Keluarga Anak Yatim Mangsa Covid 19 Lega Keprihatinan Kerajaan


AGENDA DAILY
Nazurah Nabilah Benyajeed bersama tujuh adiknya kini tinggal bersama ibu saudara di Rawang, Selangor, setelah kematian kedua ibu bapa akibat Covid-19.
Peruntukan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia yang diumumkan menerusi Bajet 2022 hari ini bagi memastikan masa depan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 di negara ini terus terjaga, melegakan keluarga kanak-kanak terbabit.
Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak melahirkan rasa syukur dan lega dengan bantuan itu kerana ia menjanjikan masa depan lebih baik kepada lima anak saudaranya yang kehilangan ibu bapa mereka akibat jangkitan virus tersebut.
Beliau kini bergilir-gilir dengan ahli keluarganya yang lain untuk menjaga Hannan Humaira Mohd Nasir, 3, Hawwas, 6, Harraz, 8, Husna Humaira, 9, dan Hadrami, 11.
Bapa kelima-lima beradik iaitu Mohd Nasir Tahal meninggal dunia pada 11 Ogos lepas manakala ibu mereka Ida Haryanie Abdul Razak, yang juga kakak Mohd Ariff, menghembuskan nafas terakhir pada 7 Okt selepas pasangan suami isteri itu menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
“Saya bersyukur dengan pengumuman Bajet 2022 ini sebab masa depan dan pendidikan mereka akan terjamin serta terbela dan tahu kerajaan nak bantu mereka sampai umur 18 tahun.
“Kami bukan daripada keluarga yang senang… datuk dan nenek mereka pun umur dah lanjut dan tiada pendapatan. Jadi bantuan ini sangat-sangat membantu untuk kami membesarkan lima beradik ini,” katanya lapor Bernama.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, berkata kerajaan menyediakan peruntukan itu kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan kanak-kanak terbabit.
Mohd Ariff juga berkata bantuan itu akan diguna untuk memberi pendidikan terbaik dan menyediakan keperluan asas harian kepada mereka.
Pengasas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Semarak Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula berkata pihaknya menyambut baik peruntukan itu selain menyifatkan ia tepat pada masanya di kala virus Covid-19 meragut nyawa ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di negara ini.
Beliau turut berpandangan bahawa biarpun kerajaan menyediakan peruntukan itu, pihak NGO perlu terus membantu sekadar yang mampu.
“Kalau sudut kewangan mereka sudah selesai, NGO pula boleh beri bantuan dari sudut pendidikan dan pembelajaran kepada anak-anak yatim terbabit,” katanya sambil menambah pendidikan kanak-kanak terbabit antara perkara yang perlu diutamakan kerana ia adalah penentu masa depan mereka.
Sejak wabak Covid-19 melanda negara, lebih 4,700 kanak-kanak telah hilang tempat bermanja apabila ibu bapa mereka meninggal dunia akibat dijangkiti virus itu.
Pada 23 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai sebuah institusi bagi membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam mendapatkan sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/keluarga-anak-yatim-mangsa-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 4 696 Jadi Anak Yatim Segera

Covid 19 4 696 Jadi Anak Yatim Segera

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 267 hits
Bukan sekadar mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi malah pandemik COVID 19 menyebabkan anak anak menjadi yatim ekspres selepas kematian ibu bapa Selain bantuan kewangan kanak kanak malang itu memerlukan sokongan untuk meneruskan kelangs...
9 Tips Menjaga Anak Aman Dari Virus Covid 19 Selama Sekolah Tatap Muka

9 Tips Menjaga Anak Aman Dari Virus Covid 19 Selama Sekolah Tatap Muka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 205 hits
Para murid dan guru harus sama sama menyesuaikan diri dengan new normal Bahkan para staf dan pengajar telah diprioritaskan untuk menerima vaksin Covid 19 Selain itu tentunya disiplin protokol kesehatan yang ketat Supaya anak anak bisa belaj...
Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

Kerajaan Negeri Pahang Kesan Anak Syarikat Glc Mengalami Kerugian Terlibat Salah Laku

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 559 hits
KUANTAN Sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan di Pahang dikesan terlibat dalam salah laku membabitkan tadbir urus sehingga mengalami kerugian puluhan juta ringgit Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata salah laku itu dikesa...
Kerajaan Ingin Beri Kuasa Besar Kepada Anak Muda Ismail

Kerajaan Ingin Beri Kuasa Besar Kepada Anak Muda Ismail

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 252 hits
Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda Ismail Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini justeru kerajaan memberi taruhan kepada Undi18 kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata pelaksa...
Dari Kalangan Bangsawan Hingga Keluarga Artis Ini 10 Anak Terkaya Di Dunia Ada Youtuber Cilik

Dari Kalangan Bangsawan Hingga Keluarga Artis Ini 10 Anak Terkaya Di Dunia Ada Youtuber Cilik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 310 hits
Sebagian besar kekayaan mereka berasal dari warisan orang tua ada nominalnya yang menyentuh angka puluhan triliun rupiah lo
Khairy Kerajaan Akan Susahkan Hidup Golongan Tolak Vaksin Covid 19

Khairy Kerajaan Akan Susahkan Hidup Golongan Tolak Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 247 hits
Kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid 19 tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang undan...
Anak Anak Rentang Jadi Wadah Penyebaran Covid 19

Anak Anak Rentang Jadi Wadah Penyebaran Covid 19

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 174 hits
Hal ini dikarenakan anak anak di bawah 18 tahun sangat rentan tertular Covid 19 karena tidak memiliki akses untuk mendapatkan vaksin Covid 19
Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 953 hits
Siapa yang tak mahu memberikan yang terbaik buat anak anak yang sedang membesar Melepaskan anak untuk memasuki ke sekolah asrama penuh memang berat namun inilah yang terbaik untuk masa depan anak anak Inilah yang dikongsikan oleh isteri usa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator