Kemasinan Hotel Garam Di Bolivia Atas Dataran Garam Terbesar Dunia



‘Kemasinan’ Hotel Garam Di Bolivia Atas Dataran Garam Terbesar Dunia
“SAYA sering melihat segelintir pelancong menjilat permukaan dinding dan meja makan hanya untuk memastikan ia benar-benar dihasilkan daripada garam.
“Keadaan itu menyebabkan pihak hotel membuat larangan kepada pengunjung menjilat mana-mana permukaan dalam bangunan ini,” kata Pedro Pablo Michel Rocha.
Bekerja di Palacio de Sal, sebuah hotel yang dibina sepenuhnya menggunakan garam asli, lelaki itu berbangga setiap kali melihat wajah kagum pelancong yang pertama kali mengunjungi bangunan tersebut.

Terletak pada kedudukan 3,650 meter dari aras laut di dataran garam terbesar dunia, Salar de Uyuni, Bolivia, pemandangan putih yang ada pada sekeliling bangunan tersebut membuatkan ramai yang menyangka ia merupakan timbunan salji.
Bagaimanapun, ia sebuah hotel yang didirikan di tengah-tengah dataran garam yang terhasil daripada pengeringan tasik prasejarah Minchin antara 30,000 hingga 40,000 tahun lalu sebelum membentuk kerak garam yang tebal.
“Ramai yang tidak percaya ia dibina daripada garam.
“Tetapi itulah realitinya. Sama seperti nama yang dipilih, Palacio de Sa bermaksud Istana Garam, hotel kami sememangnya kelihatan tidak ubah seperti sebuah istana.
“Ia memiliki binaan dan infrastruktur unik dan sungguh menakjubkan. Bilik-bilik di sini pula menarik perhatian ramai kerana ia dibina seperti iglu menggunakan garam,” tambahnya.
PALACIO de Sal merupakan hotel garam pertama dunia yang dibina pada 1998. Ternyata, di sebalik gelaran wilayah paling terpencil di benua Amerika Selatan, Bolivia sebenarnya mempunyai tarikan semula jadi yang mampu memberi ketenangan kepada pengunjung yang terletak kira-kira 350 kilometer dari selatan La Paz iaitu Salar de Uyuni dan Palacio de Sal.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, pujian menggunung pastinya mengiringi langkah kaki pengunjung yang terpesona dengan keindahan dan infrastruktur persekitarannya.
Lebih-lebih lagi apabila terpandang binaan bangunan berbentuk heksagon (segi enam) yang diperbuat daripada garam di sepanjang jalan berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbit dan terbenam.
Bangunan tersebut dibina daripada satu juta blok garam berketebalan lebih 35 sentimeter yang membentuk permukaan lantai, dinding, siling dan perabot, selain bilik tidur, meja, kerusi serta patung hiasan.
Dibina pada tahun 1998 oleh seorang arkitek dan pengusaha hotel iaitu Juan Quesada Valda.
Lelaki tersebut membangunkan Palacio de Sal dengan misi mahu mewujudkan sebuah hotel luar biasa menggunakan garam.
Anak kepada Quesa Valda, Lucia menceritakan bagaimana bapanya menerima cemuhan ketika memberitahu idea untuk membina hotel garam itu kepada umum.
PELANCONG mampu merasai pengalaman bermalam di Palacio de Sal dengan harga bermula AS$135 (RM565) semalam di bilik bersaiz standard. “Anda gila? Bagaimana anda boleh membuat hotel garam?
“Tidak ada sesiapa yang akan ke sana nanti. Itulah kata-kata nista diterima bapa saya, namun dia tidak mengendahkan semua itu dan tetap meneruskan pembinaan hotel ini,” ujarnya.
Dia yang kini menguruskan hotel tersebut berkata, persepsi masyarakat sekitar terutamanya dalam kalangan kenalan rapat terhadap inisiatif bapanya itu bagaimanapun berubah selepas melihatkan keunikan yang ada pada hotel tersebut.
Bukan sekadar dilabel sebagai karya agung, Palacio de Sal juga menjadikan Bolivia terkenal di serata dunia dan menjadi tarikan baharu pelancong.
Bercerita lanjut, menurut wanita itu lagi, pada tahun 1998, bapanya yang merupakan seorang arkitek menyuarakan hasrat tersebut selepas melihat ia mempunyai potensi yang sangat besar.
Tambahan pula tidak sukar untuk membina hotel tersebut memandangkan kawasan persekitaran yang memang sudah tersedia dengan longgokan natrium klorida hasil pengeringan tasik prasejarah.
Bagaimanapun, sekitar penghujung 1990-an, hotel tersebut terpaksa dirobohkan atas faktor kebersihan sebelum dibina semula pada tahun 2007.
Bagaimanapun, menurut satu sumber, bahan untuk pembinaan hotel berkenaan masih dirahsiakan sehingga ke hari ini.
TERLETAK di dataran garam terbesar dunia, Salar de Uyuni, pelancong berpeluang menikmati percutian menyeronokkan dan luar biasa. Mereka hanya memberitahu, Palacio de Sal didirikan menggunakan keajaiban alam semula jadi hasil daripada beberapa jenis garam iaitu natrium borat, magnesium klorida dan kalium klorida selain air.
Menurut sumber itu, 60 peratus daripada kawasan tersebut sebenarnya turut terdiri daripada litium dan Salar de Uyuni sebenarnya merupakan antara tapak pengeluar litium terbesar dunia.
Dianggarkan terdapat mineral tersebut seberat 5.4 juta tan di bawah permukaan dataran garam tersebut.
Bahan galian itu biasanya digunakan untuk membuat bateri telefon bimbit dan komputer, selain menjadi komponen utama dalam penghasilan kenderaan elektrik.
“Bapa saya melihat pembinaan hotel di tapak tersebut pada waktu itu sebagai satu-satunya cara untuk mendekatkan individu dengan alam semula jadi, selain membolehkan pelancong benar-benar menikmati percutian sebenar.
“Walaupun pengambilan garam yang berlebihan dalam diet pemakanan individu setiap hari tidak bagus untuk kesihatan, namun bahan ini mempunyai sifat penyembuhan dan meningkatkan pernafasan, emosi dan tidur seseorang.
“Pastinya percutian bermalam di sini bukan sahaja memberi kegembiraan dan pengalaman baharu buat pelancong, tetapi pada masa sama memberi kesan positif kepada kesihatan mereka,” jelasnya.
Dalam pada itu, menurut ketua penyelenggara hotel berkenaan, Victor Castillo Laura, struktur binaan yang diperbuat sepenuhnya menggunakan garam itu menyebabkan pekerja hotel perlu mengikis bangunan itu secara berkala bagi memastikan tempat tersebut kelihatan sentiasa kemas dan cantik.

“Hotel ini mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun kerana hujan akan menyebabkannya terhakis dan perlu dibina semula.
“Disebabkan itu, setiap tahun kami akan melakukan penyelenggaraan bagi memastikan binaannya kekal.
“Ini kerana, hotel ini akan kehilangan sekitar 10 peratus daripada struktur asal,” jelasnya yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai kerja-kerja tersebut sejak 15 tahun lalu.
Hotel garam tersebut yang semakin popular berukuran 4,459 meter persegi dan mempunyai 21 bilik standard serta sembilan suite.
Bilik-bilik tersebut mempunyai binaan yang unik iaitu berbentuk iglu dengan dilengkapi ruang tamu, tab mandi dan ruang tidur yang cukup selesa.
Selain itu, pihak pengurusan hotel itu turut menyajikan hidangan istimewa berasaskan garam iaitu ‘pollo a la sal’ (ayam dengan penutup garam berkerak) menerusi kafe hotelnya, El Meson.
Biarpun eksklusif, namun pelancong mampu merasai pengalaman bermalam di Palacio de Sal pada harga bermula AS$135 (RM565) semalam.-The Telegraph
‘Kemasinan’ Hotel Garam Di Bolivia Atas Dataran Garam Terbesar Dunia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan? Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia Erra tunggu keizinan Engku Emran Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO] Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga Layari Laman Facebook MYKMU
Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

The post ‘Kemasinan’ Hotel Garam Di Bolivia Atas Dataran Garam Terbesar Dunia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/01/kemasinan-hotel-garam-di-bolivia-atas-dataran-garam-terbesar-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Akan Mendapatkan Bekalan Elektrik Dari Ladang Solar Terbesar Dunia Di Australia Menjelang 2027

Singapura Akan Mendapatkan Bekalan Elektrik Dari Ladang Solar Terbesar Dunia Di Australia Menjelang 2027

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 228 hits
Jauh tarik letrik Singapura ialah negara kecil yang tidak mempunyai ruang yang besar jika dibandingkan dengan jiran terhampir mereka Bagi menjadikan Singapura negara yang lebih lestari dalam mencari sumber tenaga elektrik mereka perlu kreat...
Ielaki Lengkap D0s Vksin Mninggai Dunia Dpan Rumah Slepas Puiang Berbasikal

Ielaki Lengkap D0s Vksin Mninggai Dunia Dpan Rumah Slepas Puiang Berbasikal

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 244 hits
Kulim Seorang lelaki mninggaI dunia di hadapan rumahnya di Taman Mutiara Sungai Kob dekat sini hari ini
Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Di Lahad Datu Selepas Mendapatkan Vaksin Covid 19 Tidak Benar

Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Di Lahad Datu Selepas Mendapatkan Vaksin Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 361 hits
Seramai 410 489 remaja telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 sehingga semalam dan setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu Gambar fail BERNAMA Vi...
Pelajar Meninggal Dunia Disahkan Negatif Covid 19

Pelajar Meninggal Dunia Disahkan Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 238 hits
Gambar hiasan Pelajar perempuan meninggal dunia tidak dijangkiti Covid 19 SUNGAI PETANI Pelajar perempuan yang didakwa meninggal dunia berpunca daripada suntikan vaksin COVID 19 didapati bebas daripada virus itu Pengarah Jabatan Kesihatan N...
Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

Berita Palsu Dua Pelajar Smk Tasek Damai Meninggal Dunia Akibat Vaksin Covid 19 Tidak Benar

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 440 hits
Assalamualaikum semuaAku ada terbaca satu berita tentang ada pelajar yang meninggal dunia akibat vaksin covid 19 Saja nak cari pengesahan aku google la berita ni Ternyata tak betul ya Aku kongsikan petikan berita dari Astro Awani Mior Farid...
Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia

Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 207 hits
Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia BAYI sulung penyanyi Azmi Saat yang berusia tiga hari meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan kira kira pukul 12 00 tengah hari Khamis Perkara itu disah...
Kkm Beri Amaran Sebaran Berita Palsu Remaja Meninggal Dunia Selepas Vaksinasi

Kkm Beri Amaran Sebaran Berita Palsu Remaja Meninggal Dunia Selepas Vaksinasi

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 301 hits
BERNAMA KKM mendapati kedua dua pelajar berusia 17 tahun menghidap kencing manis jenis 1 dan penyakit jantung kongenital dan belum menerima vaksin ketika dijangkiti Covid 19 Kementerian kesihatan menasihatkan orang ramai supaya memastikan s...
Allah Lebih Menyayanginya Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

Allah Lebih Menyayanginya Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 249 hits
Vokalis kumpulan Caliph Buskers Azmi Saat sah bergelar bapa apabila isteri tercinta Nazirah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 27 September lalu Ujar Azmi isterinya dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan namun...
Rumah Paling Mahal Di Dunia Bakal Dijual Pada Harga Murah

Rumah Paling Mahal Di Dunia Bakal Dijual Pada Harga Murah

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 253 hits
Rumah paling mahal di dunia bakal dijual Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga dijangka jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan susulan keadaan terdesak pemiliknya yang kini dibebani hutang lapor akhbar The Sun kelmarin Ked...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias