Kemajuan Dan Agama




Kemajuan tidak hanya bergantung pada sejauh mana umat Islam mematuhi hukum-hukum agama
Umpamanya, keadilan dalam sistem pemerintahan tidak dapat dijamin oleh pembentukan undang-undang yang adil. Ia juga memerlukan suatu proses pembangunan dan pemeliharaan segala segi ilmu, amalan, dan muamalat yang membentukkan Islam sebagai suatu cara hidup
Ini bererti seorang Islam yang menguasai ilmu dan mempunyai akhlak dan akal yang adil dan jujur, tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum-hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya
Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang anti-ketidakadilan dan ketidakjujuran
Dalam cara hidup mereka tidak ada tempat untuk perbuatan yang kurang adil atau kurang jujur, yang bertentangan dengan perangai mereka
Orang yang adil dan jujur akan mewujudkan suatu proses pembangunan sosial yang baik untuk masyarakat
Yang dimaksudkan dengan pembangunan sosial adalah keupayaan umat Islam bekerjasama dalam membina institusi-institusi yang maju, seperti yang dilakukan oleh para pemimpin dan sarjana Islam pada zaman dahulu. Institusi adalah pola yang tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia
Keperluan seperti desakan jantina dan perkembangan zuriat dipenuhi oleh institusi keluarga. Keperluan mencari makanan, pakaian dan barang kebendaan dipenuhi oleh institusi ekonomi
Keperluan manusia untuk belajar, untuk mempertingkatkan kecekapannya dalam pelbagai bidang dipenuhi oleh institusi pendidikan
Mewujudkan institusi-institusi yang cekap dan berkesan, dan yang berkhidmat untuk masyarakat dan negara tidak merupakan sesuatu yang rumit
Lagi pula, masalah yang rumit dapat diselesaikan oleh para pakar yang mudah didatangkan. Yang tidak mudah adalah mewujudkan suasana politik dan pentadbiran yang memungkinkan perkembangan institusi-institusi utama. Ini memerlukan kemahuan dan keazaman politik yang kukuh
Umat Islam mengalami pelbagai masalah besar yang hanya dapat diatasi jika kita menghidupkan kembali cara hidup yang adil dan baik dalam erti, ilmu, amalan, sikap menghargai alam ini, dan sifat-sifat luhur, dan menerapkannya kepada kehidupan sehari kita
Cara hidup ini seharusnya mempengaruhi pemimpin kita supaya masalah masyarakat dapat diatasi
Tetapi apakah masalah masyarakat kita? Secara ringkas, saya gariskan seperti berikut:Kekurangan pemikir/cendekiawan dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu;Kekurangan golongan usahawan yang maju supaya membekalkan masyarakat dengan dana untuk kegiatan-kegiatan intelektual dan budaya;Kelemahan dalam bidang pendidikan am;Cendekiawan tidak berperanan penting dalam pembangunan sosial.Melahir dan memupuk golongan cendekiawan dan usahawan mengambil masa lebih daripada satu generasi. Satu masalah yang penting sekali yang harus diperhatikan ialah masalah pendidikan
Saya merujuk kepada pendidikan keislaman yang di madrasah dan juga di luar madrasah, seperti di masjid, ceramah, majlis ta’lim dan di rumah
Tujuan pendidikan seharusnya untuk membawa perubahan dalam budaya kita ke arah menjadi cara hidup yang adil dan berakhlak
Jadi, perjuangan kita adalah dalam segala bidang ilmiah dan sastera dan harus menegaskan sikap yang menghargai dunia dan sifat-sifat luhur
Tanpa ini, masyarakat kita akan wujud di aras kepercayaan semata-semata, iaitu, kepercayaan yang kurang tegas sehingga tidak mewujudkan muamalat dalam bidang yang penting dan yang menentukan kemajuan sesebuah masyarakat itu. Ini merupakan penghinaan paling besar kepada Islam
Dalam tradisi Islam, cara hidup disebut juga syariah atau tariqah iaitu suatu perjalanan ke arah mengingat asal kita. Cara hidup itu terdiri daripada kepercayaan dan amalan
Semasa kita berada di dunia ini, iaitu, sebagai salik atau pengembara, kita diminta oleh Al-Quran mengambil perhatian tentang dunia ini sebab setiap sesuatu fakta dalam dunia ini merupakan ayat atau tanda kemuliaan Allah
Jadi, kita diminta beriman dan mempelajari keduanya ilmu tentang Allah dan juga tentang segala yang telah dicipta Allah demi memperkukuhkan iman kita, supaya kita yakin akan kenyataan dan kebenaran
Islam sebagai cara hidup tidak terhad kepada kepercayaan (iktikad) dalam erti yang sempit tetapi merangkumi segala cabang ilmu terhadap Allah dan makhluk-Nya
Oleh kerana itu, para sarjana Islam pada zaman dahulu memelihara pelbagai bidang ilmu dengan penuh semangat
Para sarjana atau ulama Islam zaman dahulu membahagikan ilmu ke dalam 2 jenis, iaitu, ilmu akli (al-‘ulum al-‘aqliyyah), dan ilmu nakli atau ilmu tradisional (al-‘ulum al-naqliyyah)
Yang pertama merujuk kepada ilmu yang berpunca daripada daya pemikiran dan pemerhatian manusia. Yang kedua merujuk kepada ilmu yang berpunca daripada wahyu
Ilmu nakli terdiri daripada bidang seperti ilmu tafsir Quran dan qiraat Quran, ilmu hadith, ilmu fiqah dan cabang-cabangnya (fiqh dan ‘usul al-fiqh), ilmu kalam, (‘ilm al-kalam), dan ilmu tasawuf
Ilmu-ilmu akli termasuk ilmu-ilmu yang berhubungan dengan angka-angka, astronomi (‘ilm al-hay’ati), ilmu logik (‘ilm al-mantiq), perubatan, ilmu metafizik, ilmu kimia, ilmu fizik, geografi, biologi, muzik, dan ilmu masyarakat (‘ilm al-‘umrun)
Agama Islam sebagai cara hidup tidak hanya terdiri daripada ilmu semata-mata tetapi juga amalan, yang berasaskan kepada kepercayaan itu. Amalan itu merupakan unsur yang perlu ada. Kalau tidak ada amalan, tidak ada Islam sebagai cara hidup
Amalan itu dapat dibahagikan kepada 2, iaitu, ibadah dan perbuatan selainnya dalam mana kita bergiat, bertindak, melakukan sesuatu, atau menjalankan sesuatu
Dari segi amalan dalam erti kedua, ia disebut muamalat. Ini merupakan takrif muamalat yang luas. Muamalat juga difahami dalam erti yang lebih sempit sebagai perniagaan/perdagangan
Yang penting bagi kita ialah kenyataan bahawa keduanya kalimah amalan dan muamalat berasal dari akar kata yang sama, iaitu, amal yang merujuk kepada perbuatan, melakukan sesuatu, mengerjakan sesuatu, melaksanakan sesuatu, menjadikan sesuatu yang sebelumnya wujud di peringkat teori semata-mata
Ternyata di sini yang dimaksudkan dengan amalan adalah melakukan sesuatu atau menjalankan sesuatu yang berasaskan kepada syariat Islam sama ada amalan itu ibadah atau amalan atau perbuatan selainnya seperti muamalat
Ini membawa kita kepada soalan yang berikut: Apakah unsur-unsur keislaman yang terkandung dalam muamalat? Memang ada banyak. Saya akan sentuh pada beberapa sahaja:Kejujuran: umpamanya kita seharusnya menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak jujur seperti rasuah;Menjauhkan diri dari eksploitasi, iaitu, dari menggunakan seseorang secara tidak adil untuk dapat manfaat bagi kita sendiri dan merugikan pihak itu;Menjauhkan diri dari segala perbuatan yang haram;Menjaga atau melindungi suasana kita dan alam sekitar; daMenganggap muamalat sebagai berkat dari Allah.Kita seharusnya menganggap peluang untuk bekerja dan berniaga sebagai berkat dari Allah dan bekerja sedaya upaya untuk menjadi ahli (pakar atau pandai) dalam bidang itu dan berjaya
Muamalat salah satu daripada dimensi amalan yang amat luas. Ini yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup, iaitu keseluruhan kepercayaan dan amalan yang berasaskan kepada Islam. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/08/kemajuan-dan-agama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH%2

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Video Antrean Orang Mau Cerai Di Pengadilan Agama Bandung

Viral Video Antrean Orang Mau Cerai Di Pengadilan Agama Bandung

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 302 hits
Video antrean perceraian yang mengular di Pengadilan Agama Soreang Kabupaten Bandung Jawa Barat beredar di akun instagram bandung update Bandung ers jangan terkecoh yaa ini bukan antrian penerima bantuan sosial tapi antrian orang orang yang...
Islam Agama Yang Memerintah

Islam Agama Yang Memerintah

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 216 hits
ISLAM AGAMA YANG MEMERINTAHCatatan awal sejarah Khilafah IslamiyahSiri 1 Oleh Mohd Fadli GhaniHijrah Nabi Muhammad SAW ke Yathtib pada 26 Safar tahun ke 13 kerasulan bersamaan tahun 622M dan tiba di kota itu pada 12 Rabiul Awal adalah ti
Laporan Polis Pemuda Warisan Sabah Bermain Isu Agama

Laporan Polis Pemuda Warisan Sabah Bermain Isu Agama

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 290 hits
UMNO LINEKUALA LUMPUR Satu laporan polis dibuat terhadap Pemuda Parti Warisan Sabah yang mendakwa Skuad Sabil Pemuda UMNO Malaysia bakal mencetuskan peperangan dan memainkan sentimen agama di Sabah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datu...
Sudah Pindah Agama Tapi Masih Pajang Foto Berhijab Ini Penjelasan Salmafina Sunan

Sudah Pindah Agama Tapi Masih Pajang Foto Berhijab Ini Penjelasan Salmafina Sunan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 247 hits
Salmafina Sunan memutuskan pindah agama sejak pertengahan 2019 silam Kendati keyakinannya sudah berbeda dia tak menghapus fotonya di Instagram saat masih berhijab Hal itu ternyata menimbulkan penasaran dari salah satu warganet Dalam sesi Q ...
Jual Agama Lagi

Jual Agama Lagi

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 210 hits
W FaudzinJual agama lagi Nabi tak berpakat dengan puak perompak Takkan itu pun nak kelentong walaun gak Habis tu amanat banggol peradong yang kapirkan umno tu ikut Nabi gak ke
Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

Urus Pertamina Malah Jadi Rugi Mantan Terpidana Kasus Penghinaan Agama Ini Diminta Kembali Ke Dunia Politik

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 224 hits
Kehadiran mantan terpidana kasus penghinaan agama Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok di tubuh PT Pertamina dianggap tidak bermanfaat Hal itu dikarenakan Pertamina mengalami kerugian mencapai 767 92 juta dolar AS atau setara Rp 11 33 triliun ...
Agama Bukan Semberono

Agama Bukan Semberono

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 596 hits
Tajuk AGAMA BUKAN SEMBERONOPenulis Dr Mohd Asri Zainul AbidinPenerbit R DimensiTahun terbit 2017Jumlah muka surat 191Harga RM25Buku tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini menyentuh pelbagai topik tetapi dengan tema yang sama iaitu menentang...
Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

Perkhidmatan Pelupusan Al Quran Buku Agama

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 283 hits
Assalamualaikum w b t Anda banyak menyimpan Al Quran dan buku buku agama lama dirumah Banyak yang rosak dan koyak tapi anda tidak tahu mahu lupus dimana Jangan risau Kami ada penyelesaiannya Kami menyediakan PERKHIDMATAN PELUPUSAN AL QURAN ...
Warga Katolik Pilih Pemimpin Umat Islam Warga Kami Pilih Pemimpin Desa Bukan Pemimpin Agama

Warga Katolik Pilih Pemimpin Umat Islam Warga Kami Pilih Pemimpin Desa Bukan Pemimpin Agama

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 236 hits
Indonesia merupakan salah satu negara di dunia yang dianggap memiliki masyarakat dengan tingkat toleransi yang tinggi Keramahtamahan dan tingkat toleransi masyarakat Indonesia inilah yang mampu membuat masyarakat dunia terkagum kagum Hal in...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa