Kemangkatan Sultan Ahmad Shah Kehilangan Buat Warga Seni



KUALA LUMPUR - Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Institut Jantung Negara, di sini pagi tadi turut dirasai golongan artis dan penggiat seni yang lantas menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas kepergian baginda.

Menyifatkan Almarhum seorang Raja yang rapat dengan penggiat seni, pengarah filem dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki berkata warga seni kehilangan seorang raja yang sangat peka kepada hal ehwal dan perkembangan dunia seni tanah air.

“Contohnya hujung tahun lepas, ketika arwah ibu saya berada di IJN, saya terserempak dengan baginda dan Almarhum sempat bertanyakan khabar ibu saya walaupun baginda sedang gering… baginda memang raja yang berjiwa rakyat dan kawan kepada semua seniman di negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama menerusi WhatsApp.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menzahirkan dukacita dengan kepergian Almarhum yang pada pandangan peribadinya adalah seorang raja yang kasih sayangnya pada rakyat tidak berbelah bagi.

“Sebagai rakyat Pahang, saya mengenali Almarhum dan kaum kerabat dengan dekat, dan mereka memang dekat dan sangat mesra dengan rakyat… kehilangan yang sangat dirasai dan sukar dicari ganti.

“Kita pohon rakyat Malaysia dan Pahang sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kata anak jati Raub itu.

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri turut berdukacita atas kepergian baginda mengimbau peribadi Almarhum Sultan Ahmad Shah yang ceria dan tidak terikat dengan protokol ketika bertemu rakyat.

“Sultan (Ahmad Shah) ini adalah seorang yang ceria. Seperti kita tahu baginda sangat banyak membantu rakyat khususnya di negeri Pahang.

“Baginda selalu turun padang dan saya tak sangka, saya baru sahaja jumpa baginda tempoh hari dan saya doakan baginda ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata anak jati Kuala Lipis itu ketika dihubungi.

Presiden Eksekutif Kumpulan KRU yang juga pemuzik terkenal tanah air, Datuk Norman Abd Halim mahu jasa dan bakti Almarhum Sultan Ahmad Shah sentiasa dikenang penggiat seni.

“Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Penyanyi veteran, Datuk ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh yang terkenal dengan lagu ‘Assalammualaikum YB (Yang Berhormat) mengimbau kenangan beberapa kali membuat persembahan di hadapan baginda.

“Pernah Almarhum Tuanku panggil saya dan Almarhum beritahu pada Menteri Besar Pahang sambil bergurau… inilah dia N.D Lala yang selalu mengata-ngata tentang YB melalui lagu dia,” titah baginda sambil ketawa,” katanya.

Penyanyi itu juga menyifatkan prinsip 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' sangat tepat menggambarkan peribadi Almarhum yang sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat terutama ketika ditimpa musibah termasuk banjir.

“Kita lihat apa saja masalah rakyat Almarhum Tuanku lebih dahulu sampai… ketika banjir Almarhum sanggup mencemar duli merandok air pergi membantu mangsa-mangsa banjir, ketika hujan pun Almarhum sanggup bersama-sama rakyat. Semoga Allah tempatkan Almarhum bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

Sementara itu, penyanyi malar hijau, Datuk Nassier Wahab berkata ‘Kisah Seorang Biduan’ dan ‘Biarlah Bulan Bicara’ merupakan antara lagu kegemaran Almarhum yang sering menjadi permintaan baginda ketika memanggilnya membuat persembahan di majlis keraian.

"Sememangnya kemangkatan baginda adalah kehilangan yang sangat besar buat saya,” katanya.

Produser dan dramatis terkenal, Datuk Ziela Jalil menyifatkan kepergian Almarhum pada bulan Ramadan dan sambutan Hari Nuzul al-Quran hari ini satu perjalanan yang cukup ‘indah’.

“Baginda seorang raja yang berjiwa rakyat dan beliau disayangi oleh rakyat Pahang… rakyat mendoakan baginda pada hari yang mulia… susah kita nak jumpa raja yang berjiwa rakyat dan penyayang seperti Almarhum.

“Bukan baginda sahaja yang sangat dekat di hati rakyat malah anakanda-anakanda baginda serta kerabat Diraja Pahang, mereka memang baik-baik,” katanya yang sempat menziarahi jenazah Almarhum di Istana Negara, petang tadi.http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/kemangkatan-sultan-ahmad-shah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Declares May 23 A State Holiday 40 Day Mourning Period For Sultan Ahmad Shah

Pahang Declares May 23 A State Holiday 40 Day Mourning Period For Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 335 hits
KUANTAN Pahang has declared a state holiday on Thursday to allow the people to pay their last respects to the late Sultan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Mu adzam Shah Sta...
Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Menyanyi Depan Sultan Ahmad Shah Sejak Sekolah Rendah

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Menyanyi Depan Sultan Ahmad Shah Sejak Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 594 hits
Siti Nurhaliza imbau kenangan menyanyi depan Sultan Ahmad Shah sejak sekolah rendah
Ahli Politik Kenang Kepantasan Almarhum Sultan Ahmad Shah

Ahli Politik Kenang Kepantasan Almarhum Sultan Ahmad Shah

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 398 hits
KUANTAN Kepantasan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar menyantuni rakyat akan menjadi kenangan terindah wakil rakyat Pahang yang berpeluang menyaksikan sendiri kebaikan peribadi baginda S...
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Memiliki Keperibadian Menawan Rossa Sebak

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 375 hits
Berita Penyanyi popular Indonesia Datuk Seri Rossa menyifatkan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang mementingkan kesederhanaan selain memiliki keperibadian yang menawan Datuk Seri Rossa atau Rossa sebak ketika berkongsi pengala...
Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

Almarhum Sultan Ahmad Shah Telah Pun Selamat Disemadikan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 648 hits
PEKAN Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan di sini pada 4 35 petang ini Jenazah Almarhum disemadikan bers...
Sultan Ahmad Shah Mangkat 22 Mei 2019 8 50 Pagi

Sultan Ahmad Shah Mangkat 22 Mei 2019 8 50 Pagi

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 609 hits
Sultan Ahmad Shah mangkat 22 Mei 2019 8 50 pagiSULTAN Pahang kelima Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur 22 Mei 2019 17 Ramadhan 144...
Sultan Ahmad Shah Seorang Raja Yang Amat Di Senangi Rakyat

Sultan Ahmad Shah Seorang Raja Yang Amat Di Senangi Rakyat

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 449 hits
KUANTAN Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa ...
Sultan Ahmad Shah Ialah Ketua Perlembagaan Uiam Pertama

Sultan Ahmad Shah Ialah Ketua Perlembagaan Uiam Pertama

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 484 hits
KUALA LUMPUR Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah adalah Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang pertama sejak penubuhan universiti itu pada 1983 Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkif...
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 649 hits
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Mangkat di IJN Kuala Lumpur Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah mangkat di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur pagi tadi Sultan Ahmad Shah Mangkat Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Is...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188