Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit



Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit | Memiliki kulit yang cantik dan bebas masalah kulit merupakan idaman setiap orang dan ada segelintirnya sanggup mengambil risiko tanpa mempedulikan kesan jangka panjang pada kesihatan


Ikut pengalaman aku sendiri, memang ada kenalan aku yang berperangai ‘asal boleh’ bila mencuba produk kecantikan. Seakan terdesak, mereka percaya bulat-bulat bila penjual menerangkan betapa bagusnya produk yang mereka jual. Memang ngeri.


Ciri-ciri Produk Terlarang

Pernah tak semak isi kandungan produk kecantikan sebelum membeli? Kalau ada, baguslah. Antara ramuan terlarang popular yang sering digunakan oleh pengeluar produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak bertangunggjawab adalah seperti merkuri, plumbum dan juga bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotic, dan juga kortikosteroid.

Ramuan tersebut mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang seperti:

Kesan Merkuri Pada Kulit Dan Kesihatan

Menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.Berpotensi mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan.Risiko kepada kanak-kanak yang boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan, dan perubahan tona kulit.




Kesan Hidrokuinon Pada Kulit Dan Kesihatan

Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit. Menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif. Mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.




Kesan Tretinoin Dan Antibiotik Pada Kulit Dan Kesihatan

Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.

Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap.

Bila kurangnya pengetahuan dan kesedaran memilih produk kosmetik yang selamat, kecenderungan untuk guna produk kosmetik yang salah dan tak sesuai itu lah yang sebabkan kulit terima padahnya.

Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.



Farhat Laboratoires Perkenalkan Farhat Soothing Mist Bantu Tangani Masalah Kulit

Aku berpeluang mengenali Dr Farhat Ayaz Pengasas Farhat Laboratoires, semasa pelancaran Farhat Soothing Mist di Kliniknya Sabtu lepas di Kota Damansara.



Berdasarkan pengalaman Dr Farhat selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, Dr menekankan pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. Seperti kata pepatah “Cegah sebelum parah”.



Farhat Soothing Mist merupakan semburan bagi membantu mereka yang ada masalah kulit akibat penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Farhat Soothing Mist tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi.




Fungsi utama Farhat Soothing Mist menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.

Formulasi istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.

Harga: RM150.00 sebotol | 100ml

Ramuan Istimewa Farhat Soothing Mist

Mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia (daun witch hazel)membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit.

Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.

Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit.

Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfatyang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat.  Manakala sodium hyaluronatemampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.


Selain Farhat Soothing Mist, antara produk lain yang boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness adalah:


Blossom beauty soap (RM50)My secret weapon (RM120)Sleeping mask (RM150)Recovery serum (RM120)





Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.





Paling utama: rangkaian produk Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh hubungi no dibawah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:

Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A

The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Email : [email protected]
Facebook : Farhat laboratoires & Farhat Wellness
Instagram :  Farhat Wellness & Farhat_laboratoires
Talian untuk dihubungi  : +6019 616 7505




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/07/farhat-soothing-mist-bantu-atasi-masalah-kulit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Atasi Masalah Kulit Jerawat Dengan Cara Yang Selamat Dan Bebas Kesan Sampingan

Cara Atasi Masalah Kulit Jerawat Dengan Cara Yang Selamat Dan Bebas Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 588 hits
Cara Atasi Masalah Kulit Berjerawat Secara Semulajadi Dan SelamatBagi anda yang mempunyai muka berjerawat tentunya akan mencari pelbagai cara atau petua untuk menghilangkan jerawat Cara merawat muka berjerawat perlu dilakukan dengan betul a...
Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

Farhat Laboratoires Perkenalkan Rangkaian Produk Bagi Membantu Menangani Masalah Kulit Wajah

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 410 hits
Memiliki kulit wajah yang sempurna berseri cerah dan bebas dari jeragat jerawat ataupun berminyak adalah idaman setiap individu tak kira perempuan ataupun lelaki Wajah tanpa sebarang masalah mampu memberikan keyakinan tinggi pada diri seseo...
Kulit Kekal Lembap Dengan Aloe Vera Soothing Gel Mist

Kulit Kekal Lembap Dengan Aloe Vera Soothing Gel Mist

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 325 hits
Baca kat sini Entry ni k fiezz nak kongsi dengan korang satu lagi produk kecantikan dari Korea yang k fiezz beli kat Ada dua item kat dalam gambar yang mana satukah k fiezz yang dalam botol tu Nature Republic Aloe Vera 92 Soothing Gel Mist ...
10 Bahan Sederhana Untuk Atasi Kulit Gosong Usai Terbakar Matahari

10 Bahan Sederhana Untuk Atasi Kulit Gosong Usai Terbakar Matahari

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 190 hits
Pada dasarnya kulit terbakar matahari pada dasarnya merupakan radang kulit yang disebabkan karena eksposur berlebih dari radiasi ultraviolet Ketika tubuh terpapar matahari lebih dari seharusnya maka kulitmu akan terbakar matahari
Kementerian Minta Johor Tubuh Jawatan Kuasa Khas Atasi Masalah Udara

Kementerian Minta Johor Tubuh Jawatan Kuasa Khas Atasi Masalah Udara

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 279 hits
Kerajaan akan tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani masalah pencemaran udara yang masih terus berlaku di Pasir Gudang Johor JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ...
Kulit Tiada Masalah Dengan Safi Balqis Oxywhite

Kulit Tiada Masalah Dengan Safi Balqis Oxywhite

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 575 hits
Hey Girls apa brand Fav korang since sekolah rendah Me Ofcouse this one YUP sekarang pun Mar selalu amalkan SAFI Tak tahu la kenapa suka sangat HEHE Dan sekarang Mar cuba pula SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION ni Fungsi 2 dalam 1 iaitu ...
Tajria Tips Air Rebusan Ini Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Dan Perut Kembung Cubalah

Tajria Tips Air Rebusan Ini Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Dan Perut Kembung Cubalah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 329 hits
Memang seronok rasa apabila anda sendiri jenis seorang yang makan banyak mana sekalipun perut tetap kekal kempis Memang diakui amat susah untuk mengekalkan berat badan terutamanya apabila sudah berkahwin dan meningkat usia Lagi lagi jika an...
Cara Atasi Kulit Kusam Dari Dalam

Cara Atasi Kulit Kusam Dari Dalam

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 530 hits
Kulit kusam bukan sahaja menyebabkan penampilan kita nampak kurang menarik Tapi ia juga menyebabkan kira rasa kurang yakin dengan diri sendiri Ketahui cara atasi kulit kusam Jika boleh dapatkan kulit yang cantik berseri bebas cela mengapa m...
Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 628 hits
Kecantikan sememangnya menjadi topik utama bagi setiap wanita bohonglah kalau setiap wanita itu tak nak cantik kan Termasuklah Seri Wangi walaupun semakin berusia tetap nak nampak cantik Cantik yang dimaksudkan bukanlah saja pada bertataria...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025