Keluarga Harap Keajaiban Farid Kamil Bebas






Tempoh dua minggu menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya dilalui dengan keterujaan dan kesyukuran seperti hilang sebahagian rasa buat penerbit dan pelakon bernama Fadzil Zahari. Di dadanya, ada rasa bungkam yang sukar dileraikan. Biarpun tiada kepastian, dalam doanya dia masih berharap, abangnya, Datuk Farid Kamil akan dibebaskan dan boleh beraya bersama keluarga pada tahun ini.

Akui Fadzil, seluruh keluarganya juga masih dalam keadaan terkejut untuk menerima hakikat bahawa suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu sedang menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan bermula 15 Mei lalu apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara terhadap Farid selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja pada tahun lalu.

Enggan mempertikaikan keputusan mahkamah, Fadzil bagaimanapun memberitahu, seluruh ahli keluarga masih mengharapkan keajaiban agar pelakon Lagenda Budak Setan itu beroleh pembebasan dengan segera,

Ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran bersama Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT) dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) di Menara Petronas baru-baru ini, suami kepada pelakon Yana Samsudin itu terbuka bercerita banyak perkara.

Bolehkah anda berkongsi mengenai keadaan terkini Farid?

FADZIL ZAHARI: Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada semua wartawan yang cuba mendapatkan komen saya mengenai Farid pada hari dia dijatuhkan hukuman. Saya tidak boleh memberikan sebarang ulasan pada ketika itu kerana dalam keadaan terkejut.

Kami ada menemui Farid. Alhamdulillah. Berbanding ketika dimasukkan ke lokap dahulu, kali ini dia kelihatan lebih tenang. Farid berpesan, agar saya menjaga keluarga.

Sepanjang ketiadaan dia, tanggungjawab sebagai anak sulung, kini terletak pada bahu saya.

Bagaimanakah ibu bapa anda berdepan dengan dugaan ini?

Ibu bapa sudah tentu sedih. Saya masih belum mempunyai kesempatan melawat mereka kerana kami akan pulang beraya sekitar seminggu sebelum 1 Syawal.

Kes kali ini berbeza kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman. Tidak seperti kes terdahulu dia hanya masuk lokap dan ada ruang untuk dibebaskan.

Selain doa ibu bapa di Jitra, Alor Setar, Kedah, kami adik beradik juga ada melakukan solat hajat untuk Farid.

Bagaimana pula dengan keadaan isteri Farid, iaitu Diana Danielle?

Kali terakhir kami bertemu ketika masing-masing hadir melawat Farid. Tidak banyak yang saya boleh ulas tentang Diana kerana kami belum berjumpa untuk duduk bersama-sama.

Sepatutnya, saya dan isteri (Yana Samsudin) berbuka puasa bersama Diana hari ini. Namun, salah seorang adik saya turut ke rumahnya hari ini, jadi kami buat keputusan untuk datang ke majlis berbuka puasa bersama anak yatim di sini.

Menerusi media sosial, anda sekeluarga termasuk Diana kelihatan tenang berdepan situasi berkenaan. Adakah anda semua sekuat itu?

Jujurnya, kami masih bersedih tetapi pendekatan kami sekeluarga ialah hidup perlu diteruskan.

Kami tidak boleh berkongsi mengenai luahan hati kepada umum di platform media sosial. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik tetapi tidak berdoa dalam media sosial.

Lagipun, saya dan Yana ada komitmen tersendiri dalam media sosial. Kami tidak boleh mencampuradukkan hal peribadi dan kerja.

Lebaran hampir tiba, adakah anda sekeluarga mempunyai perancangan melawat Farid di penjara?

Kami tidak pernah bercadang untuk melawat Farid pada hari perayaan kerana kami berharap dia keluar untuk beraya bersama.

Setiap tahun menjelang raya, Farid akan jadi ketua. Dia akan menguruskan segala hal keperluan perayaan. Dia orang yang paling bising ketika membuat persiapan.

Apakah status terkini proses rayuan permohonan untuk menangguhkan dan membebaskan Farid daripada hukuman penjara?

Saya sentiasa berhubung dengan peguam mengenai perkara ini. Malangnya, saya tidak boleh berkongsi maklumat tersebut kerana melibatkan perundangan.

Apa yang saya boleh kongsikan, pasukan peguam Farid sedang bekerja keras dan berusaha ke arah itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/keluarga-harap-keajaiban-farid-kamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Farid Kamil Tidak Putus Harapan

Keluarga Farid Kamil Tidak Putus Harapan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 343 hits
Pelakon dan penerbit Fadzil Zahari yang juga adik kepada Datuk Farid Kamil tidak putus harapan agar Farid dapat dibebaskan dari penjara untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga Fadzil atau nama sebenarnya Fadzil Bahri Zahari 36 ...
Keluarga Mohon Tangguh Hukuman Farid Kamil Sambut Raya Bersama

Keluarga Mohon Tangguh Hukuman Farid Kamil Sambut Raya Bersama

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 701 hits
Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan Foto NSTP Keluarga pelakon dan pengarah popular Datuk Farid Kamil yang dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan pada 15 Mei lalu dilapor Harian Metro tidak berputus asa dan terus berharap h...
Farid Kamil Masuk Penjara We Love You So Much No Matter What Diana Danielle

Farid Kamil Masuk Penjara We Love You So Much No Matter What Diana Danielle

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 2238 hits
Pelakon Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah peengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibaol pada Januari tahun la...
Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Netizen Minta Diana Danielle Tabah

Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Netizen Minta Diana Danielle Tabah

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 473 hits
Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan The post appeared first on
Farid Kamil Beraya Dalam Penjara

Farid Kamil Beraya Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 454 hits
Farid dijatuhi hukuman penjara 9 bulan Mahkamah Majistret Petaling Jaya Selangor memerintahkan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan dan berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua tahun sele...
Found Guilty Of Drug Abuse Farid Kamil Gets Nine Months In Jail

Found Guilty Of Drug Abuse Farid Kamil Gets Nine Months In Jail

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 431 hits
PETALING JAYA A magistrate s court here has sentenced actor Datuk Farid Kamil Zahari to nine months in jail and ordered for him to be put under the surveillance of National Anti Drugs Agency for two years after finding him guilty of using d...
Hiburan Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil Di Penjara

Hiburan Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil Di Penjara

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 367 hits
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol tahun lalu Ada pihak bagaimanapun merasakan Farid boleh me...
Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 513 hits
Siapa yang ikuti cerita Farid Kamil yang lalok sehingga bertindak luar batasan menampar anggota polis Januari tahun lalu pasti mahukan kesudahannya bukan BACA Hari ini Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah ...
Gempar Datuk Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan

Gempar Datuk Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 392 hits
Artis Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol tahun lalu Menurut BH Online hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ar...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Akim The Majistret Gasoline Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo