Kelebihan Yang Ada Dalam Dalam Bisnes Mlm Yang Anda Mungkin Tidak Perasan


Tahukah anda, sebenarnya bisnes multi level marketing ada banyak kelebihan!
 
Simple.
 
Kalau bisnes ini tak ada kelebihan, sudah tentu tak ada siapa yang berminat nak join syarikat yang membuka peluang kepada orang ramai untuk jadi pengedar menerusi sistem MLM.

Tapi mungkin sebab nama MLM itu sering dicemari oleh skim piramid atau skim cepat kaya, menyebabkan ada sebilangan orang yang mula anti, menyampah, dan meluat dengan bisnes yang dipromosikan secara MLM.
 
Itu belum lagi kita ambil kira gelagat segolongan individu yang berkelakuan pelik, suka menunjuk-nunjuk kemewahan, menipu dan sebagainya. Semua ini memberi impak yang kurang baik terhadap industri MLM.
 
Sebenarnya, jika sesebuah perniagaan itu memang betul-betul beroperasi menerusi syarikat yang sah, mempunyai lesen jualan langsung yang dikeluarkan oleh KPDNHEP, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Direct Selling Association Of Malaysia (DSAM), benda-benda aneh seperti bermewah-mewah dalam kerja pemasaran, menjanjikan bulan bintang dan sebagainya tidak akan berlaku.
 
Sebaliknya bisnes tersebut akan lebih berfokus kepada memastikan kumpulan pengguna sasaran dapat menggunakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Ia lebih menjurus kepada memastikan produk syarikat dapat sampai kepada pengguna sasaran.
 
Jadi kali ini, saya akan senaraikan antara kebaikkan yang ada pada bisnes yang menggunakan model pemasaran jenis MLM. Setelah mengetahui kelebihan-kelebihan yang ada pada model bisnes jenis ini, barulah saya lebih terbuka untuk sertai perniagaan tersebut. Baiklah tanpa melengahkan masa, ini dia antara kebaikkan bisnes MLM yang anda perlu tahu.

 
[1] Bisnes MLM adalah perniagaan yang rendah risiko Dalam apa jua perniagaan, kita tak dapat lari daripada berhadapan dengan risiko. Kita tak mungkin dapat hapuskan risiko atau bebas dari sebarang risiko 100%, sebaliknya dengan ilmu yang betul, kita mampu untuk mengurangkan risiko.
 
Sudah tentu anda perlu tahu membezakan antara bisnes MLM yang sah dengan skim piramid (atau money game) dan perlu tahu cara yang betul dalam memilih syarikat MLM untuk disertai.

Ada banyak orang yang mempunyai impian untuk memiliki bisnes sendiri tak sanggup untuk mulakan bisnes mereka atas faktor modal. Buat bisnes memang memerlukan modal yang besar. Ambil contoh bisnes kedai runcit misalnya, sebab saya pernah buat bisnes ni. Kalau ada modal RM20 ribu sekalipun masih belum cukup untuk penuhkan kedai.
 
Ini setelah ambil kira kos untuk beli rak, peti sejuk, chiller, ubah suai kedai, sewa dan sebagainya. Sebaliknya bisnes MLM ini kita boleh mulakan dengan modal yang minima.
 
Ya, dengan modal permulaan yang rendah, anda sudah boleh mempunyai bisnes anda sendiri. In fact, jika anda sertai syarikat yang sama yang saya sertai, anda sudah boleh bermula tanpa perlu keluar sebarang modal.
Baca juga: Bisnes MLM tanpa perlu keluar sebarang modal untuk disertai
 
Untuk daftar sebagai ahli, tak perlu buat sebarang bayaran apa-apa. Pendaftaran adalah percuma sahaja.
 
Setelah dapat nombor keahlian, anda sudah boleh mula jalankan bisnes ini. Ya, anda sudah boleh mula buat kerja-kerja pemasaran dan daftarkan orang lain untuk join bisnes ini. Senang cerita, bila dah dapat nombor keahlian, anda sudah boleh mula membina rangkaian.
 
Anda tak diwajibkan untuk beli produk seperti mana yang ditetapkan oleh syarikat lain. Manalah tahu untuk peringkat permulaan, anda cuma nak cuba-cuba sahaja. Nak fahamkan sistem dan minat nak tahu tentang produk. Bila dah yakin, barulah buat pembelian dan mula mempromosikan produk keluaran syarikat.
 
Cuma satu saya nak ingatkan, syarikat yang saya join tu menetapkan masa selama setahun sahaja kepada ahli yang tak pernah buat sebarang pembelian. Cukup setahun dari masa daftar dan masih tak beli apa-apa, keahlian akan digugurkan dengan sendirinya. Kiranya anda dianggap tak minat dengan produk dan juga tak minat nak buat bisnes.
 
Pembelian pertama yang saya lakukan adalah ubat gigi, sabun cuci pinggan dan juga sun block stick. Produk-produk ini memang saya akan beli setiap bulan sebab ia memang barang keperluan.
 
Oleh sebab company yang saya sertai ini turut menjual produk tersebut, maka saya pilih untuk beli dari syarikat ini. Sokong syarikat ini bererti saya sokong bisnes sendiri. Jadi, instead of beli produk dari jenama lain di pasaraya, baik saya beli produk company.
 
[2] Produk yang bagus dan berkualiti pastinya mempunyai permintaan yang tinggi Bagi memastikan syarikat dapat bertahan lama, mereka perlu memastikan produk yang mereka jual adalah berkualiti tinggi. Syarikat tak boleh mengharapkan kepada sistem pemasaran atau compensation plan semata-mata untuk kekal relevan dan diterima.
 
Hanya produk yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan mendapat tempat dihati pengguna. Pengguna yang berpuas hati dengan produk, barulah akan buat pembelian untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Hingga sampai satu masa, pengguna itu tadi menjadi pengguna setia.
 
Dari pengguna setia, yang puas hati dengan produk maka lahirlah keinginan untuk jadi pengedar. Pengedar (distributor) yang juga merupakan seorang pengguna, biasanya mampu untuk pergi lebih jauh berbanding mereka yang sekadar join sebab nak cuba-cuba buat duit.
 
Jadi dekat sini, saya nak betulkan persepsi yang salah, bahawa barangan yang dikeluarkan oleh syarikat MLM sebenarnya tak bagus. Hakikatnya, produk MLM banyak yang bagus-bagus. Kalau tidak, tak kan company MLM banyak yang bertahan begitu lama sampai sekarang. Antaranya
Avon – Bermula sejak tahun 1886
Tupperware – Sejak tahun 1948
Shaklee – Sejak 1956
Herbalife – Sejak 1980
Atomy – sejak 2009 di Korea Selatan
 
Produk MLM memang terbukti berkualiti, dan ada permintaan dari pengguna. Jika kita lepaskan peluang untuk buat bisnes ini, maka kita sendiri yang akan terlepas peluang untuk buat duit menerusi bisnes ini.
 
[3] Hasilkan pendapatan berulang kali dari pelanggan yang sama Apabila kita berjaya dapat seorang pelanggan untuk sertai rangkaian kita, individu tersebut akan menyumbangkan pendapatan berulang-ulang kali, selagi mana dia masih lagi menjadi pengguna kepada produk yang syarikat hasilkan.
 
Ini biasa berlaku terutama sekali apabila produk yang dijual adalah produk dari jenis yang selalu digunakan atau produk keperluan pengguna.
 
Contohnya macam produk penjagaan kebersihan, produk kosmetik, makanan tambahan, supplement, dan sebagainya.

Bila produk habis diguna, pelanggan akan beli lagi dan lagi. Kalau bisnes tradisional, contohnya seperti bisnes secara runcit atau kedai serbaneka, kita sebagai pemilik bisnes hanya akan dapat untung kalau pelanggan itu tadi berbelanja dikedai kita sahaja.
 
Tapi kalau bisnes MLM, selagi mana pelanggan beli melalui saluran yang sah, selagi itu komisen akan direkodkan dalam sistem keahlian kita.
 
[4] Potensi pendapatan yang lumayan Bagi mendapatkan pendapatan menerusi syarikat MLM yang anda sertai, anda perlu memahami bagaimana compensation plan syarikat berfungsi.
 
Namun pada asasnya, dalam bisnes MLM anda perlu lakukan perkara berikut
i. Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang betul tentang latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan juga produk
ii. Bina rangkaian pengguna
iii. Beri sokongan terhadap pengguna yang minat untuk jadi pengedar
iv. Dapatkan lebih ramai pelanggan untuk jadi sebahagian dari rangkaian pengguna
 
Pendapatan anda berkait rapat dengan berapa banyak usaha yang anda lakukan. Andai kata anda memang rajin buat marketing, selalu daftarkan pengguna baru, sentiasa menyokong gerak kerja pengedar dibawah anda, maka pada waktu itu tak mustahil untuk anda memiliki pendapatan yang lumayan.
 
Walaupun perbandingan yang bakal saya buat ini mungkin tidak tepat, tapi saya tetap akan buat perbandingan tersebut dengan harapan anda dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan.
 
Saya nak bawa perbandingan kalau kita bekerja dengan majikan. Bila kita kerja dengan orang, pendapatan kita telah ditetapkan dalam kontrak. Hanya apabila ada appraisal barulah pihak majikan akan tentukan sama ada kita layak untuk dinaikkan gaji ataupun tidak. Ada juga kerja yang gaji langsung tak naik, walaupun dah bertahun buat kerja. Walau macam mana kuat kita bekerja, kalau dalam kontrak kata gaji kita sekian-sekian, maka itu sahajalah yang akan kita dapat.
 
Biasanya income kita tergantung kepada pengalaman, kelayakkan dan sebagainya.
 
Tapi kalau kita buat bisnes, semuanya terpulang pada kita. Kalau serius nak income yang lumayan, usaha pun kena sama serius juga.
 
[5] Bisnes ini tak memerlukan anda mencari pekerja Sanggupkah anda nak bekerja untuk perniagaan anda sendiri selama 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa tutup kedai.
 
Bisnes adalah satu komitmen.
 
Orang yang buat bisnes online, especially yang meniaga di media sosial dan yang menggunakan platform ecommerce seperti Lazada dan juga Shopee juga perlukan cuti, dan akan tutup kedai.
 
Cuba bayangkan situasi pemilik bisnes yang ada premis perniagaan sendiri. Boleh atau tidak dia pastikan kedainya sentiasa dibuka setiap hari sepanjang tahun? Memang agak susah.
 
Kalau jawapan dia ialah boleh, soalan seterusnya adalah mampukah dia kekalkan komitmen tersebut untuk 2, 3, 5 atau 10 tahun akan datang?
 
Bagaimana kalau ada hari yang dia jatuh sakit?
Bagaimana kalau tiba-tiba berlaku kecemasan atau ada urusan lain?
 
Maka sudah tentu dia akan perlu pembantu. Bila nak ambil pekerja, kena fikir soal gaji, caruman KWSP, Socso, kebajikan dan macam-macam lagi. Bukan senang nak buat bisnes sebenarnya. Ada banyak benda perlu difikir.
 
Sekiranya anda nak buat bisnes, tapi inginkan bisnes yang boleh dijalankan secara santai, maka pilihlah sama ada buat bisnes online ataupun buat bisnes MLM. Yang penting, bisnes tersebut sah di sisi undang-undang dan berikan pendapatan yang halal.
 
[6] Tak memerlukan anda untuk simpan stok produk Ini satu lagi kelebihan yang ada pada bisnes jenis MLM. Kita tak perlu nak keluar belanja yang besar bagi tujuan menyimpan stok.
 
Bisnes MLM pada ketika ini sudah menggunakan teknologi. Kita sebagai ahli sudah tidak perlu lagi membeli stok produk.
 
Jika ada pelanggan yang minat untuk membuat tempahan produk, boleh dibeli sama ada melalui laman web syarikat ataupun melalui apps.

Asalkan pembelian dilakukan menerusi channel yang betul, company boleh mengesan rekod pembelian bagi tujuan memberi imbuhan dan insentif kepada yang layak.
 
[7] Kos untuk menguruskan bisnes yang rendah Dari segi wang ringgit, bisnes MLM ni memang tak perlukan belanja yang banyak. Sebaliknya, untuk jalankan bisnes ni, kos yang paling penting sekali ialah rajin.
 
Kena rajin bercerita mengenai produk dan juga perjalanan bisnes kepada prospek yang berminat.
Kena rajin berkongsi pengalaman menggunakan produk.
Kena rajin share bukti-bukti bahawa produk memang berkesan, berkualiti dan terbaik seperti mana yang diiklankan.
 
Sebab itu ada sesetengah orang kata, bisnes MLM ini modal dia air liur je. Asalkan kita rajin, ringankan mulut untuk bercerita, atau menulis di media sosial, In Shaa Allah pasti akan ada yang berkenan untuk cuba.
 
[8] Leverage Konsep leverage ini adalah seperti ini.
Bila kita buat kerja kita, kita dapat hasil.
Bila kita berjaya bina rangkaian, dan orang didalam rangkaian kita tu buat kerja dia, kita juga akan dapat hasil.
 
Kebiasaannya, dalam bisnes MLM pasti akan ada sistem pembinaan rangkaian, dimana kita akan jadi upline kepada seseorang dan pada masa yang sama, kita adalah downline kepada orang lain.

Kita fokus sahaja dengan kerja-kerja kita, namun pada masa yang sama orang yang diatas akan dapat sedikit manfaat. Kalau MLM yang kita sertai adalah MLM yang amalkan sistem binari, iaitu setiap orang cuma boleh dapatkan dua orang sahaja di level 1, dan kita pula mampu tarik beratus orang, disini kita telah membantu orang dibawah kita yang kurang cekap dalam bisnes.
 
Disebabkan kita tak boleh nak bolot semua pelanggan dan masukkan dalam level 1, kita boleh aturkan supaya pelanggan baru yang kita perolehi nanti masuk ke rangkaian downline kita. Nampak macam kita buat kerja untuk orang lain (downline kita) tapi sebenarnya kita juga beroleh manfaat.
 
Itu kelebihan bisnes MLM. Kita dapat manfaat daripada kerja orang lain, sedangkan orang itu hanya perlu buat kerja yang memang dia perlu buat. Dan bila kita buat kerja kita, orang lain juga akan dapat manfaat.
 
Satu lagi mengenai sistem binari, kita sebenarnya telah membantu downline kita untuk bina rangkaian. Kalau dia cuma mampu tarik seorang, kita bantu dengan meletakkan orang baru di kaki yang kedua. Kiranya cara kerja kita ini hampir menyamai konsep saling bekerjasama untuk kebaikkan bersama.
 
[9] Bisnes anda tidak terhad hanya di satu lokasi Seperti yang saya sebut sebelum ini, saya pernah buat bisnes kedai runcit. Setiap hari kedai saya tu memang akan dikunjungi oleh pelanggan. Itu satu perkara yang bagus.
 
Walaupun begitu, saya tak boleh nak menjual kepada pelanggan yang berada diluar kawasan. Saya tidak mempunyai sistem tempahan online dan penghantaran dibuat oleh rider.
 
Saya pernah fikir untuk buka cawangan kedai runcit dibeberapa tempat, namun sudah tentu ia memerlukan modal yang sangat besar.
 
Kemudian kita lihat pula model perniagaan yang menggunakan sistem pemasaran berbilang peringkat atau MLM. Apabila saya buat bisnes ini, dengan bantuan internet dan social media saya dapat buat bisnes dengan pelanggan di seluruh Malaysia.
 
Bila saya dapat downline di Perlis misalnya, dan dia juga mempunyai minat yang sama dengan saya, seolah-olah saya telah membuka cawangan disana.
 
[10] Capai kebebasan kewangan Jika anda pernah ikuti mana-mana sesi perjumpaan atau preview bisnes MLM, anda pasti akan dapat temui beberapa individu yang telah mencapai satu kedudukan tertentu dalam syarikat. Individu ini juga telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan, hinggakan boleh kita katakan, kalau dia dah tak perlu buat sebarang kerja sekalipun, pendapatan dari bisnes tetap akan masuk juga.
 
Itulah ultimate goal yang patut kita fokus untuk capai dalam bisnes ini. Kita capai satu tahap kebebasan kewangan, dan tak perlu lagi risau tentang kerja.
 
Kita buat sesuatu perkara sebab kita minat. Kita terus berkongsi, sebab kita minat. Kita minat dan betul-betul serius nak bantu orang lain yang masih belum capai kejayaan yang sama. Dengan berbuat demikian, dengan melakukan perkara yang kita minat, kita tetap mendapat imbuhan daripada pelan pemasaran syarikat.
 
Dalam bisnes MLM, ianya tak mustahil untuk berlaku. Cuma janganlah fikir ianya sesuatu yang mudah untuk dicapai. Ia mungkin ambil masa, dan setiap orang ada laluan perniagaan yang berbeza.
 
[11] Boleh buat secara part time Setakat hari ini saya masih belum pernah jumpa mana-mana individu yang bila diajak untuk join bisnes MLM, dia akan terus buat fulltime.
 
Biasanya dia akan mula secara part time, atau buat bila ada masa lapang sahaja. Ada setengah orang, hanya buat bila ada mood atau bila dia rasakan dia ada peluang untuk close deal.

Bila bisnes ini dibuat secara part time, maka pendapatan yang bakal dihasilkan juga tak boleh disamakan dengan mereka yang betul-betul push untuk buat bisnes ni fulltime.
 
Lagipun, bukan semua yang join bisnes ini join sebab nak jadi jutawan. Ada sebahagiannya, join sekadar nak dapatkan sedikit duit tambahan. Kalau boleh hasilkan extra RM500 – RM1,000 apa salahnya kan?
 
[12] Hanya perlu luangkan beberapa jam sahaja dalam satu hari Saya tahu anda sibuk. Anda ada banyak kerja dan urusan.
 
Saya faham anda penat.
 
Namun sekadar mengatakan “saya sibuk” atau “saya penat” ia langsung tidak akan mengubah apa-apa. Esok, rutin yang sama perlu diulang.
 
Jadi kenapa masih nak beri alasan sibuk dan penat, bila tawaran untuk sama-sama buat duit menerusi bisnes dihidangkan kepada anda. Jika dengan izin Allah satu hari nanti, bisnes tersebut berjaya, anda sendiri yang untung.
 
Memanglah bisnes ni tak menjanjikan anda kaya, atau menjamin yang anda pasti akan beroleh income yang lumayan.
 
Namun bukankah lebih baik kita lakukan beberapa ikhtiar pada hari ini dan usahakan dengan buat satu bisnes. Saya rasa bila kita berusaha untuk ubah kehidupan melalui jalan bisnes, ia lebih baik berbanding kita sekadar mengharapkan keajaiban untuk berlaku ataupun meminta-minta bantuan dari mana-mana pihak.
 
Baiklah, saya rasa agak panjang sudah perkongsian kali ini. Apa yang saya senaraikan disini adalah antara kebaikkan yang ada pada bisnes jenis MLM. Jadi sekiranya anda ingin cuba ceburkan diri dalam bidang ini, dan minat nak sertai pasukan pemasaran saya, bolehlah hubungi saya.
Klik pada link berikut untuk hubungi saya menerusi whatsapp https://minatbisnesdarirumah.wasap.my/ atau 011-5689 0863
 
In Shaa Allah kita buat sama-sama, dan kita berjaya bersama-sama.
 
 
 
 
The post Kelebihan yang ada dalam dalam Bisnes MLM yang anda mungkin tidak perasan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kelebihan-bisnes-multi-level-marketing-mlm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Perlu Buat Setelah Join Bisnes Mlm

Apa Perlu Buat Setelah Join Bisnes Mlm

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 658 hits
Setelah anda buat keputusan untuk menyertai syarikat yang menjalankan bisnes MLM sebagai pengedar mungkin mula timbul persoalan apa seterusnya yang perlu dilakukan Kalau ini merupakan bisnes pertama yang anda sertai mungkin anda rasa agak j...
Covid 19 Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan Who

Covid 19 Vaksin Sempurna Mungkin Tidak Akan Ditemukan Who

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 270 hits
Pertubuhan Kesihatan Sedunia bimbang vaksin untuk melawan COVID 19 mungkin tidak akan ditemui Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gabreyesus berkata walaupun usaha mencari vaksin berkesan dipercepatkan penyelesaian yang sempurna mungkin ti...
Bapak Bapak Who Ini Bilang Mungkin Tak Akan Pernah Ada Obat Untuk Covid 19

Bapak Bapak Who Ini Bilang Mungkin Tak Akan Pernah Ada Obat Untuk Covid 19

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 209 hits
Sementara jumlah penularan virus corona di seluruh dunia melampaui 18 juta Dirjen WHO hari Senin memperingatkan mungkin tidak akan pernah ada obat manjur untuk COVID 19 penyakit yang ditimbulkan virus tersebut Sementara itu kota kedua terbe...
Kalau Penat Ibu Nak Menangis Menangislah Mungkin Boleh Buat Hati Sedikit Tenang

Kalau Penat Ibu Nak Menangis Menangislah Mungkin Boleh Buat Hati Sedikit Tenang

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 358 hits
Kadang kala menangis boleh buatkan emosi seorang itu tenang Begitu juga bagi seorang wanita bergelar ibu Memang secara luarannya nampak kita kuat tapi dalam hati siapa tahu kan Kalau Perlu Menangis Menangislah Kita Bukan Superwoman Selamany...
Bella Doakan Yang Belum Dapat Zuriat Akan Dikurniakan Secepat Mungkin

Bella Doakan Yang Belum Dapat Zuriat Akan Dikurniakan Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 343 hits
Sebelum ini jurusolek popular MUA Bellaz berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada Khamis lalu Bersyukur atas kelahiran bayi lelaki itu Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulya...
Jika Ada Gelombang Ketiga Covid 19 Staf Kesihatan Mungkin Perlu Kembali Bekerja 20 Jam Sehari Kp Kesihatan

Jika Ada Gelombang Ketiga Covid 19 Staf Kesihatan Mungkin Perlu Kembali Bekerja 20 Jam Sehari Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 220 hits
PUTRAJAYA 29 Julai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP Bersyarat mungkin akan dikuatkuasakan semula sekiranya kes positif COVID 19 dalam penularan tempatan meningkat secara mendadak Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham...
Peniaga Memberi Petanda Kredit Dompet Digital Epenjana Mungkin Dilancarkan Pada 31 Julai

Peniaga Memberi Petanda Kredit Dompet Digital Epenjana Mungkin Dilancarkan Pada 31 Julai

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 265 hits
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM50 untuk mengalakkan pengguna menggunakan pembayaran secara nirsentuh di kedai kedai fizikal Sebelum ini kita telah melihat penyedia dompet digital Boost berkongsi di...
Redmi K30 Ultra Tersenarai Di Tenaa Mungkin Dijana Mediatek Dimensity 1000

Redmi K30 Ultra Tersenarai Di Tenaa Mungkin Dijana Mediatek Dimensity 1000

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 261 hits
Mengitar semula rekaan sesebuah peranti adalah satu trend daripada Xiaomi bagi menjimatkan kos agar peranti mereka kekal dijual pada harga mampu milik Lihat sahaja siri peranti Redmi Note 9 di India ada banyak variasi di Malaysia lain varia...
Letupan Mungkin Berpunca Dari Percikan Api Kimpalan

Letupan Mungkin Berpunca Dari Percikan Api Kimpalan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 269 hits
Beirut Letupan yang berlaku di bandar ini dikatakan berpunca daripada percikan api hasil aktiviti mengimpal pintu gudang Mirror melaporkan berdasarkan laporan stesen televisyen Lubnan LBCI siasatan awal mendapati letupan itu berlaku selepas...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque

Kelas Tauhid Bersama Sofea