Kembalikan Jasa Tebus Dosa Kerajaan Ph Kata Umno

Cadangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk  mewujudkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) adalah satu keputusan  yang tepat, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.
Menurutnya, ia bagi ‘menebus dosa’ kerajaan terdahulu yang bertindak zalim dengan justifikasi yang sangat lemah. 
"Secara  peribadi saya ingin mengucapkan ucapan setinggi terima kasih dan  bersyukur apabila timbalan menteri komunikasi dan multimedia,   mengumumkan cadangan untuk menghidupkan semula Jasa yang terbukti banyak  jasanya kepada negara.
"Rasanya  sebahagian besar rakyat Malaysia masih ingat episod hitam pembubaran  Jasa, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pusat Latihan Khidmat  Negara (PLKN), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Jabatan Perdana  Menteri (Pemandu) dan beberapa agensi atau sektor lain sepanjang 22  bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah. 
"Kesannya, ribuan pekerja  dalam sektor-sektor itu terutama kakitangan kontrak diberhentikan. Ini  membuatkan pintu rezeki utama mereka tertutup seterusnya terkapai-kapai  ditinggalkan mencari jalan kelangsungan hidup bersama keluarga," katanya  dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu Timbalan Menteri KKMM,  Zahidi Zainul Abidin dilaporkan berkata kerajaan merancang untuk  mengaktifkan kembali agensi itu sebagai  keutamaan pengambilan petugas  adalah mereka yang pernah berkhidmat dengan Jasa sebelum ini.
‘Kezaliman’ PH jelas
Sementara  itu Shahril menegaskan “kezaliman” kerajaan terdahulu cukup jelas  apabila meletakkan beban hutang negara yang kononnya mencecah nilai  triliun ringgit sebagai justifikasi penamatan kerja seperti dinyatakan  awalnya.
"Akhirnya penggunaan alasan 'hutang menggunung negara'  terbongkar apabila 'perdana menteri Interim' (Dr Mahathir Mohamad)  sendiri telah meluluskan bajet khas sebanyak RM20 bilion sewaktu negara  menghadapi krisis pandemik Covid-19. 
"Bukan itu sahaja, pengakuan  beliau bahawa negara punyai wang lebih RM2 triliun untuk dibelanjakan  dalam situasi kritikal sangat-sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia  yang sebelum ini dimomok-momokkan dengan hutang yang tak kunjung  surut," jelasnya.
Beliau turut mendakwa keputusan kerajaan  menamatkan kontrak pekerjaan bukanlah kerana faktor hutang negara  sebaliknya memenuhi tuntutan ahli politik DAP terutama bekas menteri  kewangan Lim Guan Eng. 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/kembalikan-jasa-tebus-dosa-kerajaan-ph.html