Keluar Rm10k Kwsp Tak Selesai Masalah Ekonomi
Sejak Najib cadangkan pengeluaran RM 10 ribu dari simpanan KWSP, ramai yang sambut baik.. termasuk penyokong PH, Ye lah, Pasal duit semua Sokong.. Tapi itu bukan lah cara yang paling tepat bantu Rakyat dan Ekonomi..Malah boleh rosakkan Ekonomi..
Sebenarnya Najib pun tahu, Cara itu tak betul, Dia cuma gilakan Populariti jer sebelum masuk penjara.. Sebab tu dia cadangkan bayaran balik secara ansurans Selepas 2 tahun.., Sebab dia tahu akan bawa kesan kepada Pelaburan KWSP.. Cara yang paling tepat adalah ikut cara Najib masa jadi PM dulu.. iaitu Kerajaan sendiri yang pinjam dari KWSP dan bantu Rakyat.. Kerajaan boleh jer terbitkan Hutang/Sukuk..
Bayangkan dulu dia bantu Syarikat berkaitan 1MDB, Senang senang bagi RM 2 Billion duit KWAP..Duit Pencen rakyat.., Kononnya Pelaburan dalam syarkat arang batu.. Lesap jugak.. lepas tu janjikan pelaburan dalam syarikat Pembinaan Kapal terbang Boeing berbillion dollar..ikut laporan Perbicaraan, Pinjaman itu diluluskan hanya dengan sehelai 2 kertas surat cadangan…Itu belum jaminan Syarikat Kroni yang lain yg dikatakan bernilai lebih RM 100 billion..
Tak payah kira lah pinjaman dan jaminan Hutang hat lain, 1MDB saja Kerajaan hilang RM 40 Billion.. Jadi tak salah Kerajaan guna dan pinjam untuk Rakyat.. Dan berikan Pinjaman Mudah tanpa faedah kepada kelompok sasaran yang betul betul memerlukan, Andai Kerajaan Pinjam RM 10 Billion, 1 Juta rakyat akan dapat diberikan pinjaman mudah tanpa faedah dengan kadar purata RM 10 Ribu setiap seorang..
Ikut data KWSP… hanya 4.9 Juta Pencarum yang ada, dan 40% Simpanan mereka tak cukup untuk pengeluaran.. Dan kebanyakan Penjaja, Petani, Bekerja Sendiri dan kelompok bawahan, Depa ni takda KWSP pun.. depa ni boleh kata mewakili baki 6 Juta dalam sektor ekonomi yang bermasalah..
akhirnya yang untung orang berpendapatan tetap, bergaji dapat keluar RM 10 ribu..Rakyat Susah tetap susah.. Kalau dah tolong orang bergaji tetap dan tinggi.. takda lah makna apa pun.. lainlah ada kakitangan awam kena buang kerja..
Andai Kerajaan Peruntukan pinjaman Mudah Mikro Kredit.. Katakanlah jumlah yang berdaftar SSM 700 Ribu mengikut data yang menerima GKP.. Yang menganggur lebih 300 ribu.. Mereka boleh diberikan bantuan Mudah tunai berbentuk pinjaman mudah tanpa faedah.. mengapa Perlukan KWSP ? Kalau kata 500 ribu saja ditolong pun..Depa boleh dapat Pinjaman mudah RM 20 ribu setiap seorang.. cara ini jauh lebih tepat..
Bayangkan Sebelum inipun, Rakyat dah keluarkan RM 500 Sebulan, Cukup Setahun mereka dah hilang RM 6 ribu.. Apakah kita mahu mereka hilang lagi RM 10 ibu untuk masa depan depa..? Cara tu tak tepat langsung.. Kita ajar rakyat dengan bantuan Tunai.. dari Moratorium, Pengeluaran KWSP sampailah dengan bantuan BPN.. Ini cara yang salah..
Bayangkan dengan Pengeluaran RM 500 sebulan pun dah memberikan kesan mudah tunai KWSP sebanyak RM 40 Billion.. Apalagi kalau keluar RM 10 ribu.. KWSP akan hilang lagi RM 60 ribu.. sedangkan dana KWSP hanya ada RM 900 Billion.. Akhirnya apa jadi ?
KWSP akan terpaksa jual pegangan dalam Syarikat pelaburan dan menjual Saham.. Tindakan ini pun akan sebabkan Ekosistem Pelaburan dan Ekonomi rosak.. dan akhirnya akan sebabkan masalah rakyat bertambah bila mereka kehilangan pekerjaaan..
Bantuan perlu bersasar.. Mereka yang susah, Benar benar ditolong.. Bukan main suka suka cadang orang keluar duit.. Dalam dok keluar Rm 500 sebulan.. Bantuan Moratorium ni pun masalah tak selesai.. Bukan sebab apa..Sebab Kerajaan dan PM hat ada hari ini memang Kerajaan yang gagal..
Kerajaan yang baik, Dasar Kerajaan yang baik tak perlu Kerajaan belanjakan duit, Pump duit dalam ekonomi..Bila sebuah Kerajaan itu dipercayai..Pelaburan, Pelabur asing akan datang dan akhirnya akan cipta peluang pekerjaan dan Ekonomi…
Jadi tukar lah Kerajaan.. Serah jer lah jawatan tu pada kerajaan PH dan Ds Anwar Ibrahim secara baik dan bermaruah.. jangan sampai Ekonomi kita dah lumpuh.. dah teruk… baru nak letak jawatan.. setidak tidaknya mati lah dalam keadaaan bermaruah bagi menutup dosa sebuah Pengkhianatan..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/30411