Kembalikan Keremajaan Kulit Wajah Dengan Rangkaian Produk Dari Farhat Laboratoires






KUALA LUMPUR, Julai 2019, Produk kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit sering menjadi tumpuan individu yang inginkan wajah yang lebih sempurna, berseri, cerah dan bebas daripada jeragat, kesan jerawat ataupun berminyak. Ia bukan sahaja penting dalam menyerlahkan penampilan individu tetapi juga mampu membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. 

produk lengkah yang menjanjikan kulit kembali pulih dan sekata


Setiap hari kita 'dihidangkan' dengan pelbagai pilihan produk dari dalam mahupun luar negara, malah syarikat-syarikat yang dikenali ramai juga sering menawarkan varian baharu yang didakwa lebih baik daripada keluaran sebelum dengan formulasi mahupun ciri-ciri yang lebih baik. Selain pempakejan yang menarik, testimoni-testimoni pengguna dan hasil kajian yang tertera pada pek dan iklan produk menjadi sandaran dalam menambat hati orang ramai untuk membelinya. 
Namun demikian, masih ramai yang tidak peka dan ingin mengetahui sama ada produk terlibat mengandungi ramuan terlarang atau yang mampu memberi kesan mudarat kepada kulit sama ada pada jangka pendek mahupun panjang. Bagi kebanyakan pengguna, mereka sentiasa teruja apabila melihat keberkesanan suatu produk terutamanya jika ia memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Ini seterusnya akan mendorong mereka untuk terus setia dengan jenama berkenaan. Tanpa diketahui ramai, kandungan logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan kortikosteroid sering kali menjadi pilihan pengeluar yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan. 



Merkuri boleh memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Logam berat ini boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak apabila diserap di dalam kulit, malah penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada tona kulit. 

Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit. Sungguhpun demikian, ia menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif, selain mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit. Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari. 

Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap. Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif. Menyedari kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratoires memperkenalkan Soothing Mist iaitu semburan bagi membantu menangani masalah penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah


Menurut Pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian terbaharu itu mampu membantu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah. “Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah. “Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi,” katanya sempena pelancaran Farhat Soothing Mist di pasaran. Farhat Soothing Mist mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis virginia atau lebih dikenali sebagai daun witch hazel yang membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit. 

Bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) sebagai ajen antibakteria merawat kulit dalam masa yang sama menghasilkan bauaan segar





Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit. Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut. 


Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit. 
Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit. Ramuan itu turut membantu menggantikan kehilangan asid hialuronik serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau Vitamin E merupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia juga bersifat antioksida dan berkesan membantu menangani kesan radikal bebas di persekitaran. Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit, mempertingkatkan fungsi rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit. 

“Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, saya ketahui pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. 

“Namun, solusi pada masalah yang dialami juga penting dan Farhat Soothing Mist membantu mengatasi keadaan kulit yang terkesan daripada penggunaan kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan keadaan kulit pengguna,” tambah Dr. Farhat Ayaz. Ujarnya, Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit. 


“Rangkaian produk Farhat Laboratoires juga memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia,” maklum beliau. Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml dan boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness. 




Maklumat lanjut 
Email: [email protected] 
Facebook : Farhat laboratories & Farhat Wellness 
Instagram : Farhat Wellness & Farhat_laboratoires 
Talian Untuk dihubungi : +6019 616 7505 
Ok panjangkan penerangan tentang Product dan services dari Farhat Laboratories ni kan?. Bertapa pentingnya nak jadi caantik dan kenapa perlu cantik. Selama ni I hanya tahu nak cantik , kena spend, nak cantik kena pakai product mahal. Tapi selepas sesi beramah mesra dengan Dr Farhat sendiri. Beliau banyak mengajar dan membetulkan teknik dalam penjagaan rutin wajah seharian. Dari segi cara permakanan apa yang perlu di elak dan dikurangkan. Dan beliau amat menitik beratkan pengambilan air putih yang secukupnya sejajar dengan berat BMI body kita. 

posing depan Klinik sebelum pulang 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://comot-pink.blogspot.com/2019/07/kembalikan-keremajaan-kulit-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 410 hits
Memiliki kulit wajah yang sempurna berseri cerah dan bebas dari jeragat jerawat ataupun berminyak adalah idaman setiap individu tak kira perempuan ataupun lelaki Wajah tanpa sebarang masalah mampu memberikan keyakinan tinggi pada diri seseo...
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 628 hits
Kecantikan sememangnya menjadi topik utama bagi setiap wanita bohonglah kalau setiap wanita itu tak nak cantik kan Termasuklah Seri Wangi walaupun semakin berusia tetap nak nampak cantik Cantik yang dimaksudkan bukanlah saja pada bertataria...
Rangkaian Produk Baby Ku Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh

Rangkaian Produk Baby Ku Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 567 hits
hai assalammualaikumRangkaian Produk Baby Ku Ku Duckbill Ada Di Butik Tateh Kalau bab barangan anak ni mommy memang suka ye Yela barang untuk anak ni sekarang semua comel comel belaka Bukan setakat comel malah pembuatannya lebih kepada kese...
Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah

Cara Mengatasi Kulit Kering Pada Wajah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 424 hits
Kulit kering adalah tanda tubuh mengalami kekurangan air Wajah selalunya tempat yang paling banyak mengalami masalah kulit kering Ia membuatkan kita rasa tak selesa Kulit jadi gatal bersisik dan cekang Keyakinan diri juga akan semakin menur...
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 386 hits
7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid Peel Untuk Kulit Wajah Sihat dan Cantik Assalamualaikum selamat sejahtera semua Hari ni mummy nak review tentang rangkaian Murad yang terbaru 7 Hari Dengan Murad Resurgence Replenishing Asid ...
Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit

Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 336 hits
Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit Memiliki kulit yang cantik dan bebas masalah kulit merupakan idaman setiap orang dan ada segelintirnya sanggup mengambil risiko tanpa mempedulikan kesan jangka panjang pada kesihatan Ikut penga...
Sinarmas Msig Gandeng Bank Syariah Bukopin Luncurkan Produk Bancassurance

Sinarmas Msig Gandeng Bank Syariah Bukopin Luncurkan Produk Bancassurance

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 157 hits
PT Asuransi Jiwa Sinarmas MSIG Tbk menggandeng PT Bank Syariah Bukopin meluncurkan produk bancassurance syariah Produk tersebut tak hanya mencakup pertanggungan jiwa namun juga investasi berbasis syariah
Bagaimana Cara Ingin Memilih Produk Affiliate Yang Terbaik Untuk Menjana Pendapatan

Bagaimana Cara Ingin Memilih Produk Affiliate Yang Terbaik Untuk Menjana Pendapatan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 316 hits
Yang ini selalu menjadi masalah kepada seorang affiliate Ia berbeza menjadi agen kepada perniagaan online kerana anda selalunya kena ikut tuan milik perniagaan agen di internet adalah bos kepada pemilik perniagaan Jika anda mendapati laman ...
Jual Produk Telekomunikasi Di Indonesia Zain Wajib Kantongi Izin Dari Regulator

Jual Produk Telekomunikasi Di Indonesia Zain Wajib Kantongi Izin Dari Regulator

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 159 hits
Operator Zain menjual layanan telekomunikasinya di Indonesia secara langsung Caranya dengan menjual
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025