Kematian Ganapathy Perlu Disiasat Secara Teliti Amk



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A. Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal nasir, Naib Ketua AMK Malaysia Thiban Subramaniam dan Exco Biro Guaman dan Undang-Undang AMK Adrian Kumar Vendargon, kematian mendiang Ganapathy seharusnya disiasat oleh Jabatan Peguam Negara serapi mungkin untuk menentukan punca sebenar kematian beliau.
“AMK Malaysia menyokong sepenuhnya seruan NGO Eliminating Deaths in Custody Together (EDICT) yang mahu Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan terhadap kematian Ganapathy, selaras dengan kuasa-kuasa Peguam Negara di bawah Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah.
“Ini akan membantu menentukan punca utama kematian mendiang serta mengenalpasti pemangsa yang terlibat dalam jenayah dahsyat itu dan mengheret mereka ke muka pengadilan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Menurut mereka lagi, AMK Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kezaliman tidak berperikemanusiaan tersebut yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa secara tragis.
Biarpun tidak menyangkut isu perkauman, namun kata mereka, kematian dalam tahanan polis di Malaysia seolah-olah menggambarkan diskriminasi terhadap golongan lelaki berbangsa India semakin serius.
“Satu kajian Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menganggarkan hampir 55% mangsa kematian dalam tahanan polis di Malaysia adalah warganegara berbangsa India. Ini suatu statistik yang mengejutkan, memandangkan etnik India cuma merangkumi sekitar 7% dari jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.
“Statistik rasmi Kementerian Dalam Negeri pula mendapati bahawa sekitar 23.4% kes sebegini melibatkan mangsa berbangsa India.
“Malangnya, kematian Ganapathy ini hanyalah insiden terkini, memandangkan terdapat banyak kes kematian dalam tahanan polis sebelum ini, termasuk antara lain kes A Kugan (2009) dan N Dharmendran (2013) dan sebagainya,” kata mereka lagi.
Bagi mereka, Ganapathy yang di bawah jagaan polis dan dalam keadaan sihat ketika dibawa untuk soal siasat seharusnya berada dalam keadaan sihat selepas dibebaskan.
“Mendiang ditahan polis dari 24 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, di bawah suatu perintah reman 13 hari oleh mahkamah bagi membantu siasatan berkenaan jenayah yang kononnya dilakukan oleh abang beliau. Namun pada 7 Mac 2021, Ganapathy didapati tidak terlibat dalam sebarang salah laku.
“Pada 8 Mac 2021, mendiang yang sememangnya menghidapi penyakit kencing manis dan penyakit jantung telah dikejarkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Selayang dalam keadaan kritikal, dengan kaki beliau lebam dan berdarah.
“Bagaimanapun, ibu Ganapathy, S. Thanaletchumy, menyatakan dalam wawancara baru-baru ini mendakwa mendiang anaknya telah dipukul dengan hos getah dan diheret di atas jalan berturap semasa berkaki ayam,” kata mereka.
Sehubungan itu, AMK Malaysia mengulangi seruan supaya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan Parlimen bersidang semula agar Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang digubal oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dapat dibentangkan semula, dibahaskan dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen merentasi lantai Dewan Rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32067

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Mahu Peguam Negara Siasat Kematian Dalam Tahanan Polis A Ganapathy

Amk Mahu Peguam Negara Siasat Kematian Dalam Tahanan Polis A Ganapathy

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 209 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia tidak boleh menerima begitu sahaja berita kematian A Ganapathy yang ditahan reman tanpa pihak polis memberi penjelasan yang munasabah Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir Naib Ket...
Polis Perlu Siasat Kematian Ganapathy Dengan Telus

Polis Perlu Siasat Kematian Ganapathy Dengan Telus

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 306 hits
Bakal Ketua Polis Negara Acyl Sani Abdullah Sani bertanggungjawab untuk menyiasat kematian seorang tahanan reman A Ganapathy yang mati ketika dalam jagaan pasukan itu Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Perak Tan Kar Hing pihak Polis DiRaja Malays...
Video Tular Tiada Kaitan Kes Kematian A Ganapathy Polis

Video Tular Tiada Kaitan Kes Kematian A Ganapathy Polis

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 251 hits
Ketua polis daerah Gombak Arifai Tarawe menafikan rakaman CCTV tular yang memaparkan dua individu dipukul ada kaitan dengan kematian A Ganapathy yang kakinya dipotong dan kemudiannya meninggal dunia setelah ditahan polis Arifai berkata piha...
Mic Demands Independent Investigation Into Ganapathy S Death

Mic Demands Independent Investigation Into Ganapathy S Death

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 273 hits
MIC has called for an independent investigation into the death of A Ganapathy whose legs were amputated and later died after being detained by the police In a statement today MIC vice president Sivarraajh Chandran stressed the latest traged...
Campurtangan Politik Ke Atas Pdrm Wajib Disiasat Anwar

Campurtangan Politik Ke Atas Pdrm Wajib Disiasat Anwar

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 259 hits
Campur tangan politik ke atas pasukan Polis DiRaja Malaysia merupakan sesuatu yang dan tidak boleh diterima dan menjejaskan imej negara Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai badan yang diyakini berkecu...
Gombak Police Chief Denies Viral Video Linked To Ganapathy S Death

Gombak Police Chief Denies Viral Video Linked To Ganapathy S Death

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 277 hits
Gombak district police chief Arifai Tarawe has denied that a viral CCTV video depicting two individuals getting beaten up has any connections with the of A Ganapathy whose legs were amputated and later died after being detained by the polic...
Ambil Tindakan Segera Kes A Ganapathy

Ambil Tindakan Segera Kes A Ganapathy

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 237 hits
POSTED BY AMIR WRLRDatuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera berhubung kes A Ganapathy yang maut dalam tahanan polis Presiden KEADILAN itu berkata Ketua Polis Negara seharusnya menjelaskan segera kes ...
Rm10 000 Reward Offered For Info Over Ganapathy S Death

Rm10 000 Reward Offered For Info Over Ganapathy S Death

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 304 hits
An RM10 000 reward is being offered for any information that leads to the arrest and conviction of those allegedly responsible for the death of A Ganapathy The family s lawyer K Ganesh said the reward was being put up by an anonymous contri...
After Ganapathy S Death Ex Minister Moots Using Kwan Funds For Ipcmc

After Ganapathy S Death Ex Minister Moots Using Kwan Funds For Ipcmc

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 239 hits
Former human resources minister M Kulasegaran has proposed that the government use the National Trust Fund to expedite the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission This is in light of a public uproar over...
Boikot Pengusaha Melayu Sendiri

Satu Revolusi

Touch N Go Launches Its First Sports Edition Charm In Collaboration With The Badminton Association Of Malaysia

Makanan Viral Di Concubine Lane Ipoh

Pengambilan Besar Besaran Jawatan Ukm Mei 2024

Gumhealthfirst Utamakan Kesihatan Gusi Anda Dengan Systema

Introducing Munchy S Lexus Gold A Joyful Golden Delight In Every Bite

Is Pas Considering A Future Without Perikatan



5 Sisi Gelap Perangai Guru di Malaysia Yang Kita Takut Nak Perkatakan

Info Sinopsis Kutipan The Experts Filem Malaysia 2024

10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia


Lirik Lagu Zuraida Haziq Rosebi

Drama Panggil Aku Dahlia

Danar Widianto Manusia Istimewa Chord

Inkarnasi Dalam Beberapa Agama

Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah Sayur Selamat Di Pasaran

Azul A Bmw R80st Street Tracker From Buenos Aires