Kemahiran Menulis Tahap 1
Kemahiran menulis pada kanak-kanak perlu dibentuk dan diajar dari usia yang muda kerana ia akan sangat membantu dalam proses pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai deria rasa yang tinggi dan dengan tunjuk ajar yang betul, mereka akan dapat mempelajari kemahiran menulis dengan baik.
Seawal usia 3-4tahun, ibu bapa sudah boleh memberikan tunjuk ajar asas kepada kemahiran menulis. Berikan mereka pensil berwarna dan kertas serta ajarkan mereka cara memegang pensil dengan betul. Biarkan mereka melakar apa-apa bentuk di atas kertas bagi membiasakan penggunaan tangan dan teknik memegang pensil dengan baik.
Admin juga akan kongsikan beberapa tips penting yang boleh ibu bapa dan guru gunakan untuk mengajar teknik kemahiran menulis yang betul pada anak-anak. Seiiring itu juga, admin kongsikan kertas kerja untuk kemahiran menulis tahap 1 bagi memudahkan proses pembelajaran kepada para guru juga ibu bapa.
Tips membantu anak anda menguasai kemahiran menulis :
Kenalpasti keperluan asas untuk mengajar kemahiran menulis seperti :
Kestabilan postur badan
Kekuatan tangan dan jari
Persepsi visual
Koordinasi dua hala
Sentiasa beri perhatian terhadap perkembangan fungsi tangan anak-anak seperti genggaman dan kemahiran melukis
Kenalpasti juga tangan dominan anak anda
Siapkan kelengkapan untuk menulis seperti :
Posisi yang betul untuk kertas
Posisi yang betul untuk tangan
Posisi yang betul untuk pensil
Pra bentuk tulisan yang dijadikan rujukan atau contoh
Semoga dengan perkongsian dari SGO ini dapat membantu memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan terutamanya pelajar dalam menuntuk ilmu. Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan yang lain dan follow kami di https://t.me/sistemguruonline untuk lebih banyak maklumat dan perkongsian menarik. Terima kasih.
MUAT TURUN SEKARANG :
Kemahiran-Menulis-Murid-Tahap-1-Sekolah-Rendah (3)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/01/kemahiran-menulis-tahap-1.html