelarnya sebagai “Taliban 2.0” berbanding Taliban era 90-an.
Namun, apakah benar-benar Taliban akan berpegang pada kata-kata yang dijanjikannya atau tidak, hanya dapat dinilai setelah tentera Amerika Syarikat dan Wakil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berundur sepenuhnya daripada tanah Afghanistan.
“Saya sebenarnya ada keraguan, sehingga berakhirnya pengunduran AS dan juga kuasa-kuasa Eropah Nato, sepenuhnya daripada bumi Afghanistan.
“[...] Bagi saya kita kena tunggu sehingga berakhirnya gerakan keluar oleh tentera barat sepenuhnya, kemudian baru kita boleh lihat warna sebenar Taliban 2.0. Kena tunggu dan lihat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin.
Mohd Mizan AslamTarikh akhir untuk tentera dan rakyat AS meninggalkan Afghanistan adalah pada 31 Ogos, namun, Setiausaha Negara AS Antony Blinken dilaporkan berkata Taliban memberikan jaminan gerakan keluar masih boleh dilakukan meskipun selepas tarikh itu.
Ditanya apakah bezanya Taliban 2.0 dan Taliban 1.0, kata Mohd Mizan, perubahan itu dapat dilihat daripada beberapa segi.
Antaranya, katanya, Taliban 1.0 dilatih oleh Agensi Perisikan Pusat AS (CIA), bagi Taliban 2.0, selain CIA, pejuangnya lebih ramai yang dilatih oleh Inter-Service Intelligence (ISI) Pakistan, sebagaimana dilaporkan beberapa sumber luar.
Ahli Taliban 2.0 juga dianggotai lebih banyak ‘orang luar’, terdiri daripada anak-anak warga Afghanistan yang diusir pada zaman Taliban 1.0 dan membesar dalam sistem pendidikan barat, sebelum dipanggil pulang untuk membangunkan semula Afghanistan semasa pengaruh AS antara 2001 hingga 2021.
Mereka ini, kata Mohd Mizan, mempunyai sudut fikiran yang berbeza dan berfikiran lebih terbuka.
Taliban 2.0 juga, katanya dibiayai secara sistematik dan menerima latihan yang lebih terancang berbanding Taliban 1.0 yang tidak berorganisasi dan menerima pembiayaan menerusi kelompok-kelompok kecil yang bertujuan untuk mengalahkan Rusia secara gerila.
Hujah Mohd Mizan, satu lagi hal yang tidak boleh diabaikan ialah, ketua Taliban, Abdul Ghani Baradar pernah ditahan CIA selama lapan tahun (hingga 2018), dan selepas pembebasannya, berjaya menjana kekuatan luar biasa yang tidak mungkin diperoleh melainkan mempunyai sokongan yang besar - termasuk dana.
Abdul Ghani Baradar (kanan) Dakwanya, pola sama - ditahan, dilepaskan, dan menjadi kuat - dapat juga dilihat pada Osama Laden sebelum serangan 11 September, dan juga Abu Bakr al-Baghdadi, ketua kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
AS kena ‘checkmate’
Mohd Mizan berkata, terdapat rundingan yang tidak didedahkan antara CIA dengan Abdul Ghani - yang turut dilaporkan media antarabangsa beberapa hari lalu - antaranya seputar pengambilalihan negara dan senjata api.
Rundingan itu, katanya, susulan AS silap percaturan sehingga menyebabkan Taliban menakluk semula Afghanistan dengan mudah, dan menyebabkan AS terperangkap dalam percaturan sendiri.
Katanya, memang menjadi pola penjajah barat untuk meninggalkan “konflik tidak berkesudahan” di negara jajahan mereka sebelum mereka keluar atau menyerahkan pemerintahan kepada negara asal.
Kerana itulah, kata Mohd Mizan, AS melatih tentera nasional Afghanistan bawah pimpinan Mohammad Ashraf Ghani Ahmadzai, namun dalam masa sama turut membiayai Taliban.
Ashraf Ghani Hujah Mohd Mizan, percaturan itu dibuat agar selepas AS keluar daripada Afghanistan, dua kelompok ini akan terus berperang saudara, meletakkan Afghanistan dalam keadaan konflik berpanjangan, manakala Afghanistan juga akan terus membeli senjata api daripada AS.
Ia juga, katanya, boleh dijadikan alasan sekiranya AS mahu menyerang Afghanistan semula pada masa hadapan.
Namun, agenda itu tergendala apabila Asyraf Ghani melarikan diri, membuka ruang mudah untuk Taliban menakluk Afghanistan.
“Bila presiden lari, tentera kerajaan termasuk panglima-panglima tentera pun lari, askar-askar lain pun lari, menyebabkan Taliban masuk dengan mudah.
“AS macam dah kena checkmate. Dan memang sebab itulah mereka sentiasa mengadakan siri rundingan (sulit). Ini memang jelas dilakukan, walaupun tidak dihebahkan (kandungan rundingan).
“Jadi kita memang takkan nampak taring (Taliban) sebenarnya, sehinggalah pengunduran sepenuhnya (AS dan Nato),” katanya lagi.
Kemenangan Taliban - apa kesannya di Malaysia?
Dari segi sejarah, cerita Mohd Mizan, Taliban terbentuk semasa era perang Afghanistan - Rusia, menerusi kelompok-kelompok kecil pejuang pembebasan Afghanistan antara 1979 hingga 1989.
Pada ketika itu, katanya, memang ada pelajar dari Malaysia dan Indonesia yang dilatih untuk menyertai kumpulan-kumpulan tersebut di Afghanistan, sebelum dihantar pulang selepas kemenangan Taliban.
Kelompok ini mengembangkan ideologi ekstrem dan ganas di rantau nusantara, menunggu ‘medan jihad’ dibuka - iaitu konflik atau pertempuran melibatkan Islam dan golongan yang dianggap kafir - untuk turut menyertainya.
Ini kata Mohd Mizan, dapat dilihat berlaku di selatan Filipina dan Sulawesi, Indonesia.
Meskipun kelompok yang terlibat aktif pada era 1980 hingga 2000-an itu kini mungkin sudah berusia, namun ada kemungkinan mereka merekrut generasi baru untuk memindahkan pengetahuan dan ideologi ekstrim dan terorisme.
“Apa yang merisaukan dalam aktiviti berkaitan terorisme ini ialah ideologi. Ideologi tak pernah tua, walaupun fizikal itu tua,” katanya.
Jadi, Mohd Mizan turut menjangkakan, sekiranya Taliban 2.0 kembali memerintah seperti cara lama - dengan ganas dan keras - ia mungkin mengundang serangan barat pada masa hadapan dalam versi perang yang baru.
Pada ketika itulah, katanya, ‘medan jihad’ akan dibuka, menggerakkan kelompok-kelompok Islamis yang berada di rantau ini - termasuk Malaysia - untuk turut serta sama, sekali gus akan menggerakkan semula aktiviti terorisme.
Buat masa ini, Mohd Mizan menjangkakan beberapa kawasan menjadi lokasi latihan yang subur buat kelompok berkenaan, seperti di Filipina, atau di Indonesia - sekitar Aceh, Sunda, Surabaya dan Banten.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kembalinya-taliban-apa-kesannya-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taliban Tawan 6 Militan Isis 2 Dipercayai Rakyat Malaysia

Taliban Tawan 6 Militan Isis 2 Dipercayai Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 227 hits
Taliban tawan 6 militan Isis 2 dipercayai rakyat Malaysia Militan Taliban di ibu negara Afghanistan Kabul dipercayai menahan enam anggota Isis termasuk dua rakyat Malaysia menurut laporan media Akhbar Britain The Times melaporkan kumpulan t...
Malaysia Hati Hati Isu Kerajaan Taliban

Malaysia Hati Hati Isu Kerajaan Taliban

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 259 hits
Terima laporan daripada pelbagai sektor akan buat keputusan masa terdekat PUTRAJAYA Malaysia mengambil pendekatan berhati hati mengenai pendirian negara ini terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah...
Pdrm Kemuka Permohonan Sahkan Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

Pdrm Kemuka Permohonan Sahkan Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 177 hits
Oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia sudah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan bahawa rakyat Malaysia ditahan pihak ...
Pas Sokong Taliban Isis Malaysia Lawan Taliban Habis Pas Dan Isis Malaysia Macam Mana

Pas Sokong Taliban Isis Malaysia Lawan Taliban Habis Pas Dan Isis Malaysia Macam Mana

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 295 hits
Folks this is another case of I told you so All the violence and psycho behaviour in Pakistan Afghanistan the Middle East will have an impact on the psychos here inside our country The PAS already asked for an official recognition of the Ta...
2 Anggota Is Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

2 Anggota Is Rakyat Malaysia Ditahan Taliban

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 220 hits
KABUL Taliban mengesahkan sedang menyoal siasat dua warga Malaysia yang berjuang bersama IS K sebuah sayap kumpulan pengganas IS atau Daesh di Afghanistan yang menyasarkan Taliban dan pasukan tentera Amerika Syarikat lapor The Times
Us Bakes X Kopi Lain Hati Malaysia Kombinasi Kopi Donut Sandwich Yang Sangat Sedap

Us Bakes X Kopi Lain Hati Malaysia Kombinasi Kopi Donut Sandwich Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 471 hits
US Bakes X Kopi Lain Hati Malaysia Kombinasi Kopi Donut Sandwich Yang Sangat Sedap Assalammualaikum semua Apa khabar Semoga anda di dalam keadaan sihat Stay safe okay Keluar rumah apabila perlu sahaja Disamping patuh SOP hati ini teringin j...
Keluarga Malaysia Erti Mendalam Keluarga Malaysia Usahawira

Keluarga Malaysia Erti Mendalam Keluarga Malaysia Usahawira

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 252 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan awam sulungnya menyeru semua pihak supaya bersepakat menyelamatkan Keluarga Malaysia Beliau menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa itu sifatnya lebih inklusif merent...
Garmin Malaysia Presents The Garmin Run Club 21 Km Training Program

Garmin Malaysia Presents The Garmin Run Club 21 Km Training Program

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 343 hits
Garmin Malaysia today presents the Garmin Run Club 21 KM training program a series of calibrated training activities designed by Garmin Certified Coaches Coach Faiz and Coach Akashah in league with Garmin s accomplished coaching experience ...
5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata selain asnaf pengagih...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat