Negara Islam Turut Terima Kecaman Dalam Isu Keganasan Israel


 Staff Writers  MALAYSIA NOW

Normalisasi beberapa negara Islam terhadap kedaulatan Israel mengundang kritikan dalam kalangan negara-negara Islam sendiri.

Kesan serangan Israel di kawasan Beit Hannoun, Palestin. Serangan ganas negara Yahudi itu terhadap Palestin menerima kecaman antarabangsa. Gambar: Bernama Negara-negara Islam menggesa Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza namun wujud juga kutukan terhadap beberapa negara yang baru-baru ini mengiktiraf kedaulatan Israel.
Sebuah kenyataan yang dikeluarkan 57 buah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) masih mengekalkan suara kenyataan yang dikeluarkan negara-negara sekutu Arab Saudi termasuk gesaan menuntut hak kemerdekaan negara warga Palestin dan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.
Minggu lalu, Israel melancarkan serangan ganas ke atas wilayah Palestin, serangan terbesar sejak serangan ke atas Gaza pada 2014 yang menyaksikan pejuang Palestin dan tentera Israel saling berbalas serangan di sepanjang kawasan persisiran semenanjung yang menempatkan hampir dua juta warganya.
“Perjuangan rakyat Palestin adalah luka berdarah dunia Islam hari ini,” kata Menteri Luar Afghanistan Mohammad Haneef Atmar.
Bagaimanapun, laporan AP berkata beberapa rundingan normalisasi antara Israel dan beberapa negara Islam telah menimbulkan kritikan dalam kalangan negara-negara anggota OIC.
Delegasi OIC turut menghalakan kecaman terhadap Bahrain, Maghribi, Sudan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Negara-negara tersebut mencapai normalisasi dalam hubungannya dengan Israel apabila mereka mengiktiraf Israel dan kini berusaha untuk merapatkan hubungan mereka dengan wilayah kontroversi.
Penyokong Palestin turut mengkritik negara-negara tersebut kerana mengiktiraf Israel sekali gus dilihat meninggalkan perjuangan penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Menteri luar Turki turut menyuarakan bantahannya terhadap usaha normalisasi negara-negara di Timur Tengah ketika Israel masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan Ankara.
“Ada beberapa negara telah kehilangan moral kompas mereka dan menyuarakan sokongan terhadap Israel,” katanya.
“Jika ada kenyataan yang tidak betul-betul ikhlas dalam kalangan keluarga kita, bagaimana kita mahu mengkritik orang lain? Siapa yang akan hormat dengan kata-kata kita?”
Bagaimanapun, Hamas yang menguasai Gaza pada 2007 tidak menyertai telesidang bersama beberapa negara Islam tersebut.
Di negara-negara semenanjung Arab, reaksi terhadap serangan ke atas Gaza itu dilihat bercampur-baur.
Di Qatar misalnya, yang menjadi tempat agensi media Al-Jazeera berpangkalan, ratusan orang dilihat menyaksikan ucapan pemimpin Gaza, Ismail Haniyeh pada Sabtu lalu.
Speaker Parlimen Kuwait turut dilaporkan berhubung dengan Haniyeh pada Sabtu selain menteri luar Qatar.
Dalam pada itu, di Bahrain dan UAE, media kerajaan dilihat tidak banyak melaporkan keganasan yang berlaku di Palestin berbanding media-media swasta lain di negara itu.
Beberapa kumpulan masyarakat sivil Bahrain juga dilaporkan mengeluarkan surat bersama menggesa kerajaannya untuk menghalau duta Israel di negara itu.
Di UAE, negara yang mengharamkan parti politik dan tunjuk perasaan, warga Palestin menunjukkan kemarahan mereka secara senyap kerana bimbang permit mereka dirampas.
Hussein Ibish seorang ahli akademik kanan yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat berkata kebanyakan pemimpin negara-negara Teluk takut dengan roket Hamas dan menyifatkannya sebagai “sinis, merbahaya, dan provokatif terhadap Israel dan rakyat Palestin”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/negara-islam-turut-terima-kecaman-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Harap Dunia Islam Bangkit Dr Mahathir Kata Tindakan Bersama Negara Islam Boleh Selesaikan Konflik Arab Israel

Saya Harap Dunia Islam Bangkit Dr Mahathir Kata Tindakan Bersama Negara Islam Boleh Selesaikan Konflik Arab Israel

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 321 hits
2 590 total views 2 590 views today Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata satu penyelesaian boleh dicapai untuk konflik Arab Israel melalui tindakan bersama oleh negara negara Islam dan mereka yang menyokong hak dan perjuang...
Video Erdogan Bersuara Kecam Keras Serangan Israel Ajak Pemimpin Islam Lain Untuk Turut Bersuara

Video Erdogan Bersuara Kecam Keras Serangan Israel Ajak Pemimpin Islam Lain Untuk Turut Bersuara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 340 hits
1 631 total views 1 631 views today Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu malam mengecam keras serangan Israel terhadap jamaah Muslim baru baru ini di Masjid al Aqsa di Yerusalem Palestina Kami mengutuk keras serangan keji Israel t...
Hiburan Saya Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia Hatta Dolmat Terima Kecaman Daripada Peminat Siti Nurhaliza

Hiburan Saya Rasa Penyanyi Nombor Satu Bukan Dia Hatta Dolmat Terima Kecaman Daripada Peminat Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 300 hits
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat kelmarin telah dikecam hebat netizen yang terdiri daripada peminat Siti Nurhaliza apabila didakwa bersikap seperti lalang kerana tidak mengakui lagi penyanyi tersohor negara itu sebagai penyanyi nombor sa...
Malaysia Suara Pendirian Teguh Menentang Keganasan Israel

Malaysia Suara Pendirian Teguh Menentang Keganasan Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 383 hits
Akan sertai Mesyuarat Tergempar OIC pada Ahad KUALA LUMPUR Malaysia akan menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam untuk lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel pada Mesyuara...
Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

Nurul Izzah Seru Umat Islam Berdoa Untuk Palestin Akhiri Kezaliman Israel

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 305 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menyeru umat Islam supaya bangkit memperjuangkan rakyat Palestin yang diserang oleh tentera Israel ketika ini Beliau berkata umat Islam wajar berdoa agar warga Palestin selamat daripada kezalim...
Anwar Kutuk Serangan Israel Di Masjid Aqsa Mahu Negara Dunia Kecam Zionis

Anwar Kutuk Serangan Israel Di Masjid Aqsa Mahu Negara Dunia Kecam Zionis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 368 hits
Serangan pasukan tentera Israel ke atas jemaah yang sedang solat tarawih di Masjid Al Aqsa Palestin kelmarin mendapat kutukan keras Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim Menurut beliau dunia perlu mempertahankan hak r...
Sejarah Islam Dan Bani Israel Cintai Al Aqsa 1

Sejarah Islam Dan Bani Israel Cintai Al Aqsa 1

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 544 hits
Assalamulaikum Baru baru ni kita dikejutkan dengan serangan bom kat negara Palestin Walaupun berapa terkejut sebab memang itu yang selalu berlaku Cuma setiap kali kejadian itu berulang rasa macam hati kita ni orang hiris hiris sakitnya bila...
Rentasan 888 Muhyiddin Sah Halal Kan Negara Haram Israel Parlimen P

Rentasan 888 Muhyiddin Sah Halal Kan Negara Haram Israel Parlimen P

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 260 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8881 PENYELESAIAN DUA NEGARA MUSTAHIL AMANAH 2 PETUGAS BARISAN HADAPAN KELETIHAN 3 KERAJAAN LEMBAB BENDUNG PANDEMIK COVID 19 4 RAKYAT MAHU DARURAT DITAMATKAN
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Dr Afif Hentikan Retorik Rafizi Perlu Letak Jawatan Negara Perlukan Menteri Ekonomi Komited

Kehilangan Pamela Ling 12 Saksi Diambil Keterangan Polis

Pm Anwar Hubungi Presiden Prabowo Bincang Isu Malaysia Indonesia Asean

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Skywalk Aiyerweng Talay Mok Ayoeweng Di Betong

Kelas Mengaji Dan Tawjid Online

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit