Keluarga B40 Di Pedalaman Terabai Ketika Negara Beralih Digital Sewaktu Pandemik


 Siva Selan
Warga kurang mampu dan miskin juga terpaksa melaksanakan banyak perkara secara dalam talian ketika pandemik Covid-19, maka usaha menurunkan harga komputer dan akses internet yang baik perlu disegerakan.

Penduduk Malaysia di pedalaman daripada golongan B40 turut memerlukan capaian internet yang bagus dan peralatan digital demi pendidikan. Gambar: Bernama Berbanding setahun lalu, teknlogi digital kini memainkan peranan penting dalam suasana “norma baru” kerana menjadi bahagian penting dalam kehidupan warga Malaysia sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ketika ini hampir keseluruhan warga terpaksa menyelesaikan urusan seharian dari rumah, ia kemudian menjadi satu perkara biasa bagi ramai orang, bahkan barangkali menggemari situasi demikian.
Bagaimanapun, untuk melancarkan urusan-urusan ada beberapa perkara yang anda perlukan. Jika tidak ia akan menyukarkan anda.
Hakikatnya, satu segmen besar daripada populasi negara menghadapi kesukaran untuk untuk melaksanakan urusan mereka apabila banyak perkara yang sebelum ini dibuat di luar talian, namun atas tuntutan PKP, ia perlu diselesaikan dalam talian.
Untuk mendapatkan peralatan digital yang berpatutan dan pautan internet yang cukup nampaknya masih menjadi masalah bagi golongan B40 di kawasan pedalaman.
Beberapa pakar berkata, menyelesaikan isu seputar liputan internet dan menjadikan harga komputer lebih murah perlu menjadi perkara utama dalam usaha negara mencapai transformasi digital.
Kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini melakukan banyak urusan secara dalam talian termasuk membeli barangan, perbankan, membayar bil, belajar, dan pendaftaran di laman sesawang kerajaan.
Malangnya, golongan berpendapatan rendah dilihat masih terabai, dan dibiarkan bingung dengan peredaran laju masa kini.
Walaupun pengetahuan mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mudah diakses di bandar, namun sekiranya anda tinggal lebih jauh dari kawasan tumpuan populasi, akses ICT menjadi semakin sukar diperolehi.
Profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng memberitahu MalaysiaNow terdapat jurang digital yang besar antara masyarakat bandar dan luar bandar di Malaysia.
Memetik penemuan Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Jabatan Perangkaan Negara terhadap Individu dan Isi Rumah 2020, beliau berkata walaupun 83% isi rumah di luar bandar kini mempunyai akses internet, hanya 55% daripada mereka memiliki komputer.
Jika dibandingkan dengan isi rumah bandar, 93% daripada mereka mempunyai akses internet dan sekitar 80% memiliki komputer.
Yeah berkata peratusan purata kebangsaan ini menutupi beberapa anomali yang lebih besar.
“Perbezaan antara isi rumah bandar dan luar bandar lebih besar di negeri-negeri pantai timur semenanjung yang kurang maju, selain Sabah dan Sarawak,” katanya.
“Tinjauan Jabatan Statistik 2019 mengenai pendapatan isi rumah menunjukkan bahawa pendapatan kasar isi rumah bulanan kumpulan B40 adalah RM3,152, namun jumlah terendah direkodkan di Kelantan dengan pendapatan bulanan hanya sebanyak RM2,194.
“Komputer riba sekarang ini, sama harga dengan pendapatan bulanan isi rumah B40.”
Bagaimanapun, jika harga peralatan berpatutan dan boleh digunakan namun tanpa capaian internet yang baik, ia tetap tidak memberikan manfaat sebenar kepada golongan itu.
“Selain tidak mampu mendapatkan peralatan digital, keluarga luar bandar juga menghadapi masalah infrastruktur, akses, dan kualiti digital yang teruk,” kata Profesor Madeline Berma dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
“Dan banyak juga daripada kalangan mereka tidak begitu celik teknologi.”
Beliau turut menegaskan ketika negara berdepan dengan pandemik yang mencabar, pembangunan infrastruktur digital, terutama sambungan gentian fiber, terlalu tertumpu di kawasan bandar berbanding kawasan pedalaman yang memiliki penduduk berpendapatan rendah dan tidak mampu.
Bagaimanapun, Yeah dan Berma berkata ada cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Yeah percaya subsidi kerajaan dan komersial yang bertujuan menjadikan peralatan digital lebih berpatutan boleh merapatkan jurang dalam akses digital warga Malaysia.
“Memberi insentif cukai dan mendorong promosi dan potongan jualan kepada kumpulan B40 akan menjadi salah satu cara untuk mengimbang jurang ketika ini,” katanya.
Berma bersetuju bahawa ketika ini kerajaan perlu melaksanakan dasar yang lebih berani, terutama berhubung perkhidmatan internet.
Beliau berkata syarikat perladangan yang besar dan syarikat yang aktif menjalan operasi di luar bandar harus diberi insentif untuk memberikan perkhidmatan jalur lebar percuma kepada masyarakat di kawasan operasi mereka.
“Pastinya wujud keperluan untuk persaingan yang sihat dalam menyediakan perkhidmatan internet yang pantas dan stabil selain peralatan digital yang berpatutan kepada masyarakat luar bandar,” katanya.
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) telah disusun untuk meningkatkan kualiti dan liputan jalur lebar dalam negara, mengurangkan harga perkhidmatan dan menyediakan akses internet yang boleh dipercayai di semua spektrum masyarakat.
Jangka waktu pelaksanaan NFCP disasarkan selama 5 tahun, dari 2019 hingga 2023 yang dilihat sebagai sasaran dalam tempoh yang sangat singkat sebelum pandemik.
Namun keadaan sudah berubah, kata Yeah sambil menggesa NFCP harus disegerakan bagi menyelesaikan masalah liputan rangkaian di kawasan luar bandar.
Berma berkata jabatan kerajaan, sekolah, dan perpustakaan di daerah pedalaman juga harus diberikan subsidi untuk memperkenalkan skema untuk “pinjam dan teroka” cara penggunaan peranti kepada masyarakat miskin serta menjalankan kursus-kurusun bagi membiasakan mereka dengan penggunaan digital.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/keluarga-b40-di-pedalaman-terabai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Kit Makanan Labuan Keluarga B40

Permohonan Bantuan Kit Makanan Labuan Keluarga B40

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 535 hits
Permohonan Bantuan Kit Makanan Labuan Bantuan Kit makanan akan disalurkan kepada penduduk Labuan daripada golongan B40 yang dikuarantin akibat jangkitan Covid 19 Bantuan ini diterajui oleh Perbadanan Labuan bagi meringankan beban rakyat Lab...
Hiburan Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik

Hiburan Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 383 hits
Naim Daniel 23 menasihati segelintir Instafamous mahupun selebriti yang suka berkongsi foto atau aktiviti mereka di media sosial untuk lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan tidak menaikkan kemarahan orang lain ketika musim pandemik i...
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 296 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Hiburan Susulan Kes Langgar Sop Ketika Aidilfitri Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun Rm8 000

Hiburan Susulan Kes Langgar Sop Ketika Aidilfitri Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun Rm8 000

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 286 hits
Dua keluarga selebriti terkenal Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami Muhammad Faizal Zakari dilaporkan telah dikenakan kompaun gara gara kes pelanggaran prosedur operasi standard ketika perlaksanaan Perintah K...
Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 211 hits
SEBENARNYA Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka yang dikaitkan dengan COVID 19 Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad tiada sebarang
Sempadan Akan Dibuka Untuk Pelancong Ke Negara Portugal

Sempadan Akan Dibuka Untuk Pelancong Ke Negara Portugal

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 308 hits
Berita baik untuk kaki travel yang dah lama terperap dalam rumah akhirnya Sempadan Akan DiBuka Untuk Pelancong Ke Negara Portugal Ya ini berita yang sahih Tetapi hanya untuk Rakyat United Kingdom sahaja Kita di Malaysia jangan fikir lagi pa...
Negara Islam Turut Terima Kecaman Dalam Isu Keganasan Israel

Negara Islam Turut Terima Kecaman Dalam Isu Keganasan Israel

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 255 hits
MALAYSIA NOW Normalisasi beberapa negara Islam terhadap kedaulatan Israel mengundang kritikan dalam kalangan negara negara Islam sendiri Kesan serangan Israel di kawasan Beit Hannoun Palestin Serangan ganas negara Yahudi itu terhadap Palest...
Malaysia Negara Pertama Lancarkan Narzo 30 Diperingkat Global

Malaysia Negara Pertama Lancarkan Narzo 30 Diperingkat Global

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 405 hits
realme hari ini melancarkan narzo 30 memberi pilihan tambahan kepada peminat untuk meningkatkan prestasi terbaik pada pengalaman permainan mudah alih mereka Malaysia juga terpilih sebagai negara pertama yang melancarkan narzo 30 di peringka...
Lebih 5 000 Pejuang Palestin Gugur Mempertahankan Negara

Lebih 5 000 Pejuang Palestin Gugur Mempertahankan Negara

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 269 hits
unable to retrieve full text content 160 INFOGRAFIK Semalam genap hari kelapan rejim Zionis menceroboh dan menyerang bumi Palestin ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut kemeriahan Aidilfitri Dianggarkan seramai 192 penduduk di...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life