Kembalikan Gst Pada 2024 Kata Fmm


 
Cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6% kali pertama diperkenalkan kerajaan BN pada 1 April 2015 sebelum dimansuhkan kerajaan PH pada 2018. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan memperkenalkan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) menjelang 2024, bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ketika ini.
Presiden FMM, Soh Thian Lai, menggesa kerajaan memasukkan GST dalam bajet 2023 yang akan disemak untuk dilaksanakan tahun depan.
Soh dalam kenyataan berkata, GST akan membantu negara meningkatkan ruang fiskal bagi berdepan cabaran suasana ekonomi yang mencabar sementara membantu menguruskan hutang yang tinggi.
Katanya, cukai itu perlu dilaksanakan dengan kadar yang tidak membebankan rakyat dan pada masa sama membantu Putrajaya meluaskan sumber pendapatan.

Tambahnya, ini akan mempercepatkan pengurangan defisit fiskal dan secara keseluruhan merendahkan nisbah hutang kerajaan.
“Sistem cukai yang lebih meluas ini akan meningkatkan cukai secara tidak langsung, ia akan memberi lebih keanjalan kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai secara langsung (cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat) untuk menjadikan Malaysia destinasi perniagaan yang lebih menarik,” katanya.
Soh berkata, GST adalah struktur cukai lebih adil yang menghapuskan cukai bertindih dan tambahan biasanya ada dalam SST.
Katanya, kajian bersama dengan Institut Kajian Ekonomi malaysia (MIER) pada Ogos lalu mendapati 74% responden menyokong GST berbanding SST.
Beliau mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar 4%, mengurangkan cukai korporat secara keseluruhan kepada 20%, dan memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikecualikan cukai.
Bulan lalu, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata, kerajaan mengkaji cara terbaik untuk mengurangkan bajet defisit yang dianggarkan pada 5.8% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk 2022.
Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak akan mengenakan cukai baharu atau Putrajaya juga tidak berbincang untuk memperkenalkan semula GST.
GST pada kadar 6% kali pertama diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.
Ia ditangguhkan pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan dan diganti semula oleh SST pada 1 Sept 2018, oleh kerajaan yang ketika itu diketuai Pakatan Harapan.
Kadar semasa cukai jualan adalah 5% hingga 10% manakala cukai perkhidmatan adalah 6%. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/kembalikan-gst-pada-2024-kata-fmm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembalikan Semula Upsr Pt3 Bergantung Laporan Pppm 2025 Kata Menteri

Kembalikan Semula Upsr Pt3 Bergantung Laporan Pppm 2025 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 24/12/2022 - jumlah : 164 hits
KEMENTERIAN Pendidikan memaklumkan keputusan sama ada mengembalikan semula nbsp Ujian Pencapaian Sekolah Rendah nbsp dan Pentaksiran Tingkatan Tiga bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025
Beri Ruang Pelaksanaan Pbs Sebelum Teliti Kembalikan Upsr Pt3 Kata Menteri

Beri Ruang Pelaksanaan Pbs Sebelum Teliti Kembalikan Upsr Pt3 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 248 hits
IBU bapa diminta memberi ruang dan kepercayaan kepada pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu penilaian bersifat holistik untuk mengetengahkan potensi diri murid yang tidak hanya berpandukan pencapaian peperiksaan akademik s...
Wanita Terkejut Video Dapat Perhatian Di Tiktok Wajah Suami Disamakan Dengan Saif Ali Khan Ramai Komen Kata Sama

Wanita Terkejut Video Dapat Perhatian Di Tiktok Wajah Suami Disamakan Dengan Saif Ali Khan Ramai Komen Kata Sama

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 191 hits
Siapa sangka video dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok menjadi tular dan meraih perhatian ramai gara gara wajah suaminya yang disamakan dengan pelakon terkenal Bollywood Kata Nabila Nasarudin dia tidak sangka suaminya Shah Faizal Suhel m...
3 Dipanggil Kes Pemindahan Hak Milik Menara Kl Kata Sprm

3 Dipanggil Kes Pemindahan Hak Milik Menara Kl Kata Sprm

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 185 hits
3 dipanggil kes pemindahan hak milik Menara KL kata SPRM Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7 11PM
Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

Baru Dia Tahu Sekarang Kata Hasan Malek Kepada Rafizi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 324 hits
Hampir sedekad lalu seorang menteri pernah dikecam kerana nasihatnya yang meminta rakyat tidak memakan ayam sekiranya harga komoditi itu menjadi terlalu mahal Kini Hasan Malek mempunyai kata nasihat buat Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selepas...
Pkr Terima Dana Dari Jutawan John Soh Kata Chegubard

Pkr Terima Dana Dari Jutawan John Soh Kata Chegubard

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 407 hits
Bekas ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pemb...
Hiburan Lain Circle Dia Sekarang Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq Netizen Kata Dah Macam Member

Hiburan Lain Circle Dia Sekarang Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq Netizen Kata Dah Macam Member

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 239 hits
Pempengaruh media sosial baru baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan ahli politik terkenal YB Syed Saddiq Menerusi video tersebut Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam meluahkan rasa gementa...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20