Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting Rambut
Kemalangan Tergunting Telinga Waktu Gunting RambutKisah kemalangan tergunting telinga waktu gunting rambut jadi dekat diri sendiri masa 6 Ramadan lepas. Bila ingat semula memang terasa ngeri, tapi tetap nak kongsi sebagai panduan di masa akan datang.
Harapnya tidak lah aku alami lagi pengalaman ngeri melibatkan darah ni. Aku penakut darah, tak suka jarum suntikan, dan boleh kena panick attack kalau nampak kemalangan depan mata.
Berbalik kepada cerita tergunting telinga, kisahnya bermula pada tengahari Ramadan ke enam. Sehari sebelum tu aku ada minta suami guntingkan rambut sebab aku tak selesa rambut panjang.
Memang sebelum ni dia lah tukang gunting rambut aku dan anak-anak. Lagi pula wkatu PKP ni, memang payah nak jumpa salon Muslimah yang beroperasi. Aku dah survey sebelum tu tapi memang tak available.
Pilihan terakhir minta bantuan suami, lagipun sebelum ni okey je dia gunting.
Aku ingat lagi masa tu semua berjalan seperti biasa, anak-anak tenang tengok TV, cuaca pon cantik. Oh ya suami potong rambut aku masa tu kami duduk di beranda rumah sambil dengar lagu raya. Kejadian berlaku pada pukul satu petang macam tu.
Dijadikan cerita elok lepas aku tunjuk contoh rambut penyanyi Shima dalam video klip raya, masa tu telinga aku dah tergunting. Adoi.
Aku sempat menjerit sambil pegang telinga. Masa ni tak sakit tapi lebih kepada takut nak tengok apa jadi dekat telinga. Aku rasa ngilu masa cerita ni.
Aku dah start panik. Suami apatah lagi. Bersalah semua ada. Yes, gunting besi tu tajam gais. Aku masuk rumah cuba digest apa jadi, berdiri depan cermin dan evaluate tahap kecederaan.
Tak boleh jadi sebab darah start mengalir, tak menitik tapi non-stop keluar. Terus sarung baju pakai tudung ajar suami ke klinik. Kami tawakal tinggalkan anak-anak di rumah, pesan dekat si abang jangan bergaduh.
Dekat rumah dah menggelupur call klinik tanya advise patut ke hospital terus atau rujuk klinik dulu. Waktu Covid ni elok call sebelum terjah. After servey beberapa klinik yang dapat rating bagus suami terus drive ke klinik.
Aku jalan masa ni senget dah. Oh ya yang luka telinga sebelah kiri. Memang aku pegang tudung supaya tak terkena bahagian luka yang terbuka.
By the way, luka aku ni agak besar sebab kulit bahagian atas cuping aku terpotong habis. Ngeri lagi ni. klinik pertama aku pergi agak slow process dia jadi aku tak tunggu lama pergi ke klinik Siti di Taman Melawati.
Syukur sangat-sangat doktor baik, customer service pon cepat. Doktor agak terkejut dengan bahagian luka tapi dia tak boleh jahit since besar sangat. Bahaya dan perlu khidmat pakar untuk decide.
Kalau dia jahit juga boleh datangkan risiko. Lagipun bahagian telinga mana ada banyak kulit nak tarik dan saraf dekat telinga is complicated.
Doktor sediakan referral letter dan kami ke Hospital Tawakkal. Dalam surat mention ke bahagaian Emergency dan doktor letak remark keluasan luka lebih kurang 5cm.
Dekat klinik Siti aku sedikit tenang tapi tekanan darah agak tinggi. Mana tak tinggi aku cuak weh. Doktor buat dressing dan beri ubat stop darah. Dia kata kalau tangguh ke klinik dan lambat jumpa doktor takut lagi teruk.
Selesai dapat rawatan kecemasan kami terus ke Bahagian Emergency Hospital Tawakkal dekat Jalan Pahang.
Masa tu waktu dah pukul 2 lebih. Aku minta bantuan adik aku untuk jagakan anak-anak. Dalam otak risau kena admit je. Syukur Allah permudahkan segala urusan.
Kami sampai di Hospital Tawakkal pada pukul tiga petang. Sebelum terima rawatan kami disuruh daftar dan seperti biasa kena scan MySejahtera, isi form.
Bahagian kaunter advise untuk buat deposit terlebih dahulu incase doktor suruh admit wad. Kalau tak perlu admit, duit akan dipulangkan kemudian. Urusan smooth sangat. Cuma cuak sebab kami lalu dia kawasan orang menunggu untuk buat swab test Covid.
Masa register sekali lagi kena ambil tekanan darah dan disuruh cerita kejadian. Ulang balik apa berlaku. Tak lama menunggu, doktor lelaki berbangsa Cina masuk bilik rawatan.
Dia tengok, belek-belek dan kemudian beri arahan dekat nurse supaya cuci dan balut luka. Sekali lagi aku hadap benda yang aku tak suka.
Menurut doktor (apa aku faham), tak perlu jahit memandangkan luka tak dalam dan tak terkena isi, Cuma yang teruk hanyalah bahagian luka, kulit agak besar.
Nurse yang berikan rawatan pada aku pun tak sengaja luahkan rasa ngeri dia. Aku yang terbaring terima rawatan ni apatah lagi rasa ngilu bila luka disentuh.
Masa ni bersyukur tak serius sangat tapi aku agak kecewa tak dijahit. Aku benci tengok luka tu terbuka. Nampak isi. Mungkin doktor tak nak cacatkan telinga aku jadi redha jelah.
Waktu rawatan aku juga diberi suntikan kancing gigi sebab aku luka disebabkan gunting besi. Walaupun besi tu tak berkarat tapi sebagai langkah pencegahan kena la cucuk.
Last kena cucuk kancing gigi ialah masa mengandungkan Airis. Ibu-ibu faham kot perasaan dia, suntik kancing gigi menyakitkan ya, tangan lenguh beberapa hari dan sakit bila nak angkat tangan.
Selesai urusan, dah masuk waktu Asar baru kami sampai rumah. Hospital bekalkan ubat cuci luka dan ubat tahan sakit.
Doktor pesan kalau demam, luka bernanah kena cepat-cepat refer doktor. Balutan di telinga kena buka selepas 24 jam supaya bahagian luka kering. Jumlah bil rawatan ialah RM190.30.
Balik dari hospital suami sempat singgah di Param beli juadah berbuka. Walaupun cedera puasa aku masih terjaga. Alhamdulillah. Malam tu kami berbuka berdua. Anak-anak berbuka dengan adik aku dekat rumah kakak aku di Puncak Alam.
Bahagian paling seksa ialah nak cuci luka dan juga solat. Aku solat dengan kepala teleng sebelah kiri. Memandangkan suami aku penakut nak cuci luka, anak aku yang sulong banyak bantu aku.
Hari kedua dan ketiga aku menangis waktu cuci luka, 3 hari aku mandi tapi tak cuci rambut. Kena pastikan luka tak kena air supaya cepat kering. Seksanya Tuhan je yang tahu.
Suami banyak kali minta maaf sebab dia tak sengaja. Reaksi aku? tak ada perasaan ya. Aku faham situasi kejadian jadi aku tak salahkan suami.
Ujian Allah hantar tanda sayang. Aku bangga dengan diri sebab aku kekal tenang beri arahan di waktu kecemasan. Paling penting aku tak panik dan aku tak marah.
Banyak pengajaran aku dapat disebabkan kejadian ni, aku belajar panik tak mendatangkan faedah. Paling utama kuasai diri dengan betulkan teknik bernafas. Bernafas dengan betul dapat bantu kita berfikir dengan waras.
Apa pun, luka telinga aku sembuh selepas seminggu. Pantang? Tak aku tak pantang makan pun. kesan dia cuping telinga aku bahagian atas ada kesan (lari sikit bentuk dia) dan masih lagi ngilu dan ada rasa sakit mencucuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/05/kemalangan-tergunting-telinga-waktu.html