Kemaskini Huraian Dalam Surat Perletakan Jawatan Muhyiddin




PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan sebagai perdana menteri pada bila-bila masa susulan pusingan U oleh Ahli Parlimen Umno tertentu yang sebelum ini menyokong beliau, kata beberapa sumber. Beberapa sumber dalam Umno dan Bersatu memberitahu FMT bahawa mereka menjangkakan Muhyiddin akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi. “Surat letak jawatan sudah disediakan, namun kami tidak pasti bila beliau akan buat pengumuman,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan. Situasi Muhyiddin dilihat kelam apabila pembangkang dan Umno semalam menolak tawaran rentas kepartian sebagai balasan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelang September ini. Merumitkan lagi keadaan apabila anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri Umno dan PAS, menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Muhyiddin berkenaan, yang mengejutkan mereka. Kini, difahamkan, beberapa menteri Umno dan PAS sedang mencari cara untuk berpaling daripada Muhyiddin dan dalam masa sama menjaga air muka masing-masing. “Mood ketika ini begitu suram, dan banyak perbincangan dilakukan sejak semalam. Namun, disebabkan kami tidak mempunyai sokongan majoriti, mungkin cara terbaik untuk keluar daripada kekusutan ini adalah dengan Muhyiddin meletakan jawatan.” Seorang lagi sumber daripada blok pemerintah mendakwa beberapa Menteri sudah pun “berkemas” sebagai persediaan sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan. “Menteri saya sudah mengosongkan pejabat sejak semalam. Saya dimaklumkan menteri lain pun sudah selesai berkemas,” kata seorang pegawai yang tidak mahu dinamakan. Pembantu kepada dua menteri lain turut memberitahu FMT mereka diarah mengosongkan pejabat menjelang 18 Ogos. Sementara itu, seorang pemimpin kanan Bersatu menggambarkan situasi ketika ini “teruk”. “Cadangan perdana menteri meletakkan Ahli Parlimen Umno dan PAS yang setia kepadanya dalam keadaan rumit. “Usaha Perdana Menteri sudah gagal, namun masih ada harapan bagi Perikatan Nasional. Mungkin PM boleh selamatkan keadaan sekiranya dapat sokongan Umno.” Difahamkan beberapa Menteri Umno menyesal mengingkari arahan parti selepas Perdana Menteri membuat tawarannya. Bagaimanapun, sumber dalam kem Perdana Menteri berkata Muhyiddin tidak merancang meletakkan jawatan kerana beliau mahu terus memimpin negara sehingga PRU-15. “Benar beliau berhasrat meneruskan khidmat, terutama menjamin program vaksinasi berjalan lancar. Namun jika Ahli Parlimen tidak menyokongnya, tidak banyak yang dapat kita lakukan,” katanya. “Kami masih sedia berunding,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kemaskini-huraian-dalam-surat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Telah Kemukakan Surat Perletakan Jawatan Kepada Agong Terima Kasih Atas Peluang Kj

Kabinet Telah Kemukakan Surat Perletakan Jawatan Kepada Agong Terima Kasih Atas Peluang Kj

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 340 hits
Kabinet telah mengemukakan perletakan jawatan hari ini kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin dalam satu kenyataan sebentar tadi
Redzuan Sahkan Muhyiddin Persembah Surat Peletakan Jawatan Esok

Redzuan Sahkan Muhyiddin Persembah Surat Peletakan Jawatan Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 358 hits
Kow Gah ChieSeorang pemimpin Bersatu hari ini mengesahkan Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara esok Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof m...
Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 373 hits
August 16 2021 3 04 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara Menurut kenyataan Istana N...
Agong Terima Perletakan Jawatan Muhyiddin

Agong Terima Perletakan Jawatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 333 hits
Malaysiakini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat perletakkan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuatkuasa hari ini Susulan...
Yang Di Pertuan Agong Terima Perletakan Jawatan Muhyiddin Yassin

Yang Di Pertuan Agong Terima Perletakan Jawatan Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 218 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat perletakkan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuatkuasa hari ini Yang di Pertuan Agon...
Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

Muhyiddin Letak Jawatan Buka Ruang Perubahan Negara Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 309 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Aug 2021 5 50 pmDikemaskini 6 01 pmKetua pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini Pada masa sama dia menggesa semua pihak un...
Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

Kegagalan Kerajaan Hingga Muhyiddin Letak Jawatan Wajar Ke Kluster Mahkamah Yg Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 516 hits
Kita hargai Muhyiddin tidak CAMPURTANGAN untuk kes Najib dan Zahid Apakah Muhyiddin langsung tidak CAMPURTANGAN utk kes lain Muhyiddin tidak pernah mengadakan sidang akhbar dua hala mahupun melalui Maya sedangkan era PH Tun saban minggu bua...
Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

Letak Jawatan Muhyiddin Selesai Menghadap Agong Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 269 hits
stro AWANITan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap YDP Agong selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Info TerkiniOgos 16 2021Terkini01 07PMMuhyiddin sempat lambai ke arah media01 02PMMuhyiddin selesai me...
Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

Berita Muhyiddin Letak Jawatan Palsu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 315 hits
By August 14 2021 MOHD REDZUAN MD YUSOFTiada mesyuarat khas kabinet diadakanBERITA yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menandatangani surat peletakan jawatan Perdana Menteri yang tular sejak tengah hari Sabtu juga...
Zahid Sindir Pn Dakwa Ada Rekod Baik Tadbir Negara Tak Boleh Halang Orang Berangan

Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah Duduk Diam Diam Kalau Ada Rm1 Bilion Bagi Baliklah Kata Kata Pmx Untuk Tun M

Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

The Part Of Me I Lost

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Menampilkan Halaman Html Dari File Terpisah Di Esp8266 Esp32

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Pemuda Pas Cabut Gear Undur Dari Presiden


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Universiti Makan Biskut Untuk Mengalas Perut

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Perak One Of Malaysia S Top Durian Producing States Last Year Says Mb

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu