Kemana Wang Sumbangan Jawapan
Ada atau tidak pihak penerima derma declare pungutan mereka setiap bulan dan diaudit?
Berapa yang didermakan? Dan ada pengesahan bertulis dari pihak yang menerima?
SETAKAT Mana keabsahan dan integriti pengumpul dana dan penerima derma?
Semuanya kena dipaparkan termasuk perbelanjaan pengurusan, Elaum atau Gaji...
Accountability...
.....
Terima kasih tn/pn.. Sy akan reply kesemua mesej satu persatu secepat yg mungkin ya.. Maaf ye atas kelewatan🙏 Tqvm for your patience☺️ _Jazakillah khair_
#ini adalah auto message
*MENJAWAB PERTANYAAN MUFTI PERLIS SS DATUK DR USTAZ MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, SUMBANGAN TIDAK SAMPAI??*
Merujuk kepada video yang tular berkenaan pertanyaan Mufti Perlis, SS Datuk Dr Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin. Semoga beliau sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
1⃣ Kementerian Wakaf Jordan bukanlah satu-satunya saluran untuk kita menyalurkan dana kepada Masjidil Aqsa/Baitulmaqdis dan Palestin, apatah lagi Kementerian berkenaan cuma memegang amanah terhadap Masjidil Aqsa sedangkan sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin lebih meluas merangkumi Gaza, kem pelarian Lubnan, kem pelarian Syria dan keseluruhan Tebing Barat.
2⃣ Sepertimana apa yang berlaku di negara kita sendiri, tidak semua bantuan kepada asnaf diberi melalui Pusat Zakat atau Baitulmal masing-masing (walaupun ianya semestinya pilihan utama penyaluran zakat kita).
3⃣ Ramai dari kalangan kita memilih untuk turut menyumbang melalui NGO-NGO yang dipercayai boleh menjalankan amanah tersebut dengan baik bagi menyampaikan sumbangan kepada asnaf.
4⃣ Perkara yang sama juga berlaku di Palestin. Pertubuhan Aman Palestin yang telah mempunyai pengalaman 15 tahun menguruskan dana Palestin ini mempunyai saluran & jaringan tersendiri untuk menyalurkan dana secara terus, pantas dan terjamin terutama dengan kewujudan pejabat rasmi kami di Gaza.
5⃣ Bukti-bukti penyaluran & amanah yang kami tunaikan juga telah banyak diberikan sebelum ini sama ada melalui gambar atau video yang boleh didapati di "page" atau "channel" rasmi kami terutama di media sosial dan Youtube.
Semoga penerangan ini dapat memberi penjelasan kepada pertanyaan tuan/puan berkenaan kenyataan yang diberikan SS Tuan Mufti yang kita hormati tersebut.
Sekian, terima kasih
ZAINIZAM BIN ZAWAWI
Pengurus Aman Palestin
+6019-4991610
16 Mei 2021
==============
🔊 Klik link di bawah untuk mengikuti perkembangan semasa Palestin di telegram channel kami👇:
https://t.me/amanpalestinsarawak#
# Sebagai penderma ini jawapan yang aku terima.
Sambungan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/05/kemana-wang-sumbangan-jawapan.html