Kembali Jadi Pm Kita Tunggu Kata Muhyiddin


MALAYSIA NOW

Muhyiddin peringatkan ketidakstabilan politik mungkin berterusan jika angka sokongan kepada calon perdana menteri tidak berubah.

Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada petugas media ketika beliau tiba di pintu masuk Istana Negara. Perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin dilihat tidak menolak kemungkinan kembali memegang jawatan tertinggi dalam negara itu ketika Yang di-Pertuan Agong hari ini akan memulakan langkah mengenal pasti sokongan terhadap beberapa calon untuk mengisi kekosongan jawatan perdana menteri.
“Kita tunggu,” katanya ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan beliau kembali memegang jawatan perdana menteri pada sesi soal jawab selepas perutusan peletakan jawatan beliau semalam.
“Sepatutnya tidak berlaku macam ni kan. Saya percaya, sebelum saya berhenti, sayalah perdana menteri waktu itu yang mempunyai majoriti terbesar. I think you can confirm on that issue,” katanya pada satu sidang media bersama beberapa pengarang media arus perdana di Putrajaya semalam sebaik sahaja meletakkan jawatan dan dilantik sebagai perdana menteri sementara.
Jika Muhyiddin kembali memegang jawatan tertinggi dalam negara, ia akan menjadi detik bersejarah kerana bakal mencatat kali ketiga Muhyiddin kembali memegang jawatan tertinggi negara selepas jatuh akibat kemelut kuasa.
Pada 2015, beliau dipecat daripada Kabinet oleh perdana menteri Najib Razak kerana mempersoalkan penglibatan ahli Parlimen Pekan itu dalam skandal 1MDB.
Selepas keluar dari Umno, beliau menubuhkan Bersatu dan berjuang bersama parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2018 dan kembali menjadi menteri kanan dalam Kabinet diketuai Dr Mahathir Mohamad.
Selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.
Semalam, beliau mengumumkan peletakan jawatan, mengatakan pentadbiran kerajaannya yang menumpukan usaha melawan pandemik diganggu kumpulan kleptokrat yang merujuk kepada Najib dan ahli-ahli Parlimen yang bersekutu dengannya.
Muhyiddin juga berkata jelas tiada individu lain yang memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.
“Pernah juga satu ketika ada seorang ahli Parlimen, katanya dia ada convincing and formidable, tapi tak dengar pun, not even convincing, not even formidable.
“Kerana saya tahu, kita orang politik, kita ada maklumat yang tidak ada satu pihak pun yang mempunyai jumlah majoriti lebih besar dari saya,” katanya.
Muhyiddin berkata kini terserah kepada Agong untuk memutuskan siapakah calon yang pada hematnya memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen selari dengan peruntukan Perlembagaan.
“Dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mencari seorang perdana menteri yang baru mengikut cara yang difikirkan sesuai. Macam yang lepas, saya terpilih menerusi SD, dipanggil dua kali, dan apakah Agung akan buat begitu? Itu luar batas kuasa saya,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah antara pemimpin parti yang dipanggil mengadap di Istana Negara hari ini bagi menyerahkan nama calon daripada setiap parti.
“Apakah saya akan menawarkan diri saya sebagai calon? Itu saya tak tau lagilah.”
Bagaimanapun beliau memberikan peringatan ketidakstabilan akan terus berlaku jika angka sokongan masih tidak berubah.
“Malahan kalau ada pilihan lain pun, mungkin dia ada dua atau tiga majoriti saja.”
Seseorang perdana menteri yang dilantik Agong adalah tertakluk kepada usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, termasuk Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tahun ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kembali-jadi-pm-kita-tunggu-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Kembali Tmii Pengelola Tunggu Keputusan Soal Syarat Wajib Vaksin Wisatawan

Buka Kembali Tmii Pengelola Tunggu Keputusan Soal Syarat Wajib Vaksin Wisatawan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 252 hits
Manajemen Taman Mini Indonesia Indah menunggu keputusan dari Satuan Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 terkait wacana wajib menunjukkan bukti vaksinasi bagi wisatawan yang berkunjung
Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

Panas Netizen Kata Muhyiddin Lebih Teruk Dari Kleptokrat

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 387 hits
August 14 2021 1 Antara alasan Maahiddin mengajak Pembangkang bersama Adalah mahu menolak Kleptokrat Masa dia dilantik PM boleh pulak Deal dengan Kleptokrat Bagi aku Mahiaddin hari ini jauh lebih teruk dari Kleptokrat yang telah membuat ker...
Tawaran Kerjasama Muhyiddin Kepada Pembangkang Hipokrit Tak Ikhlas Kata Aktivis Dan Warganet

Tawaran Kerjasama Muhyiddin Kepada Pembangkang Hipokrit Tak Ikhlas Kata Aktivis Dan Warganet

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 304 hits
Warganet mahu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan segera kerana mengakui sudah hilang majoriti PETALING JAYA Kalangan aktivis dan warganet membidas tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pelbagai insentif kepada pembangkang ba...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 217 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
Muhyiddin Letak Jawatan Ya Dalam Tempoh Terdekat Kata Sumber

Muhyiddin Letak Jawatan Ya Dalam Tempoh Terdekat Kata Sumber

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 200 hits
Minderjeet Kaur dan Robin AugustinPETALING JAYA Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau kata beberapa sumber...
Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

Tawaran Politik Muhyiddin Bukan Rasuah Kata Nazri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 315 hits
Sokongan DAP seperti mana berlaku di Perak dengan DAP diberi peruntukan sama diterima ADUN kerajaan kata Ahli Parlimen Padang Rengas PETALING JAYA Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam bukannya rasuah sebaliknya tawar menawar po...
Saya Rasa Lega Kata Muhyiddin Mengenang Kehidupan Tuhan Dan Jawatan Keduniaan

Saya Rasa Lega Kata Muhyiddin Mengenang Kehidupan Tuhan Dan Jawatan Keduniaan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 182 hits
MALAYSIA NOW Perdana menteri itu berkata beliau mengjangkakan sejarawan hanya akan menulis tentang penggal pentadbirannya dalam nota kaki kecil Muhyiddin Yassin berucap di hadapan pembantunya di Pejabat Perdana Menteri pada 16 Ogos sebelum ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord