Kelebihan Wanita Bekerjaya Kebaikan Wanita Surirumah Jangan Dibanding Bandingkan






Menyelusuri perjalanan seorang wanita yang sudah berumah tangga, mereka seringkali dikaitkan dengan situasi dilema untuk memilih sama ada perlu menjadi seorang wanita bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Wanita adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah bangsa dan negara (Awang N. B, Yusof A, and Et al, 2019). 
Dalam arus perubahan yang mendambakan peranan wanita dalam pelbagai bidang, kaum wanita menghadapi cabaran peranan yang paling besar kerana mereka diminta bukan sahaja kekal memainkan peranan utama sebagai surirumah tetapi juga dalam pembangunan negara dan bangsa. ( Hwa, 2017 : 29). Oleh yang demikian, para wanita sering menghadapi kesukaran untuk memilih samaada perlu menumpukan tugas sepenuhnya mengurus rumahtangga atau perlu membahagikan tugas di tempat kerja bersama sama sang suami mencari rezeki seharian bagi memenuhi tuntutan kehidupan bekeluarga.
Wanita dibenarkan bekerja dan boleh menceburi pelbagai bidang pekerjaan selagi ianya masih berlandaskan syariat dan tidak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh agama Islam. Yusuf Al-Qardawi, (2006), telah menyatakan wanita harus bekerjaya tetapi terikat dengan beberapa syarat iaitu kerjaya tersebut dibenarkan syarak atau tidak diharamkan, beriltizam dengan etika wanita muslimah dan kerjaya tersebut mestilah tidak mengorbankan kewajipan-kewajipan lain yang tidak harus diabaikan. Ada sesetengah kerjaya memerlukan wanita untuk mengisinya seperti jururawat, doktor pakar wanita dan perbidanan, pendidik juga peniaga barangan wanita. 
Kelebihan wanita bekerjaya dengan memegang jawatan tersebut dapat membantu para wanita yang lain merasai keselesaan menggunakan khidmat wanita bekerjaya itu tanpa perasaan ragu ragu. Selain daripada itu, wanita bekerjaya ini merasakan ianya berbaloi kerana dapat berpeluang mempraktikkan segala apa yang telah dipelajari ketika menuntut ilmu di alam pekerjaan yang sebenar serta dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran kepada masyarakat, negara dan dunia. Sesungguhnya niat yang baik untuk menyumbang bakti dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang akan dianggap sebagai ibadah (Adawiyah, Salasiah, 2012) disamping dapat membantu para suami menjana ekonomi pendapatan keluarga selagi mana ianya tidak melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan ajaran islam ketika bekerjaya. 
Bagi wanita surirumah pula, dapat menguruskan keluarga dan anak anak sepenuh masa menjadi kelebihan yang sangat bermakna bagi mereka. Dapat melihat anak anak membesar di depan mata merupakan suatu nikmat yang tidak dapat dikecapi oleh sebahagian wanita yang bekerjaya. Hubungan ibu dan anak akan menjadi semakin erat sekaligus dapat membina suatu sifat kepercayaan yang tinggi dalam hubungan tersebut. Peranan seorang ibu amat penting dalam sesebuah keluarga bagi menjamin kelangsungan terhadap usaha melahirkan generasi masyarakat yang terdidik dengan roh Islam yang mampu mengamalkan nilai-nilai Rabbani dalam kehidupan mereka (Majid, Saleh Hudin, 2017: 42). 
Oleh yang demikian sangat beruntunglah si ibu yang dapat berpeluang menggalas tanggungjawab sepenuh masa menguruskan rumah tangga berbanding wanita yang bekerjaya. Selain dari itu, peningkatan statistik penderaan kanak kanak dikalangan pengasuh juga menjadikan kelebihan kepada wanita surirumah yang tekad untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sendiri mengasuh dan menjaga anak di rumah. Selain dapat mengurangkan risiko penderaan kanak kanak di rumah pengasuh, ia juga dapat menjimatkan kos pengasuh yang perlu dibayar hampir setiap bulan. Agak ralat bagi seorang ibu sekiranya pengasuh dibayar dengan bayaran yang tinggi tetapi kebajikan dan keselamatan anak anak mereka tidak berada di tempat sepatutnya. Oleh yang demikian, status surirumah sepenuh masa menjadi pilihan utama wanita masa kini dalam menghadapi cabaran membesarkan anak anak. 
Oleh yang demikian, menjadi seorang wanita bekerjaya ataupun menjadi seorang surirumah, kedua duanya mempunya kelebihan dan kebaikan yang tersendiri. Meskipun seorang wanita itu perlu membuat pilihan di atas keduanya, bersyukurlah walau posisi mana kita perlu berada. Kedua duanya mempunyai peranan dan dapat menyumbangkan sesuatu manfaat khususnya kepada ummah. Tiada keperluan untuk masyarakat sekeliling membezakan status atau kedudukan seorang wanita itu samada mereka bekerjaya atau menjadi seorang surirumah. Tidak perlu timbul persoalan mengenai yang manakah yang lebih mulia atau pun tidak kerana,
“ Sesungguhnya orang yang paling mulia dia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” [QS 49: 13]. 
Wanita bekerjaya mahupun wanita surirumah kedua duanya dimuliakan Allah sekiranya mereka bertaqwa dalam melakukan tugas masing masing selagi mana ianya memberi manfaat kepada suami, anak anak dan keluarga terutamanya melakukannya ikhlas kerana Allah swt. 


Kredit : 
Nur Hidayah Binti Muhamad Johari 
Pensyarah, 
Jabatan Teknoperniagaan, 
Fakulti Pengajian Teknokorporat Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.


Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/08/kelebihan-wanita-bekerjaya-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bandingkan Kes Saya Dan Najib Saya Belum Ada Laporan Polis Dan Tiada Ikat Jamin Peguam Saya Pula Meninggal Dunia

Jangan Bandingkan Kes Saya Dan Najib Saya Belum Ada Laporan Polis Dan Tiada Ikat Jamin Peguam Saya Pula Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 210 hits
Peguam perlu bersedia Najib tidak boleh tangguh kesPosted By on August 23 2022Perbandingan perbicaraan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak ketika ini dengan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tiga kes fitnah sepanjang dua ...
Daftar Pekerja Asing Sebagai Buruh Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan

Daftar Pekerja Asing Sebagai Buruh Jangan Benar Mereka Mengahwini Wanita Tempatan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 393 hits
KUANTAN Angkatan Pembela Rakyat meminta kerajaan membentangkan Rang Undang Undang khusus untuk pekerja asing di Dewan Rakyat dan Dewan Negara secepat mungkin Penyelaras badan bukan kerajaan itu Mohd Shukri Mohd Ramli Jamaluddin berkata RUU ...
Guna Fakta Jangan Auta Mb Kena Faham Rizab Sebenar Negeri Kedah

Guna Fakta Jangan Auta Mb Kena Faham Rizab Sebenar Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 221 hits
Adun Pengkalan Kundor Dato 8217 Dr Ismail Salleh menempelak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana memberi gambaran yang salah terhadap rizab kerajaan negeri Kedah semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan sebelum i...
Jangan Cakap Rasuah Tetapi Sekongkol Dengan Perasuah

Jangan Cakap Rasuah Tetapi Sekongkol Dengan Perasuah

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 161 hits
Jangan cakap rasuah tetapi sekongkol dengan perasuahPosted By on August 24 2022Ungkapan Presiden Pas Hj Hadi Awang yang mendakwa sebahagian besar pelaku rasuah di Malaysia adalah orang bukan Islam dan bukan bumiputera dibidas oleh Presiden ...
Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

Bersih Buat Petisyen Mohon Agong Jangan Ampun Najib

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 184 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 24 2022 3 35 PMGabungan proreformasi sistem pilihan raya Bersih memulakan petisyen atas talian yang memohon supaya Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak mengampunk...
Jangan Pertikai Only My Two Cents

Jangan Pertikai Only My Two Cents

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum Hari ni kan walau bz SA x sabar nak share ngan korang insiden SA dan rakan sekerja sebelum ni la lama dah citer ni tapi tiba tiba teringat dan rasa nak share untuk jadikan peringatan untuk kita semua apa yang SA share ni bas...
Jangan Sesuka Hati Musnah Kolam Takungan Di Puncak Gunung Inas Kata Mb Kedah

Jangan Sesuka Hati Musnah Kolam Takungan Di Puncak Gunung Inas Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 154 hits
Jangan sesuka hati musnah kolam takungan di puncak Gunung Inas kata MB Kedah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2
Jangan Buang Duit Masa Dan Tenaga Tangkap Jholow

Jangan Buang Duit Masa Dan Tenaga Tangkap Jholow

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 143 hits
Kerajaan dulu sekarang dan akan datang lebih berfaedah tumpu kepada hal yang lebih penting si durjana pun sudah dihukum72 tahun Biar dia terus jadi pelarian seumur hidup sebagai satu bentuk hukuman Jika Jho low boleh menjadi saksi untuk keb...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari