Kematian Warga Emas Belum Terima Vaksin Dos Penggalak Paling Tinggi


 
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata, kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas meningkat daripada satu kes bagi setiap 100,000 populasi, kepada sembilan kes dari ME 3/2022 hingga ME 10/2022. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan warga emas, terutamanya yang belum menerima vaksinasi lengkap dan dos penggalak, adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan data bagi Minggu Epidemiologi (ME) 1/2022 hingga ME 10/2022, kadar kematian bagi warga emas berusia 80 tahun ke atas adalah lebih tinggi, iaitu 2,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding warga emas berusia 60 hingga 79 tahun, iaitu 300 hingga 600 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
“Ini disebabkan daya tahan tubuh yang rendah, menghidapi pelbagai penyakit kronik, dan faktor ‘frailty’ menyebabkan proses penyembuhan dan pemulihan dari jangkitan Covid-19, juga lebih perlahan dan rumit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, warga emas yang tidak menerima vaksin paling berisiko mendapat jangkitan teruk, seterusnya mengakibatkan kematian, sebaliknya yang telah menerima vaksinasi lengkap dan dos penggalak adalah paling terlindung, di mana kes jangkitan Kategori Satu dan Dua melebihi kes Kategori Tiga hingga Lima.
Beliau berkata, sebanyak 86,804 kes Covid-19 melibatkan warga emas dilaporkan dari ME 1/2022 hingga ME 10/2022 dengan 83,709 kes atau 96.44% Kategori Satu dan Dua, manakala 3,095 kes atau 3.56% melibatkan Kategori Tiga hingga Lima.
“Ternyata peratus liputan vaksinasi yang agak tinggi dalam kalangan warga emas, membantu mengurangkan kes Covid-19 yang serius bagi kumpulan ini, namun liputan dos penggalak perlu dan boleh dipertingkatkan lagi daripada 74.2%, agar golongan ini lebih terlindung daripada bahaya komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya.
Beliau berkata, kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas meningkat daripada satu kes bagi setiap 100,000 populasi, kepada sembilan kes dari ME 3/2022 hingga ME 10/2022.
Kemasukan bagi kes Kategori Tiga hingga Lima adalah paling tinggi dalam kalangan warga emas, tambahnya.
Sehingga 16 Mac, sebanyak 3,356,253 atau 92% warga emas telah menerima dos primer vaksin Covid-19 yang lengkap, manakala 2,489,718 atau 74.2% daripada kumpulan itu telah mengambil dos penggalak.
Dr Noor Hisham menyeru warga emas yang belum menerima vaksin, termasuk dos penggalak, untuk segera mendapatkannya di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara jumpa terus, terutamanya sebagai persediaan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bulan depan.
Anak-anak dan ahli keluarga, katanya, memainkan peranan penting untuk memastikan warga emas dalam keluarga mereka dapat menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan mulai 1 April dengan selamat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/kematian-warga-emas-belum-terima-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Suami Kau Mereput Dalam Tanah Padah Mulut Laser Jiran Bina Tembok Tinggi Tutup Laluan Rumah Warga Emas

Semoga Suami Kau Mereput Dalam Tanah Padah Mulut Laser Jiran Bina Tembok Tinggi Tutup Laluan Rumah Warga Emas

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 478 hits
Sutikah 55 wanita warga emas di Desa Mejobo Jawa Tengah Indonesia hanya mampu pasrah setelah rumahnya dihadang dengan tembok yang dibina oleh jirannya sendiri Sunarsih 63 Tembok sepanjang 10 meter dengan ketinggian 2 3 meter itu sengaja dib...
Terpengaruh Dakyah Punca Kelantan Paling Rendah Ambil Dos Penggalak

Terpengaruh Dakyah Punca Kelantan Paling Rendah Ambil Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 257 hits
KOTA BHARU 16 Syaaban 1443H Sabtu Mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah pihak tidak bertanggungjawab dikenal pasti antara punca ramai rakyat Kelantan takut mengambil dos penggalak COVID 19 menyebabkan rakyat negeri itu antara yang paling...
Warga Emas Mengaku Salah Tumbuk Polis

Warga Emas Mengaku Salah Tumbuk Polis

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 344 hits
Mahkamah membenarkan lelaki berusia 65 tahun itu diikat jamin RM2 000 dengan seorang penjamin PETALING JAYA Seorang lelaki hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut Jertih Terengganu kerana menumbuk seorang anggota polis ketika ...
Pemandu Vellfire Tular Langgar Warga Emas Ditahan Polis

Pemandu Vellfire Tular Langgar Warga Emas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 171 hits
Pemandu ditahan bersama Vellfire yang terlibat dalam kemalangan tular dengan seorang penunggang motosikal warga emas di Pandamaran Jaya Klang KLANG Pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang tular disyaki terlibat dalam kema...
Ajal Ziarah Pusara Isteri Warga Emas Maut Terhantuk Pada Batu Nisan

Ajal Ziarah Pusara Isteri Warga Emas Maut Terhantuk Pada Batu Nisan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 263 hits
Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia di atas kubur isterinya selepas terjatuh dan terhantuk pada batu nisan ketika melawat kubur sang isteri lapor Detik News
Hujan Intensitas Tinggi Picu Banjir Di Jember 3 101 Warga Terdampak

Hujan Intensitas Tinggi Picu Banjir Di Jember 3 101 Warga Terdampak

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 137 hits
Plt Kepala Pusat Data Informasi dan Komunikasi Kebencanaan BNPB Abdul Muhari melaporkan banjir di Jember berdampak pada 953 rumah warga Sementara itu satu rumah mengalami kerusakan
Warga Emas Maut Dihempap Pokok Tumbang Ketika Sedang Memancing

Warga Emas Maut Dihempap Pokok Tumbang Ketika Sedang Memancing

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 179 hits
HULU LANGAT Seorang warga emas maut gara gara dihempap pokok tumbang ketika sedang memancing dalam kejadian yang berlaku di Loji Air Sungai Langat petang ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pih...
Kereta Terjunam Dari Jambatan Warga Emas Maut

Kereta Terjunam Dari Jambatan Warga Emas Maut

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 178 hits
Kereta Terjunam Dari Jambatan Warga Emas Maut Melaka Lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terjunam kira kira 15 meter dari jambatan dalam kejadian di Jalan Syed Abdul Aziz di sini pagi tadi Dalam kejadian jam 9 20 pagi itu mangs...
Kenapa Penting Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April Ini Saranan Pakar Kesihatan

Kenapa Penting Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 April Ini Saranan Pakar Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 188 hits
Kenapa penting ambil dos penggalak sebelum 1 April Ini saranan pakar kesihatan Dr Shamsul tidak menolak kemungkinan kadar peratusan rendah dalam pemberian dos penggalak berlaku berikutan kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat dan mereka...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki