Kemaruk Punya Lebai
Aku tak suka sgt nak sentuh ustaz Miqdad Zakaria ni. Tapi, bila dia semakin melampau mencipta fitnah dan memanjangkan fitnah yg tidur, aku kena sebut juga.
Kalau pun ustaz miqdad ni pemuja Mahathir, tak perlu dia reka cerita apatah lagi terhadap yg telah meninggal dunia, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
Ada ke hukum sesiapa yg kena tuduh zina/liwat, perlu bersumpah kat stadium....atau sumpah dibuat sesuka hati? Dia tak tahu kot bahawa sumpah hanya boleh dibuat depan hakim mhkamah syariah, jika diarahkan bersumpah. Itu pun jika kes dirujuk ke mhkamah syariah, dlm kes ini bawah Qazaf. Sbb itu, Anwar bawa kes qazaf agar biar hakim mhkamah syariah adili termasuk jika diminta bersumpah. Tapi, siapa yg halang kes qazaf berjalan? Anwar pun selalu sebut, dia tidak bersumpah kerana merujuk hukum tersebut daripada ramai ulamak tersohor termasuk Syeikh Yusof Qardhawi dan lain2. Bahkan, Hadi sendiri tulis buku Qazaf khusus kes ini sewaktu Hadi berbaik dgn Anwar. Kalau nk sembang pasal sumpah, Najib berpuluh kali bersumpah, agaknya ustaz sekor ni yakinlah Najib tak bersalah kan? Ingat pandai sgt bab agama...bab sumpah pun gagal..
Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah berdoa dengan menyebut nama Anwar agar Allah beri kekuatan kepadanya di dalam menghadapi fitnah. Apabila Anwar dibebaskan kali pertama dulu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz buat solat syukur dan berpuasa nazar di atas pembebasan Anwar. Boleh rujuk dlm youtube. Mengapa Ustaz Miqdad bawa cerita bohong terhadap insan mulia yg telah meninggal dunia ini hanya kerana marah Anwar tidak terima Mahathir? Bukti Tok Guru Nik Aziz simpati dan membela Anwar banyak boleh ditunjukkan. Mana pula bukti Ustaz yg menyatakan kononnya Tok Guru minta Anwar bersumpah di stadium? Ustaz ingat Tok Guru itu sejahil ustaz?
Cukup dulu. Saya sudah hilang hormat kpd ilmu ustaz yg semakin ke laut dek kerana kemaruk kpd Mahathir. Patut lah tak berani berdepan dgn Hadi di Marang dan patut pun parti Ustaz di kawasan Ustaz pun tidak mampu hidup kerana adanya ustaz sejahil ini memimpin. Wallahu Aklam.
WFAUZDIN NS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/02/kemaruk-punya-lebai.html