Keluarga Badut Uncle Ting Tong Terharu Dapat Bantuan


 
Wakil NOW menziarahi keluarga Roslee Yusof di kediamannya di Flora Damansara.PETALING JAYA: Ketabahan badut “Uncle Ting Tong” mencari rezeki bagi menyara 3 orang anak menghidap talasemia mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Nation of Woman (NOW) yang berkunjung ke rumah keluarga itu di Flora Damansara baru-baru ini.
Kisah Roslee Yusof, 53, yang sanggup bekerja sebagai manusia patung atau badut sepenuh masa mendapat perhatian meluas selepas dilaporkan FMT pada 31 Julai lalu.
Tersentuh dengan kisah keluarga itu di mana isteri Roslee, Norehan Hamid turut menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi yang menyebabkan pergerakannya terbatas, NOW tampil menghulurkan bantuan.
Norehan berkata, keluarganya terharu dengan bantuan dihulurkan NOW yang sedikit-sebanyak meringankan beban mereka.
“Terima kasih kepada NOW kerana bermurah hati bantu keluarga saya dan ubah keluarga saya lebih baik dari segi ekonomi dan kesihatan,” katanya.
Exco NOW Suhana Roshandin menyampaikan sumbangan kepada isteri Roslee yang menghidap pelbagai penyakit.Wanita itu mengakui, penyakit dihidapinya menyebabkan pergerakan terbatas termasuk sukar membantu suaminya mencari rezeki.
“Saya tidak boleh ikut suami mencari rezeki kalau diserang sakit,” katanya.
Norehan turut memaklumkan, sebelum ini keluarganya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) namun tidak menerimanya sejak tahun lalu.
Keluarganya tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada rezeki suami dan anaknya berniaga kecil-kecilan.
“Lebih separuh wang yang kami dapat untuk rawatan kesihatan saya dan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, exco kebajikan nasional NOW Suhana Roshandin berkata, pihaknya setuju memberi bantuan kewangan untuk kos rawatan termasuk membaiki rumah yang rosak memandangkan keluarga terbabit memang layak.
Wakil NOW bersama ahli keluarga Roslee termasuk 3 anaknya yang menghidap talasemia.Suhana memaklumkan, keluarga terbabit bukan sekadar dibantu bagi tempoh jangka masa pendek sebaliknya turut mencari penyelesaian membawa mereka keluar daripada kesempitan hidup dihadapi ketika ini.
Katanya, NOW dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendaftarkan 3 anak Roslee mengikuti kursus kemahiran selama 2 bulan bagi membolehkan mereka mendapat pendedahan lebih meluas untuk menambah pendapatan dan lebih stabil termasuk mendapatkan geran daripada kerajaan.
“Kami difahamkan 3 anak pasangan ini menghidap talasemia yang memerlukan pertukaran darah setiap 2 minggu dan kosnya agak tinggi, malah pendapatan bulanan keluarga ini agak rendah lebih kurang RM1,000 sebulan, isterinya mengidap pelbagai penyakit, jadi NOW akan bantu mereka.
“Bantuan diberikan bukan semata-mata untuk 1 hari, sebaliknya kami beri bantuan dari segi kursus yang kami tawar kepada keluarga ini, 2 anak perempuan dan seorang lelaki akan dihantar mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia termasuk sulam bedak, menjahit atau bekam,” katanya.
NOW menyampaikan sumbangan ketika kunjungan ke kediaman Roslee baru-baru ini.Katanya, NOW juga bersetuju menanggung perbelanjaan kewangan selama 2 bulan anak Roslee mengikuti kursus kemahiran itu.
“Disebabkan kebiasaannya 3 anak ini membantu sepenuh masa Roslee termasuk menjadi badut dan berniaga roti canai di Uptown Kota Damansara, kos perbelanjaan selama 2 bulan ketiga-tiga mereka mengikuti kursus kita akan tanggung,” katanya.
NOW turut akan menghantar pasukannya membaiki rumah keluarga terbabit yang rosak termasuk menggantikan semua tingkap yang pecah.
FMT sebelum ini melaporkan Roslee atau “Uncle Ting Tong” sanggup meninggalkan kerja bergaji tetap di taman tema untuk menjadi badut hampir 20 tahun.
Katanya, selain minat beliau memilih untuk menjadi badut sepenuh masa selepas semua 3 anaknya, Nurizwani, Nurismawati dan Muhammad Nirwan disahkan menghidap talasemia –penyakit genetik sel darah merah yang menghalang badan menghasilkan darah mencukupi.
Bagaimanapun, Roslee tidak menjadi penghibur jalanan setiap hari kerana kadangkala anaknya jatuh sakit dan perlu menjaga mereka dengan rapi.
Katanya, lebih 50% pendapatan bulanan mereka digunakan untuk kos perubatan dan rawatan anak di Hospital Ampang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/keluarga-badut-uncle-ting-tong-terharu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Boleh Buat Beli Pulsa Pemerintah Akan Kembali Beri Bantuan Rp 500 Ribu Per Keluarga

Tak Boleh Buat Beli Pulsa Pemerintah Akan Kembali Beri Bantuan Rp 500 Ribu Per Keluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 265 hits
Disamping upaya keras menanggulangi dan memberantas wabah Virus Corona Disease pemerintah juga bersiap meluncurkan bantuan demi bantuan bagi masyarakat terdampak pandemi virus ini Bahkan terbaru pemerintah bersiap kembali menyalurkan bantua...
Kerajaan Mengumumkan Pusingan Kedua Bantuan Bpn Untuk B40 M40

Kerajaan Mengumumkan Pusingan Kedua Bantuan Bpn Untuk B40 M40

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pusingan kedua bantuan tunai untuk isi rumah B40 M40 Bantuan Prihatin Nasional 2 0 pemberian itu adalah sebahagian daripada pakej pemulihan ekonomi Kita Prihatin yan...
Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran Ipt Maij Cara Permohonan Bantuan Untuk Mahasiswa Belajar Dalam Negara 2020

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 425 hits
SKIM BANTUAN YURAN PENDAFTARAN IPT MAIJ CARA PERMOHONAN BANTUAN UNTUK MAHASISWA BELAJAR DALAM NEGARA 2020 Majlis Agama Islam Johor mempelawa mahasiswa yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Dalam Negara untuk memohon Sk...
Bantuan Prihatin Nasional 2 0

Bantuan Prihatin Nasional 2 0

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 439 hits
Add captionAssalamualaikum semua Pada sidang media pada pukul 2 tadi Perdana Menteri telah mengumumkan satu bonus kepada rakyat Malaysia iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2 0 Bantuan Prihatin Nasional dengan peruntukan hampir RM7 bilion Satu ...
Tiada Permohonan Yang Perlu Dibuat Untuk Mendapatkan Bantuan Bpn 2 0 Pm

Tiada Permohonan Yang Perlu Dibuat Untuk Mendapatkan Bantuan Bpn 2 0 Pm

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 320 hits
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada permohonan yang perlu dibuat bagi mendapatkan bantuan BPN 2 0 Menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin yang dilakukan sebentar tadi belai menyatakan bahawa kerajaan aka...
Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 350 hits
Tadi Anuar Ibrahim kata apa dekat Sidang Media tadi Ok kita lupakan hal tu dulu sebab Abah atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bantuan tambahan khas buat rakyat Malaysia Bantuan itu adalah Ia adalah...
Komisi Viii Dpr Cecar Kemenag Soal Anggaran Bantuan Operasional Pesantren Dipotong

Komisi Viii Dpr Cecar Kemenag Soal Anggaran Bantuan Operasional Pesantren Dipotong

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 156 hits
Wakil Ketua Komisi VIII DPR RI Ihsan Yunus mengatakan Komisi VIII DPR merasa sudah memperjuangkan agar anggaran untuk BOP cair Tapi uang tersebut tidak tersalurkan sepenuhnya kepada yang membutuhkan Eh dipotong dan saya yakin bapak ibu suda...
Kerana Anwar Rakyat Dapat Durian Runtuh Bantuan Prihatin Dari Pm Muhyidin

Kerana Anwar Rakyat Dapat Durian Runtuh Bantuan Prihatin Dari Pm Muhyidin

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 367 hits
Selepas President PKR membuat pengumuman mempunyai jumlah yang cukup untuk membentuk kerajaan dari Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang melompat ke PKR Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi oleh pengumuman bantuan prihatin untuk rakyat Ma...
Bantuan Dana Bagi Pembedahan Pemindahan Hati Adik Aafiyah Sebanyak Rm120 000

Bantuan Dana Bagi Pembedahan Pemindahan Hati Adik Aafiyah Sebanyak Rm120 000

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 319 hits
Bantuan Dana Bagi Pembedahan Pemindahan Hati Adik Aafiyah Sebanyak RM120 000 Kawan kawan Ummi yang baik hati mohon bantuan kalian semua Anak sahabat Ummi memerlukan dana
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid