Kemas Anjur Acara Open Day Untuk Kesedaran Pelbagai Program Kemajuan Masyarakat Telah Disediakan


KEMAS Anjur Acara Open Day Untuk Kesedaran Pelbagai Program Kemajuan Masyarakat Telah Disediakan. Assalammualaikum semua! Alhamdulillah kembali bersiaran pada hari ini! Tahu tak anda KEMAS itu apa? TABIKA? Itu aje? Sebenarnya, KEMAS tu banyak sangat program selain TABIKA yang anda semua sedia maklum. Ruby rasa kekurangan pengetahuan tentang program dari KEMAS mungkin kita di bandar. Teringat masa ruby kecil dulu, masuk TABIKA di kampung. Seronok sangat. Sebab tu kenangan kita semua di TABIKA lebih kuat kan? Belajar ABC, nombor, makan, hari fotografi, hari pakaian tradisional dan graduasi. Bestnyaaa! Rindu TABIKA.
KEMAS Anjur Acara Open Day Program “Open Day” Hari Kemahiran Peringkat Zon 1 KEMAS Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 6-7 April 2019 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kg. Sri Batu, Kuala Lumpur. Program ini menjurus kepada gabung jalin program yang terdapat di Parlimen Batu, Segambut dan Kepong.

Program ini dilaksanakan bertujuan memperkenalkan kepada masyarakat berkenaan kelas-kelas kemahiran KEMAS dan akan membuka ruang untuk pendaftaran kelas bagi mereka yang berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran KEMAS khususnya di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kg. Sri Batu Kuala Lumpur dan umumnya kelas kemahiran di seluruh Wilayah Persekutuan. Kelas-kelas yang ditawarkan adalah Pusat Masakan, Pusat Jahitan, Pusat Dandanan Diri, Pusat Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Bina Insan dan Pusat Sumber.
Mengenai KEMAS KEMAS adalah singkatan dari nama Jabatan Kemajuan Masyarakat. Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih sinonim dikalangan khalayak umum sebagai KEMAS adalah lanjutan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. Masih ingat filem Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee iaitu Pendekar Bujang Lapok yang Pergi Sekolah tuuu.

Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Berikutan pelancaran “Dasar Ekonomi Baru” (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada “Jabatan Kemajuan Masyarakat” (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar.
Program “Open Day” Hari Kemahiran Peringkat Zon 1 KEMAS Wilayah Persekutuan Semasa Program Open Day selama 2 hari tersebut, anda boleh alami sendiri pengalaman belajar kursus pendek di KEMAS. Masyarakat dapat melihat sendiri secara langsung (Live Show) kursus-kursus yang dijalankan oleh KEMAS semasa program “Open Day”. Diantara kursus yang tersedia pada hari tersebut adalah Photo Phone, Kursus Jom Cantik, Kursus Perencah Masakan dan Kursus Jahitan Variasi Langsir. Kursus-kursus ini adalah anjuran KEMAS yang diberikan kepada masyarakat secara PERCUMA bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran peserta.
Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan pada Hari Kemahiran tersebut antaranya Pertandingan Batu Idol, Liga Penalti, Cabutan Bertuah, Zumba, Fun Games, Pelbagai Jenis Jualan Makanan Dan Minuman, Car Booth Sale, Jualan Ikan Segar, Jualan Pakaian Bundle, Cucian Barang Kemas Percuma, Khidmat Pengiraan Barang Kemas , Penerangan Ar-Rahnu Dan Tabung Ibadah Korban YaPIEM.
Slot Wacana Ilmu : Wanita Inspirasi (WINS) Kemuncak kepada aktiviti program ini ada Slot Wacana Ilmu : Wanita Inspirasi (WINS) dengan mengundang dua (2) org panel yang akan memberi inspirasi, motivasi dan perkongsian pengalaman kepada masyarakat dalam iaitu Heliza Helmi (1 Way Tiket) Amira Ann Lee (Hidayah Dan Hijrah) dan program ini membuat penampilan khas Bazli Unic yang akan turut berkongsi berkenaan (Business Growth Experience). Slot ini bertujuan Meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan peranan wanita dalam institusi komuniti luar bandar.
Bagi menyempurnakan program ini, pihak KEMAS bersama MPP Parlimen Batu telah menjemput YB Tuan P.Prabakaran sebagai Ahli Parlimen Batu untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program yang akan turut sama dihadiri oleh YB Puan Hannah Yeoh iaitu Ahli Parlimen Segambut dan YB Tuan Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong. Di dalam majlis ini juga YB Tuan P.Prabakaran juga akan turut melancarkan Kelas Digital Marketing yang akan dilaksanakan oleh KEMAS bermula April 2019.
Objektif KEMAS KEMAS mengorak langkah dengan menetapkan visi “Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar” dan misi “Memperkasa Masyarakat Luar Bandar Ke Arah Pembangunan Holistik” selaras dengan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar (2018-2023).
Objektif KEMAS diperbaharui dengan memberi penekanan kepada pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak melalui perkembangan sosioemosi, fizikal, intelek dan rohani berdasarkan piawaian/standard yang telah ditetapkan selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA Negara, Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan diiktiraf bagi mengupayakan ekonomi keluarga luar bandar, Memperkasa sosioekonomi masyarakat luar bandar yang harmoni, berjaya dan sejahtera dan Meningkatkan pembangunan modal insan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang berteraskan pembangunan kompetensi dan kemajuan kerjaya (Attitude, Skills & Knowledge).
Anjuran & Kerjasama Rakan Strategik Program ini adalah anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu dan rakan strategik adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kami Insan Tanah Air (K.I.T.A), Kolej Universiti Koperasi Polis (UNIKOP), Koperasi KEMAS Kuala Lumpur Berhad (KWIP), Persatuan Wanita Unity Malaysia (PERWIM). Turut serta ruby.my yang akan menjadi media rasmi sepanjang program ini berlangsung. Kerjasama ini dilaksanakan bagi memastikan sistem penyampaian yang lebih berkesan menerapkan nilai kesukarelawan & amalan kerjasama di kalangan komuniti setempat.
Hubungi KEMAS Masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas kemahiran boleh membuat pendaftaran pada 6-7 April 2019 atau boleh menghubungi pegawai-pegawai mengikut parlimen masing-masing. Parlimen Batu Puan Wan Fadelah 016-2189109, Parlimen Segambut Puan Rohani 017-2730674 parlimen segambut Puan Rostina 011-27582143.
www.kemas.gov.my
The post KEMAS Anjur Acara Open Day Untuk Kesedaran Pelbagai Program Kemajuan Masyarakat Telah Disediakan appeared first on Malaysia Lifestyle Blogger.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ruby.my/2019/03/kemas-anjur-acara-open-day/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peranti Xperia 10 10 Plus Kini Disertakan Ke Dalam Program Sony Open Devices

Peranti Xperia 10 10 Plus Kini Disertakan Ke Dalam Program Sony Open Devices

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 273 hits
Salah satu aspek yang ditekankan oleh penggemar kustomasi Android adalah kebolehan pemasangan custom rom Ia membolehkan pengguna menukar keseluruhan sistem dan menjalankan ROM yang berlainan pada sesebuah peranti Bagi membenarkan pengguna m...
Lagu Malaysia Bersih Dinyanyikan Dalam Program Rasmi Kerajaan Pm

Lagu Malaysia Bersih Dinyanyikan Dalam Program Rasmi Kerajaan Pm

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 342 hits
PUTRAJAYA Lagu Malaysia Bersih dicadang untuk dinyanyikan dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata lagu itu akan dinyanyikan selepas nyanyian lagu Negaraku Jawatankuasa Khas Kabine...
Railwaymen Union Of Malaysia Penghalang Kemajuan Industri Rel Negara

Railwaymen Union Of Malaysia Penghalang Kemajuan Industri Rel Negara

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 372 hits
Pasca Pilihan Raya Umum yang telah selesai hampir 10 bulan yang lalu kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Bin Mohamad sedang berusaha memulihkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan bagi mema...
Pdip Jokowi Bangun Rasa Percaya Diri Masyarakat Adat

Pdip Jokowi Bangun Rasa Percaya Diri Masyarakat Adat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 280 hits
Hasto mengungkapkan dukungan Jokowi kepada masyarakat adat nusantara dibuktikan dengan perhatiannya kepada mereka Menurutnya dukungan tersebut sejalan dengan PDIP yang menempatkan masyarakat adat dalam kearifan lokal dan masuk dalam Kongres...
Program Cuti Sekolah Parlimen Port Dickson

Program Cuti Sekolah Parlimen Port Dickson

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 674 hits
Program cuti sekolah anjuran Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson Dato Seri Anwar Ibrahim dengan kerjasama Persatuan STEAM Malaysia ini akan berlangsung pada 31 Mac 2019 di Pusat Interaktif Port Dickson PD Marina Suka Halaman Mari sertai Ayuh...
Pengurusan Masjid Um Lapor Polis Program Bossku

Pengurusan Masjid Um Lapor Polis Program Bossku

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 335 hits
Pihak pengurusan Masjid Ar Rahman Universiti Malaya membuat laporan polis berhubung penganjuran program melibatkan bekas pengerusi BN Najib Razak di masjid itu yang direncanakan esok Dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini laporan itu...
Syarat Kelayakan Program Matrikulasi Kpm

Syarat Kelayakan Program Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 308 hits
Panduan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia The post appeared first on
Maszlee Kasut Hitam Usah Guna Trick Basi Kacau Program Najib Bersama Student Um

Maszlee Kasut Hitam Usah Guna Trick Basi Kacau Program Najib Bersama Student Um

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 418 hits
Siapa Sebenarnya Yang Timbulkan Provokasi Mahasiswa Atau ANJING UPAHAN PH MalaysiaKini melapurkan sekumpulan kecil pelajar UM berhimpun di luar UM sebagai membantah kedatangan Datuk Seri Najib ke program Sembang Santai Bersama Mahasiswa Mal...
4852 Program 1st Malaysia Chefs Cooks Congress Tasik Perdana Kuala Lumpur 23 3 19

4852 Program 1st Malaysia Chefs Cooks Congress Tasik Perdana Kuala Lumpur 23 3 19

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 272 hits
Ketua Aktivis PPIM toqqi menghadiri Program 1st Malaysia Chefs Cooks Congress bertempat di Panggung Anniversari Tasik Perdana Kuala Lumpur Pelbagai acara dan program diadakan mengikut standard dunia Dengan penglibatan dari penggiat kulinari...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias