Kemasukan Srai Sekolah Rendah Agama Integrasi Jawi Dan Jais
Salam semua,Perkongsian ini demi menjawab soalan-soalan parent yang bertanya mengenai kemasukan ke SRAI Sekolah Rendah Agama Integrasi JAWI dan JAIS. Kami laki bini pun pernah alami kemurungan akibat memikirkan mana nak hantar anak masuk sekolah darjah 1. Banyak yang perlu dipertimbangkan dalam membuat keputusan ni. Sekolah biasa, sekolah agama, sekolah integrasi.. ha.. camana ni?
muka sebakul plss ignore masa ni i gemok
Selepas beberapa kaji selidik dilakukan semasa anak aku berusia 5 tahun, kami sepakat untuk mencuba nasib menghantar anak ke SRAI Sekolah Rendah Agama Integrasi JAWI atau JAIS. Kenapa memilih sekolah ini? Yang pertama, sekolah ni adalah gabungan sekolah rendah KSSR dan KSRA. Anak akan bersekolah jam 7.20 pagi dan tamat jam 4.00 petang. Makanan pagi dan tengah hari akan disediakan oleh sekolah dan ibu bapa kena bayar pada sekolah dalam RM 100 ++ sebulan. Lepas makan tengah hari akan solat jemaah dan masuk ke kelas semula. Ini bermakna ibu bapa tak payah ambil anak dan siapkan anak untuk hantar sekolah agama waktu petang pula. Bayaran pendaftaran lain ya.
Budak nak jawab exam
Tapi walaubagaimanapun sekolah rendah integrasi ni terhad dan ada di beberapa buah sahaja di selangor dan kuala lumpur. Mujur sekolah yang dipilih ni dekat dengan rumah. Persaingan adalah sengit dan anak perlu menghadiri ujian kelayakan terlebih dahulu sekitar 1-30 April (anak 6 tahun). Ya, ini bermakna persediaan hendaklah dilakukan semasa anak berumur 5 tahun lagi. Aku start mengajar anak bulan 10 umur 5 tahun. Baru merangkak nak membaca. So, usaha mak bapak juga kena ada kalau anak belum pandai membaca ya.
Aku latih dalam 6 bulan, baca, latih tubi, kira, subjek math, bm, bi, sains dan basic arab. Anak aku sekolah Little Caliph so takda subjek bahasa Arab. Mak pak kena bantu mengajar. Basic2 sahaja seperti nombor 1-10, anggota badan, dan benda2 basic sahaja. Latih tubi memang hari2, aku beli je mana2 buku yang ada untuk 5-6 tahun dekat Popular, MPH, Facebook Group, Flash Card.. apa sahaja buku yang aku rasa ok aku ambik. Selain tu, aku dapatkan flash card atau printed material dari FB https://www.facebook.com/yannraisbahanprasekolah/. Sangat membantu
Kalau tanya specific book memang tak adalah. Tapi contoh soalan SRAI yang parent share online aku download dan print, kasi anak buat. Padam buat balik, padam buat balik. Sbb nak biasakan dengan patern soalan. Ada juga aku create soalan sendiri, patern sama tapi soalan lain. Paham tak
Next. Untuk SRAI (JAIS) dia ada jual contoh soalan jadi bolehla beli dan latih anak. Korang follow Facebook sekolah SRAI yang korang target nak masuk. Nanti admin SRAI akan update bila nak ambik borang pendaftaran. Tapi sekolah rendah bawah KPM kena wajib register dulu ya. Kebiasannya SRAI Sekolah Rendah Agama Integrasi JAWI lebih awal sikit peperiksaannya dari JAIS
Tahun 2019, jumlah student yang mendaftar peperiksaan sekitar 300 orang dan sekolah yang kami pilih ni nak ambil dalam 60 pelajar dan 14 rayuan sahaja. Bayangkan dalam 4 orang budak hanya 1 sahaja yang layak. Banyak berdoa dan usaha, itu penting. Ini kerana usaha bukan dari anak sahaja atau sekolah tadika semata-mata. Memang jujur aku yang berkorban masa mengajar anak setiap malam 1-2 jam sampai dia mahir dengan soalan2 tahap mereka. Baca buku Read Easy Phonics, Siri Cepat membawa, iqra', buku cerita dan bahan-bahan bacaan tambahan
Alhamdulillah, anak aku dengan kawan baiknya 2 orang terpilih dan layak masuk sekolah yang dipilih. Rezeki anak2. Kalau tanya boleh masuk ke masa darjah 2 atau 3? Jawapannya setakat ni, ambilan hanya darjah 1 sahaja. Budak ni akan sekolah SRAI sampailah darjah 6. Haritu ada taklimat dari pegawai Jabatan, katanya sekolah integrasi bawah JAWI adalah dibawah KPM juga, ada pegawai KPM di Pendidikan JAWI dan peluang anak2 nak masuk sekolah asrama penuh adalah sama macam anak2 sekolah rendah KPM. Dana dan peruntukan KPM pun sama.
Oh ya, lupa nak bagitahu, Exam day dia lama tau dalm 4 jam start 8 sehingga 12 tgh. Break 10 minute kot camtu.. lupa dah. So makesure anak makan dulu sblm ke exam nanti takda tenaga nak jawa periksa. Bukan exam bm, bi. jawi, sains dan arab sahaja.. ujian lisan pun ada tau. nanti anak kena baca english, bi and jawi juga. Surah2 lazim yang penting kena hafal mmg ada interview hafazan juga. Tough kan
Bila dah masuk sekolah ni, nampaknya my son sangat seronok dan happy. Tambah2 ada bff sekali memanglah. Anak pun tak penat sangat nak tukar sekolah petang sebab all in 1. So setakat ni sahajalah perkongsian ai. Kalau ada apa2 nak tanya bolehla pm. Mana yang i boleh jawab i jawab ye, tp kalau lambat jawab to maafla maybe sibuk sikit ya
So good luck untuk parent yang berminat ke SRAI. Ingat, usaha itu bermula dari kita
Ni sample buku latihan, rujukan & bacaan yang aku beli
Sekian
http://feeds.feedburner.com/NovaLeezaMyDiary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://novaleeza.blogspot.com/2020/01/kemasukan-srai-sekolah-rendah-agama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+NovaLeezaMyDiary+(NOVA+LEEZA+%7C%7C+My+Diary)